Khamis, 28 Oktober 2010

Manchester United kurang menyengat

Bermulanya musim 2010/2011, pasukan Manchester United dilihat kurang menyengat dari musim-musim sebelumnya. Setelah 9 perlawanan Red Devils hanya memenangi 4 perlawanan dan 5 kali seri. Ayam tambatan Wayne Rooney pulak belum menunjukkan taring dan baru menjaringkan satu gol setakat ini. Mujurlah Berbatov dan Hernandez menyelamatkan keadaan. Pasukan Red Devils perlu lebih berbisa jika ingin mencabar kejuaraan. Ramai pemain Man U mempamerkan prestasi hambar diawal musim.Diharap gejala ini tidak berterusan kerana peminat Red Devils begitu dahagakan bisa yang dipamerkan seperti musim-musim yang lalu. Sir Alex perlu mencari formula baru bagi merubah keadaan tersebut. Barisan pertahanan yang rapuh, bahagian tengah yang lesu dan kekurangan idea serta barisan serangan yang hambar perlu berubah dan bekerja lebih kuat lagi. Perubahan yang baik pastinya menggembirakan penyokong pasukan Red Devils.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan