Chelsea F.C

Chelsea

Chelsea F.C. (Chelsea Football Club), juga dikenali sebagai The Blues atau sebelumnya dengan gelaran The Pensioners (London F.C.), adalah salah sebuah kelab bola sepak inggeris yang bermain di Liga Utama Inggeris dan berpengkalan di kota London. Kelab ini ditubuhkan oleh H.A. Mears pada tahun 1905, dan memiliki stadium sendiri yang dapat memuatkan sekitar 42,360 orang penonton dalam satu masa bertempat di Fulham, Barat London.

Chelsea telah berjaya merekodkan banyak sejarah manis dalam dunia bola sepak Inggeris, dan mengalami kejayaan selama dua zaman, sepanjang tahun 1960-an dan awal 1970-an, kemudian bermula pada akhir tahun 1990-an sehinggalah pada ketika ini. Chelsea juga telah memenangi tiga gelaran Liga Utama Inggeris (EPL) (1954/1955, 2004/2005, 2005/2006), empat Piala FA (1970, 1997, 2000, 2007), empat Piala Liga (1965, 1998, 2005, 2007), dan dua Piala Winners(1971,1998).

Pengurus pasukan pertama adalah John Roberson (1905-1906). Chelsea menjuarai Liga Utama Inggeris (Premiership) pada tahun 1955 dibawah kendalian Ted Drake sebagai Pengurus.

Chelsea kembali merampas juara Liga Utama Inggeris selepas 50 kemudian, iaitu pada tahun 2005, dibawah kendalian Jose Mourinho (2004 - 2007), yang ketika itu dimiliki sepenuhnya oleh milionair Rusia, Roman Abramovich. Pada musim 2007/2008 adlah tahun kemerosotan Chelsea semenjak dibawah kendalian Mourinho dan ditambah pula dengan pergaduhan dengan pemilik kelab, akhirnya Jose Mourinho ditarik jawatannya, dan digantikan dengan Avram Grant iaitu mantan pengurus pasukan Negara Israel.

Pada tahun 2005 juga, Chelsea berjaya menjuarai Piala Carling dengan menewaskan kelab Liverpool. Pada tahun 2006, Chelsea merampas kembali juara carta Liga Utama Inggeris. Tahun 2007, Chelsea sekali lagi menjadi juara Piala Carling setelah mengalahkan Arsenal 2-1 dan juara Piala FA dengan mengalahkan Manchester United 1-0 ketika masa tambahan berpanjangan.

Pada musim 2007/2008, jawatan Jose Mourinho digantikan oleh Avram Grant. Pada permulaan dibawah kendalian Grant, banyak pihak hanya memandangnya sebelah mata. Walaupun begitu, Avram Grant mampu membawa Chelsea menjadi runner-up iaitu naib juara Piala Carling sebelum dikalahkan oleh Tottenham Hotspur dengan jaringan 2-1. Disusuli pula dengan menjadi runner-up Liga Utama Inggeris dibawah Manchester United dan menjadi runner-up Liga Champions (UEFA) setelah kalah penalti 6-5 dengan Manchester United. Walaupun dengan perestasi yang boleh dibanggakan, Grant tetap juga di pecat ketika diakhir musim.Chelsea memiliki beberapa pemain Inggeris yang dianggap terbaik ketika ini, antaranya John Terry, Frank Lampard dan Ashley Cole.

Bulan Mei 2008 yang lalu seharusnya menjadi kemuncak tertinggi prestasi Chelsea selama 103 tahun berada dalam kancah Liga Utama Inggeris. Mereka hampir bergelar juara Liga Primier Inggeris untuk kali keempat dan juga juara Liga Champions yang pertama. Malangnya kerana Manchester United dan nasib, ternyata tidak berpihak kepada The Blues dan para penajanya menjadi halangan utama.

Walaupun sedemikian, di sebalik kekecewaan tersebut, para penaja setia Chelsea melihat kembali prestasi yang telah mereka capai hingga ketika ini dan juga kualiti pemain-pemain yang menyarung jersi biru dan menjadikan Stamford Bridge asas mereka.

Tak dapat disagkal lagi dalam masa lima tahun terakhir ini boleh dianggap sebagai kemuncak posisi yang dicapai Chelsea semenjak dimiliki sepenuhnya oleh milionair Rusia, Roman Abramovich. Hakikat dari sumber kewangan yang kukuh dari Abramovich berjaya menarik Jose Mourinho dan beberapa pemain hebat yang diakhiri dengan gelaran juara Liga Primier selama dua tahun berturut-turut. Dengan itu, The Blues telah memecahkan pendominasian United dan Arsenal sejak permulaan Liga Primier.

Walaupun pada akhirannya Mourinho tak lagi bersama Chelsea, keadaan mentaliti dan beberapa pemain pilihannya yang ditinggalkan tetap menjadi tunjang pasukan yang kini di pegang oleh Anchelotti setelah Luiz Felipe Scolari dipecat hanya bebelapa bulan sahaja memegang jawatan penguruspasukan.


10 perkara yang anda perlu ketahui tentang Chelsea

(a) Sejarah Chelsea sebagai sebuah kelab bola sepak bermula pada 14 Mach 1905 ketika pertemuan di sebuah pub bernama The Rising Sun (yang sekarang dikenali sebagai pub The Butcher's Hook). Antara beberapa nama yang pernah dicadangkan untuk kelab ini adalah Stamford Bridge FC, Kensington FC, dan London FC dan akhirnya Chelsea FC menjadi pilihan sehingga sekarang ini.

