Ahad, 27 Februari 2011

Resepi Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat. Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.

Resepi nasi Lemak

Bahan untuk nasi

2 cawan beras(nak masak lebih,tambah lebih skit)
1 cawan santan dan 1 cawan air(sesedap rasa je)
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia
secubit garam

Bahan untuk sambal

6 sudu besar cili kering mesin(takleh pedas jangan taruk banyak)
4 ulas bawang merah -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka)
garam dan gula secukup rasa

Bahan sampingan lain

Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.

Selamat mencuba....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan