Jumaat, 29 Oktober 2010

Untungnya Spurs!!!!

Kemasukan bintang Belanda Rafael Van Der Vaart kedalam pasukan White lilly mengubah bahagian tengah pasukan tersebut. Skill dan pengalaman beliau menguntungkan pasukan Spurs. Corak permainan beliau dilihat serasi dan sesuai di Liga Perdana Inggeris.Impak yang diberikan merubah persembahan pasukan tersebut menjadi lebih menarik untuk ditonton. Persembahan bintang meningkat naik Gareth bale juga begitu memberansangkan. Semasa pertemuan di liga juara-juara bertemu dengan pasukan Juventus beliau telah menjaringkan hatrik. Namun begitu sekiranya pasukan ini ingin lebih berjaya, mereka perlulah lebih konsisten didalam semua pertandingan yang disertai. Keupayaan menyesuaikan diri dengan jadual yang padat diperlukan untuk menjadi antara pasukan yang disegani. Persaingan yang sengit pada musim ini begitu mendebarkan. Pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan berada di puncak liga. keseimbangan didalam pasukan serta suasana yang tenteram dan mendapat sokongan padu dari pengurusan kelab akan membuatkan kelab akan lebih berjaya dimasa depan.

Liverpool

Nampaknya pasukan Liverpool baru kali kedua mendapatkan kemenangan. Prestasi semasa Pasukan The Red begitu mengecewakan. Dengan kedudukan ketiga dari dasar liga begitu membimbangkan penyokong setia pasukan The red. Tidak banyak yang mampu dilakukan oleh Roy Hudgson walaupun musim lepas telah membawa pasukan Fulham layak ke final liga eropah. Prestasi pemain pasukan Liverpool merosot mendadak sehinggakan menimbulkan keraguan kemampuan pasukan untuk bersaing mendapatkan tempat keempat liga. Kapten pasukan Steven Gerard juga tidak mampu untuk merubah nasib pasukan.Sekiranya berterusan, berkemungkinan pasukan Liverpool akan bermain di liga kejohanan pada musim hadapan.

Khamis, 28 Oktober 2010

Sukarnya untuk membuat orang lain faham!!!!!!!

Memang sukar untuk membuat orang lain faham apa yang kita maksudkan.Kadang-kadang Memang bengang, kenapalah orang-orang tu susah nak faham.Aku tak tahu samada orang tu tak faham ataupun memang tak mahu faham. Aku terima manusia kat dunia ni ada macam-macam ragam, tapi kadang-kadang tu memang amat menyakitkan hati. Adakalanya dia lupa dengan siapa dia bercakap.Aku bukan nak minta dia sembah aku atau pun puja aku, tapi hormat la sikit aku sebagai pegawai yang lebih tinggi jawatan dari dia.Ini ikut sedap hati saja bercakap.Aku tak marah dia kemuka cadangan ,tapi intonasi suara jaga lah sikit.Jangan la konfiden sangat dia saja yang betul.Aku tahu lah buat kerja aku.Apa yang aku nak buat tu pun untuk kebaikan bersama.Aku bukannya dapat untung pun.Aku fikirkan untuk masa depan,supaya takde masalah.Jangan la berkira sangat.Buat kerja dulu. kemudian kita kaji balik apa kekurang,bukan terus tolak mentah-mentah.Itu la susahnya kerja dengan orang yang rasa dia saja yang betul dan kurang rasa hormat pada orang lain.

Manchester United kurang menyengat

Bermulanya musim 2010/2011, pasukan Manchester United dilihat kurang menyengat dari musim-musim sebelumnya. Setelah 9 perlawanan Red Devils hanya memenangi 4 perlawanan dan 5 kali seri. Ayam tambatan Wayne Rooney pulak belum menunjukkan taring dan baru menjaringkan satu gol setakat ini. Mujurlah Berbatov dan Hernandez menyelamatkan keadaan. Pasukan Red Devils perlu lebih berbisa jika ingin mencabar kejuaraan. Ramai pemain Man U mempamerkan prestasi hambar diawal musim.Diharap gejala ini tidak berterusan kerana peminat Red Devils begitu dahagakan bisa yang dipamerkan seperti musim-musim yang lalu. Sir Alex perlu mencari formula baru bagi merubah keadaan tersebut. Barisan pertahanan yang rapuh, bahagian tengah yang lesu dan kekurangan idea serta barisan serangan yang hambar perlu berubah dan bekerja lebih kuat lagi. Perubahan yang baik pastinya menggembirakan penyokong pasukan Red Devils.