Selasa, 22 Mac 2011

Duduk bila marah.......


Mengapa Bila Marah, Duduk?

Nabi berpesan supaya duduk apabila kemarahan melanda, Apakah hikmah disebalik pesanan tersebut? Bagaimana "duduk" tersebut boleh memberi manafaat untuk kepada manusia?

Ketika marah, fisiology manusia melalui apa yg dipanggil "Hipothalamus Putiatary Adrenal Axis" (HPA) akan merembes hormon2 tertentu untuk menyediakan badan manusia tersebut menghadapi kemungkinan yg melanda. HPA sebelum itu mendapat signal dari bahagian otak yang dipanggil Amygdala, yang juga mendapat maklumat dari bahagian otak yg lain yang mentafsir persekitaran. Amygdala ini terkenal untuk fungsi "fight or flight" "lawan atau lari" manusia. Amygdala mendapat signal dari bahagian otak yg lain, yg menterjemahkan situasi luar melalui apa yg dikesan oleh deria-deria terutama mata dan telinga samada ianya mengancam manusia atau tidak, Masalahnya kepercayaan diri kita sendiri yg metafsirkan apa yang dilihat atau dengar. Contohnya jika kita percaya Al Qaeda memang betul-betul wujud, kita akan sentiasa didalam ketakutan, jika kita tahu dari sumber-sumber lain yg Al-Qaeda dicipta oleh barat untuk meneruskan agenda mereka menguasai ekonomi dunia, kita tidak akan takut malah akan berani bangun menentang kemungkaran ini.

Kesan paling utama dari hormone-hormon yang dirembeskan oleh HPA tersebut adalah darah ke bahagian depan otak (frontal lobe) akan dikurangkan, Lebih darah akan mengalir ke otak belakang untuk tindakan reflek yang lebih pantas. Darah juga akan pergi ke otot-otot yang besar iaitu kaki dan tangan. Begitu juga dgn jantung akan mengepam darah dengan lebih kuat lagi disebabkan oleh hormon tadi. Ini salah satu fungsi badan ciptaan Allah untuk memudahkan manusia menyelamatkan diri ketika kecemasan, Bila anda nampak atau terdengar harimau mengaum ketika didalam hutan anda akan serta merta lari tanpa berfikir, satu lagi contoh adalah bila anda memandu dan tiba-tiba ada budak melintas jalan, tanpa sedar tangan anda akan menggenggam stering dgn lebih kuat dan kaki anda serta merta menekan brek.

Semua fungsi ciptaan Allah didalam badan manusia ini adalah untuk menyelamatkan manusia dan juga hamba-hambaNya yang lain. Masalahnya sekarang, manusia semakin hari semakin tertekan dengan suasana dunia dan menyebabkan hormon stress sentiasa mengalir didalam badan tetapi belum sampai ke tahap membawa marah secara terang-terangan (belum mencapai takat didih). Akan tetapi bila ada sahaja sedikit "cucukan" dari luar, manusia tersebut akan serta merta menonjolkan sifat-sifat marah tersebut ,walaupun punca yang amat sedikit, Lihat ,berapa ramai yang mati hanya kerana salah faham dijalan raya.

Apabila darah lebih banyak mengalir ke otot belakang, adakah tindakan yang diambil untuk menangani marah itu dari otak yang berfikir? Tindakan dari otak belakang ini tindakan reflek dan tidak mengambil kira logik, kesan-kesan kepada diri sendiri dan juga pada manusia yang lain. Semua perkiraan/pertimbangan untuk menyelesaikan masalah yg menyebabkan marah tadi secara bijak tidak diambilkira. Jadi adakah tindakan yang diambil itu tindakan yang betul? Sudah semestinya tidak, Sebab itu banyak tindakan melulu yang diambil ketika marah ini selalunya akan disesali dikemudian hari.

Tindakan yang diambil berdasarkan dari otak belakang ini pula selalunya dari memori simpanan pemerhatian yang lepas-lepas, samada dari pemerhatian semasa kecil mengikut tindakan ayah dan ibu ataupun dari pemerhatian-pemerhatian melalui TV & juga filem. Jika setiap hari melihat Kasim selamat mencucuk mata, hari-hari melihat hero hindustan mengamuk dan menumbuk penjahat sampai pecah dinding, Jika hari-hari melihat Tom & Jerry bergaduh sesama sendiri setiap hari, Itulah yang akan diambil oleh manusia untuk tindakan reflek tersebut. Terfikirkah anda mengapa budak-budak dizaman sekarang ini kecil-kecil lagi sudah menjadi kaki pukul? Mengapa perlu dihairankan bila anak bermulut celupar bila kita yang menggalakkannya belajar dari Sinchan?

Apabila kita duduk, darah yang tadinya mengalir ke kaki akan berkurangan kerana otot kaki sudah relaks, Tetapi jantung tetap mengepam kencang darah kesemua badan, Ini akan membuatkan darah akan seolah-olah dipaksa kembali keotak depan (frontal cortex). Jadi apabila otak depan kembali "bernafas" bukankah ianya akan digunakan untuk membuat keputusan dengan mengambil kira semua kebarangkalian, kemungkinan dan kesan terhadap tindakan yang akan diambil?

Bila kita menghadapi sesuatu yang menyebabkan kita marah ataupun ditimpa musibah, Nabi menyuruh kita bersabar. Apabila kita bersabar, berhenti seketika dan bertenang, Ini akan membolehkan signal dari Amygdala tadi pergi ke frontal lobe. Signal ke frontal lobe ini lambat berbanding dengan signal ke otak belakang. Jadi dengan bersabar akan memberi peluang frontal lobe untuk menerima isyarat tersebut dan berfungsi sebelum bertindak.

Jadi mulai sekarang ini, jika anda marah duduk seketika. Jika anda sedang duduk, bawaklah bersabar, beri peluang otak berfikir (frontal lobe) untuk membuat keputusan dan bukan otak primitif/haiwan yang bertindak. Semua arahan dan peraturan yg tertulis didlm Al Quran dan nasihat-nasihat dari Nabi adalah untuk kebaikan manusia dan bukannya setakat untuk individu malah untuk kesan kepada semua umat manusia. Kita semua berkait dibawah satu lapangan/jaringan tenaga yang kita tidak nampak atau sedari, Apa yang kita fikir dan lakukan akan mempengaruhi dunia dan persekitaran . Setiap tindakan akan berbalik kepada diri sendiri, Sebab itu berfikir sebelum bertindak, Ikutlah akal yang diberi dan bukannya ikut rasa yang mungkin membawa binasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan