Isnin, 7 Oktober 2019

Degree oh degree

Salam...hari ni 7 Oktober 2019. Dah penghujung tahun rupanya, aku masih ditakuk yang sama, tak banyak perubahan. Hari ni cuaca mendung, mungkin nak hujan agaknya. Dulu aku pernah bercita-cita nak memiliki sekeping ijazah, alhamdulillah, pada tanggal 10 Februari 2017 yang lalu, secara rasmi aku memilikinya. Dalam kemalasan yang teramat, aku masih berjaya. Itu pun berlaku kerana desakan dari sahabat aku untuk menghabiskannya, kalau tidak, pastinya terbengkalai juga. Aku mengambilnya secara PJJ (Pengajian Jarak Jauh) walaupun lokasinya dekat sebenarnya. Hahaha...best jugak jadi student tua ni....nak faham subject yang diajar tu susah la jugak...almaklum la otak dah berkarat.....Semester pertama kantoi semua paper....tekanan perasaan beb...patah semangat....rasa nak break jer.....fuhhh...nasib baik la sahabat aku datang mengayat macam-macam...lembut ati aku. Jadi,aku teruskan la jugak...repeat pun repeat la....Semester kedua lulus satu paper jer...hahaha....ada peningkatan.....semester ketiga dan seterusnya lulus semua...tapi cukup-cukup makan jer....ok lah tu...lulus jugak kan....lantaklah...janji aku ada degree...hahaha..Sekian, cerita aku kali ni...selamat berjaya kepada semua yang sambung belajar dalam apa jua bidang atau lapangan yang kamu minati atau ceburi....adios.

Selasa, 13 Februari 2018

13 Februari 2018

Hari ni dah 13 Februari 2018....dah satu bulan lebih ditahun baru...3 hari lagi sambutan Chinesse New Year akan berlangsung. Sedar tak sedar...masa telah meninggalkan kita. Masa sekarang makin singkat, berlalu tanpa sempat kita kejar. Sedar tak sedar hari dah pun berganti. Usia pula makin meningkat...kadang kadang tak sempat kita nak matang pun. Baru nak merancang sesuatu...perkara yang baru dirancang dah terlepas meninggalkan kita. Hanya yang betul betul komited sahaja berjaya mencapainya dan kadang kala tidak semua diperolehi. Apa yang kita lakukan adalah melakukan dengan sebaik mungkin yang terdaya oleh kita...

Ahad, 3 Disember 2017

Tahun 2017

Sekarang dah 3 Disember 2017, rupanya dah 3 tahun aku tak menulis. Perasaan nak ketuk keyboard tu ada,tapi tak jugak berjaya. Kadang tu sebab masa dan kadang tu memang dah tak ada idea lagi. Aku bukan seorang penulis tapi teringin nak menulis. Itulah masalahnya, bukan bidang tapi nak buat jugak. Aku rasa masa untuk diri sendiri adalah perlu. Aku teringin nak buat apa yang yang aku ingin buat,tapi kadang kala tak tahu macam mana nak mula...Mungkin ilmu kurang...Mungkin tidak berkesempatan....dan segalanya mungkin....Kita manusia..hanya mampu merancang dan jangan berasa letih untuk merancang....itu pendapat aku....Pada aku, kalau kita tidak merancang, hidup akan jadi hambar....kita tak ada perkara atau sesuatu untuk diharapkan.....dengan harapan kita akan berusaha untuk mencapai apa yang kita hajatkan. Jadi hidup kita akan bermakna dan bermatlamat. Kita pun tidak akan berasa bosan atau dengan kata lain tak tahu nak buat apa....susahkan jugak hidup macam tu.....Nak mula tahun baru iaitu tahun 2018.....tak salah buat sasaran.....buat perancangan untuk mencapai matlamat yang kita inginkan....usaha hingga berjaya...selamat berjaya.....