(b) Chelsea berpengkalan di stadium Stamford Bridge yang secara rasmi dibuka pada 28 April 1877. Stadium tersebut dibina oleh seorang arkitek bernama Skotlandia Archibald Leitch yang juga menjadi arkitek untuk beberapa lagi stadium bola sepak di Inggeris seperti Old Trafford (Manchester United), Celtic Park (Glasgow Celtic), Anfield (Liverpool), dan White Hart Lane (Tottenham Hotspur). Kapasiti asal Stamford Bridge dapat menampung 100 ribu penonton tetapi akhirnya mengalami berbagai perubahan hingga kapasiti akhir cuma dapat memuatkan hanya 42,055 penonton sekarang.


(c) Maskot Chelsea adalah seekor singa yang diambil dari logo kelab mereka dan dinamakan sebagai Stamford The Lion. Kostum singa ini pernah hilang kerana dicuri oleh dua orang lelaki dari Stamford Bridge pada Julai 2005.

(d) Pada tahun 1972, para pemain Chelsea telah merakam lagu berjudul Blue Is The Colour setelah berjaya ke perlawanan akhir Piala Liga tahun itu. Rakaman tersebut berjaya menduduki carta kelima di UK Singles Chart dan menjadi salah satu lagu tema bola sepak di Inggeris yang paling terkenal dan juga telah diadaptasi oleh beberapa penyanyi dan kelab bola sepak lain di Republik Checz, Kanada, Finland, dan Jepun.

(e) Era tahun 70an dan 80an menjadi zaman terburuk bagi Chelsea kerana mereka mengalami masalah kewangan dalam usaha untuk membangun kembali Stamford Bridge. Akibatnya beberapa pemain bertaraf bintang dijual untuk mendapatkan dana dan akibatnya mereka tersadung ke Division Dua. Setelah itu, timbul pula masalah lainnya termasuklah masalah dengan para penajanya sehingga akhirnya Ken Bates membeli Chelsea dengan harga £1 sahaja.

(f) Peter Osgood, salah seorang legenda Chelsea yang mendapatkan jolokan King of Stamford Bridge, meninggal akibat serangan jantung pada 1 March 2006. Abu mayatnya kemudian dikuburkan di bawah titik penalti yang menghadap Shed End di stadium Stamford Bridge dalam satu upacara yang dihadiri lebih dari 2,500 peminat, pemain, mantan pemain, pengurus, dan pengarah Chelsea. Gol pertama yang dihasilkan dari titik penalti tersebut semenjak dari tarikh upacara itu, dihadirkan oleh Andriy Shevchenko perlawanan menentang Aston Villa yang berakhir dengan keputusan jaringan 4-4.

(g) Chelsea telah lama menjadi pasukan yang selalu bergaya dan terdiri dari pemain antarabangsa luar Inggeris. Kedudukannya yang berada di London membuatnya mempunyai ramai penyokong dari kalangan selebriti. Diantaranya ialah Damon Albarn (vokalis Blur dan Gorillaz), penyanyi Bryan Adams, pemain NBA Kevin Garnett & Paul Pierce, penghias rambut Vidal Sassoon, bos Formula 1 Bernie Ecclestone, pengarah dan mantan suami Madonna Guy Ritchie, aktres Renee Zellweger, dan rocker Billy Idol.

(e) Rekod paling banyak kemunculan untuk pasukan Chelsea hingga ketika ini masih lagi dipegang oleh bekas ketua pasukan mereka iaitu Ron "Chopper" Harris yang telah membuat penampilan sebanyak 795 kali. Jumlah jaringan gol yang paling banyak dihasilkan oleh Bobby Tambling yang menjaringkan 202 gol daripada 370 perlawanan. Bagi yang masih lagi bermain untuk The Blues dimasa sekarang, Frank Lampard menjadi pemain yang paling banyak membuat penampilan (392 kali) dan gol (121 gol). Chelsea juga masih lagi menjadi pemegang rekod paling lama bermain di gelanggang sendiri tanpa kalah iaitu sebanyak 86 perlawanan di Liga Primier.

(f) Secara keseluruhan, 21 gelaran juara yang telah dimiliki Chelsea hingga kini. Untuk gelaran domestik, The Blues telah mencatatkan tiga kali juara Liga Primier/Division Satu Inggris, dua kali gelaran juara Division Dua, empat kali juara Piala FA, empat kali juara Piala Liga, tiga kali juara Community Shield/Charity Shield, dan dua kali juara Piala Full Members. Sedangkan di Eropah, Chelsea telah dua kali menjadi juara Cup Winners' Cup, dan sekali juara Piala Super Eropah.

(g) Sebelum dikenali dengan jolokan The Blues sekarang ini, Chelsea juga pernah diberi dengan gelaran The Pensioners. Ini disebabkan oleh logo kelab mereka yang pertama kali menggunakan gambar seorang anggota Tentera British yang tinggal di dalam Royal Hospital Chelsea. Logo tersebut akhirnya digantikan pada tahun 1952 atas perintah Ted Drake iaitu Pengurus Chelsea ketika itu.