Rabu, 30 Jun 2010

Gadis Malaysia masa kini

Terdapat berbagai kategori,berikan ulasan anda......

Lelaki macho

Apa komen anda tentang lelaki sebegini....Lelaki yang bagaimana digelar lelaki macho...

Orang botak dan pendapat

Aku tak tahu apa sebab sesetengah orang berpendapat golongan ini kelihatan jahat, garang dan menakutkan.Ada plak yang rasa takde apa-apa masalah( dengan kata lain ' ok je').Ada plak yang rasa sangat baik. Macam-macam persepsi yang dilemparkan terhadap orang berkepala botak ni.Ada perempuan suka lelaki berkepala botak, ada sebahagian lagi plak tak suka.Masing-masing ada pandangan sendiri.

Manchester United terlepas buruan

Aku ada terbaca yang Manchester United terlepas buruan.Man U target nak beli Angel Di Maria, player Argentina. Tapi Real Madrid dah sambar.Real Madrid memang dah macam tu, bila dengar pasukan besar lain suka satu-satu player, mesti diorang pun sibuk nak merembat buruan pasukan lain. Tapi nak buat macam mana, diorang banyak duit. Tapi aku rasa Man U tak perlu beli pemain sayap kerana aku rasa Man U perlu beli seorang midfield yang berkaliber. Midfield yang ada lanjut usia dah.Nak harap Micheal Carricks pun tak meningkat-meningkat. Anderson pun tak apa-apa. Nak harap otai lama jugak. Aku memang tabik dan minat dengan Paul Scholes. Corak permainan yang menarik dan menghiburkan. Tapi apakan daya usia dah bertamabah.Kudrat dah tak mampu untuk jangka masa panjang.Aku rasa Man U boleh cuba dapatkan gourcuff dari perancis.Aku tengok corak permainan dia bagus dan mungkin sesuai dengan Man U. Satu lagi perlukan seorang penyerang yang bijak sekurang-kurangnya seperti Rud Van Nistelroy. Kemudian Sir Alex dah bley bagi peranan yang lebih kepada pelayer muda dibahagian pertahanan. Contohnya Johny Evan dan Chris Smalling untuk beraksi. Ini kerana Rio Ferdinand pun sudah dimamah usia, dah bleh kurangkan fungsi beliau sedikit demi sedikit.walau apa-apa pun aku tetap sokong Man U.........Forever..

Bola oh bola....

Aku baru lepas tonton perlawanan bolasepak antara Jepun dan Paraguay.Game boleh dikatakan ok, tapi yang tak bestnya Jepun tewas sepakan penalti 5-4.Aku berharap sangat Jepun menang, tapi apakan daya, tewas jugak.Aku pun terkenang,dulu Malaysia boleh kalahkan Korea ,tapi sekarang Diorang dah ke world cup, tapi Malaysia Asia Tenggara pun susah nak lepas.Tak tahu apa sebab,puas jugak aku pikir.Balik-balik benda yang sama.Alasan yang sama, yang telah orang lain pikir sebelum ni, sebelum aku sempat pikir.Aku rasa kita kena berubah.Kalau kita tak berubah, asyik bagi alasan yang wartawan dah tahu apa yang nak keluar dari mulut, alamatnya tak kemana lah kita. Target orang kita pun selalu berubah, sekejap tahun 2014 dapat masuk world cup, pastu nampak macam tak boleh je, ubah plak ke tahun 2018. Pas ni tak tau plak tahun bila.Berusahanya belum, target dah berubah ikut peredaran masa.Player pun mesti ubah paradigma.Jangan cita-cita je lebih , usahanya kurang.Player luar negeri untuk jadi hebat dan mahir ,bertahun-tahun diorang berlatih.Apa yang aku tahu, Ryan Giggs berlatih hari-hari untuk sepak penalti sahaja.Cristiano Ronaldo plak, dia merupakan antara player yang paling awal turun berlatih dan yang paling lewat habis latihan.itu pasal dia jadi player terbaik dunia.Betul mereka negara maju, aku tak nafikan .Tapi mereka pun kena berusaha gigih untuk capai standard tu.Player kita plak berusaha setakat untuk wakil negeri je.Itu pasal bila main negara tak capai standard antarabangsa.Cuba la buat cita-cita nak main dengan Real Madrid ke, Barcelona ke, ataupun Manchester United ke,ditambah dengan usaha gigih, baru la boleh berjaya. Ini dapat wakil kampung pun dah rasa hebat, lambatlah nak maju kalau macam tu.Belajar teknik-teknik yang baru dengan betul, kuatkan semangat.Aku rasa boleh berjaya.Satu lagi jangan takut pergi ke tempat orang bila dapat offer main dengan pasukan luar.Ini bila dapat tak nak pergi.Macam-macam alasan yang dibagi.kadang-kadang tu tak faham pun apa yang diorang cakap.Mak tak kasi la, kesian bini tinggal sorang, macam-macam lagi la.pergh pening-pening aku nak pikir.jadi tak payah pikir. Sapa aku yang nak pikir benda macam tu. Lupakan saja......

Selasa, 29 Jun 2010

Indahnya....

Kan best kalau apa yang kita nak,bley dapat.kan ke best.Tapi bila dah dinamakan hidup, bukan semua yang kita nak mesti dapat.Dulu cita-cita aku nak jadi bos, orang yang berjaya. Tapi nampaknya tinggal cita-cita je la.Salah sendiri jugak.Mak bapak suruh belajar,tak nak.Main je lebih.Nak jadi tah apa-apa pun aku tak tau nak menjelaskan nya.Time sekolah ingat nak bersuka ria je.Kesian mak aku,selalu nangis mengenangkan nasib anak dia pada masa depan.Nasihat tak nak dengar,lupa diri.Nasib baik berkat doa mak,ada jugak masa depan.Bapak aku pun sama,tak pernah letih mendidik aku.Diorang memang best.Takde dah orang sebaik mereka.Terima kasih mak ngan ayah.Jasamu tak terbalas.....sampai bila-bila.aku harap aku boleh jadi macam diorang, dapat didik anak dan isteri aku supaya berjaya di dunia dan akhirat.amin......