Selasa, 20 Januari 2015

2014 meninggalkan dengan berbagai kenangan

Alhamdullilah...masih lagi diizinkan oleh Allah untuk kita menghirup udara yang nyaman ciptaanNya. Usiaku pun semakin menginjak setakuk lagi menuju hari hari mendatang yang pastinya akan dlalui jua oleh mana-mana makhluk diatas muka bumi ini.Tidak ada daya kita untuk memberhentikannya maupun melambatkan putaran masa . Kita hanya diberi peluang sementara merasai keindahan nikmat dunia . Jangan kita lupa bahasanya kita pasti dijemput untuk bertemuNya. Sama ada timbangan mana yang menjadi pilihan kita semasa kita berada di dunia . Semuanya ketentuan dariNya. Tahun 2014, tanpa di sangka kita di kejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang hilangnya tanpa dapat kesan dan jatuhnya entah di mana. Selang beberapa bulan pula peristiwa MH17 pula dikatakan ditembak tanpa amaran oleh pihak pihak yang tidak bertanggung jawab. Tiada sifat kemanusiaan kah mereka ini memperlakukan watak watak yang tidak berdosa sedemikian rupa. Belum sempat nafas ditarik , pesawat Airasia pula jatuh dilaut jawa menyebabkan kehilangan jiwa yang begitu banyak . Penghujung tahun pula banjir besar yang melanda pantai timur , utara dan selatan semenanjung begitu menghibakan. Ramai saudara saudara kita kehilangan tempat tinggal, kaum keluarga , harta benda dan bermacam macam lagi . Segalanya seakan akan musnah sama sekali segala yang diusahakan selama ini .Berat sungguh dugaan Mu ya Allah...Ampunkan lah dosa dosa kami sekiranya kami berdosa ya Allah.......

Selasa, 22 Julai 2014

Syawal menjelma lagi...

Tanggal 28hb atau 29hb Julai 2014 , kita semua umat Muhammad pasti menyambut Syawal al-mubarak sekali lagi...Nampaknya sudah 2 tahun aku tidak membuat coretan kat blog kesayangan aku nie...kali terakhir adalah pada tahun 2012 yang lalu...cepat betul masa berlalu. Insha Allah tahun ini sempat lagi aku menunaikan rukun Islam yang ketiga ini dengan suksesnya. Memang Ramadan sentiasa dirindui. Kalau dulunya ,ramadan lah yang paling ditakuti...sejujurnya. Tapi seiring peningkatan usia ,tahun silih berganti , aku begitu merindui ramadan . Sedih bila meninggalkan bulan yang penuh keberkatan ini. Kenangan lama semasa kecil terbayang bayang diruang mata . Merindui leteran mak, leteran tuk(panggilan untuk nenek perempuan-orang utara) . Ayah macam biasa ,kurang bercakap . Bila bersuara...hukuman mandatori. Kalau dengan wan pula sentiasa ada pakatan dengan cucunya . Keluarga kami tidak kaya ataupun mewah , tetapi melimpah ruah dengan kasih sayang . Aku tentunya cucu kesayangan(pada masa tu je) kerana cucu lelaki sulong dalam keluarga besar. Aku dipanggil Abang Besar . Satu kampung kenal dengan abang besar cucu Ayah Din . Zaman dulu bila tiba bulan puasa , ramai kanak ikut ibu bapa atau orang dewasa ke masjid . Aku tidak terkecuali, dengan geng geng kampung...pastu main mercun. Tok bilal Bidin pun kejar le keliling masjid . Rutin beliau...tapi meriah . Tuk aku pulak setiap kali tiba hari raya pasti upacara bergotong royong membuat dodol dilakukan . Habis anak menatu terlibat . Tugas aku adalah bawa kelapa ke kedai untuk diparut . Dodol dibuat menggunakan santan kelapa dengan tepung dan gula merah(itu jer yang aku tau). Untuk mendapatkan dodol yang memakan masa berjam jam lamanya . Walaupun begitu hasilnya begitu memuaskan . Aktiviti mengacau dodol ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kami . Jiran jiran juga turut bertungkus lumus menyiapkan nya. Bersambungggg.......

Isnin, 24 Disember 2012

Bahagia , aman makmur dan 2012...

Sekarang kita berada dipenghujung tahun 2012 . Beberapa hari lagi kita pun akan meninggalkan tahun yang telah memberi seribu makna dan kenangan . Bermacam-macam telahpun kita tempohi bersama-sama , sama ada kita sedar ataupun tidak . Hidup kita indah sebenarnya .Tiada harga yang dapat membayar setiap pengalaman yang telah kita perolehi . Ada yang beroleh rezeki yang banyak dan baik , ada yang mendapat ahli keluarga yang baru dan tidak lupa jugak rahmat yang banyak yang telah diturunkan kepada kita , iaitu kemakmuran dan kebahagiaan . Alhamdullillah atas nikmat-MU ya Allah .....Beralih tahun kepada 2013 , maka umur kita pun menginjak ke setakuk lagi . Kita tentunya semakin dewasa . Pengalaman yang kita kutip dapat kita jadikan sebagai panduan dalam menempuhi hari-hari yang mendatang . Kita sepatutnya menjadi lebih matang dengan pengalaman yang kita miliki . Pembelajaran sebelum ini tentunya tidak sama dengan orang lain . Tapi tidak mengapa , kita boleh kongsi dengan orang lain . Kitakan masyarakat harmoni yang saling berkongsi dan memberi . Itulah kunci kita masih aman dan tenteram serta bahagia sehingga ke hari ini . Kita sepatutnya mempertahankan elemen tersebut . Jangan sesekali merosakkannya . Apabila sudah rosak , susah untuk kita perbaikinya .Prasangka pastinya wujud dan bermaharajalela .Pada masa itu kita sudah tidak aman lagi . Sesal pun sudah tidak berguna . Ambillah iktibar dari rakan-rakan kita dinegara lain yang sukar untuk hidup dengan aman dan bahagia . Mereka itu tentunya rindukan suasana aman dan kedamaian . Kita tentunya orang yang beruntung , kalau tidakpun yang paling beruntung . Hormatilah sesama kita , jangan bergaduh .Tidak ada negara yang aman bila rakyatnya bergaduh .Kita dikurniakan akal untuk berfikir dengan waras , maka berfikirlah dengan waras dan matang . Kita mesti mempunyai tekad dan azam serta semangat berlumba-lumba untuk mewujudkan suasana yang aman dan tenteram . Kita tak rugi , malah kita akan lebih keberuntungan bila negara aman . Berdoalah semoga kita , keluarga kita, kawan dan rakan-rakan kita , bangsa dan negara kita aman dan bahagia hendaknya ....amin .

Isnin, 27 Ogos 2012

Berlalu sudah Ramadan....

Dah seminggu 1 Syawal meninggalkan kita . Betapa kita akan merindukan ramadan sehingga kembalinya pada tahun hadapan . Ramadan sungguh indah , tak tergambar dengan kata-kata . Bukan memuji atau bermadah , sememangnya Ramadan sungguh indah . Kalau dapat sememangnya nak bulan Ramadan setiap hari . Dulu aku memang tak faham apa yang dikatakan nikmatnya Ramadan , tapi sekarang aku tahu nikmat ramadan , namun aku tak dapat lagi menggambarkan keindahannya . Allahhuakhbar.....Mungkin dengan usia yang makin meningkat , aku akan lebih faham pada masa hadapan . Insyaallah.....Kalau kita tidak menghayati ramadan , memang tak dapat rasakannya . Begitulah aku yang dulu....Ramadan juga dapat mematangkan seseorang sekiranya menghayati . Semoga aku bertemu lagi Ramadan tahun hadapan....amin.