Jumaat, 24 Februari 2012

Aku dan hostel part 4

Awal pagi aku bangun....nie la hari pertama aku kembali ke sekolah . Dengan kepala botak yang berkilat-kilat aku melangkah ke permulaan baru . Aku pelajar form 4 kat sekolah aku ( dah masuk kategori senior le tu..) . Dapat ler aku berjumpa balik ngan geng2 aku yang dah lama tak jumpa . Macam2 ler cerita yang keluar , macam tak sempat2 lagi nak jumpa lain kali . Aku cuma senyum je , sebab bernasib baik dapat sekolah lagi . Aku pun tak tahu macam mana bley berlaku . Sebabnyer aku kuat tido time form 3 dulu . Aku cuma blajor dua mata pelajaran jer . Tu pun sebab ada ler sedikit minat cara pengajaran cikgu nyer . Sejarah dan pendidikan islam - itu jer yang aku ingat , mata pelajaran yang aku bagi perhatian . Yang lelain tu....jangan harap ler . Aku seperti takde minat nak belajor . Tak ler , aku pun tak tau macam mana aku bley jadi macam tu . Rugi duit mak bapak aku habih macam tu jer . Bila keluar result periksa , pergh macam tak caye , leh lulus plak . Mungkin tuhan masih sayangkan aku . Dia mungkin nak beri aku peluang kedua kot . Aku dapat masuk kelas 4C ( kira macam kelas sains ler jugak) . Dalam kelas tu hanya ada 20 lelaki dan 3 orang pelajar pompuan (macam mana diorang leh tahan ngan bebudak lelaki) . Bebudak pompuan tu hanya seorang saje yang kekal dan 2 orang lagi mintak bertukar kelas( sebab student lelaki dah macam nak makan diorang ). Aku masih lagi tinggal kat hostel . Maka bermulalah era baru untuk aku . Karekter aku pun mula berubah ( dah senior kan ) . Aku dah mula menyertai kelab bebudak nakal (adventure ler tue...) . Antaranya , malam pertama aku kat hostel , aku telah mengetuai bebudak junior membuat konsert tak rasmi dengan harapan konsentrasi kengkawan yang nak belajar terganggu .Aku berjaya dan hadiahnya      Pang...pang.....penampor jepun tahun sebelum merdeka oleh ketua warden . Ini semua atas penghargaan yang dapat dia bagi kat aku sempena konsert tue ( pergh pekak dan tuli selama 5 minit) . Tak berapa lama lepas tue , aku telah diarak oleh guru disiplin dikhalayak ramai sekeliling sekolah dengan rambut senget( rambut aku sikit panjang , pastu cikgu disiplin tolong potong secara free) bersama2 kengkawan sejati aku ...glamer ler aku masa tue . Biasa artis jer yang glamer , tapi aku dapat publisiti secara tak sengaja . Jalan pun masa tue dah macam brat pitt aku rasa ....glamer ..glamer . Kat hostel pun aku dah tergolong orang2 yang selalu disumpah oleh penghuni2 nyer ( nasib badan) . Tahun tue pun secara tak sengaja aku mula merokok ( merokok membahayakan kesihatan - nasihat oleh kerajaan malaysia) . asyik nengok member jer sedut asap , aku pun jeloues . Last2 aku jugak dah jadik perokok ( nyesalnyer) . Bila tiba bulan puasa plak , aktiviti aku jeng..jeng..jeng ...terbabas puasa ( ye ker ....) . Bukannyer apa   ......  aku kesian ngan kawan aku yang sponsor makan ....kalau tak makan nanti kecik plak ati dia ....sapa nak pujuk . jawab2 . kekadang tue kantoi gak ngan cikgu bila tak puasa ...." kamu jangan ikut perangai syaitan ".......nasihat seorang cikgu . Tapi satu yang aku tak leh lupa dan aku rasa bersalah sampailah sekarang . Aku marahkan ustaz yang mengajar aku memberi markah yang rendah dalam mata pelajaran agama kepada aku . Aku memarahi ustaz tue dengan kata2 kesat . Aku memang patut diberi markah yang rendah masa tue sebab aku tiru dari buku teks bulat2 .Pastu kantoi plak( amatur lagi , sebab tu gagal) ngan ustaz tue . Tapi aku bernasib baik tak gagal terus  (Sebelum aku meninggalkan sekolah tue aku sempat minta maaf atas ketelanjuran aku pada masa tue) . Satu lagi peristiwa yang aku takkan lupa adalah bila aku dan kengkawan ramai2 mainkan seorang guru disiplin yang selalu attack kami . Ceritanya macam nie ....satu hari kami ternampak cikgu tue sedang berjalan kaki menuju ke pejabat sekolah . Seorang rakan aku berteka-teki ( member aku tue cakap kuat sebab nak bagi cikgu tue dengar) . Kalau korang hebat , korang berikan 10 jenis nama buah bermula dengan huruf 'N' . Semuanya tercari2 ler 10 jenis buah yang bermula dengan huruf 'N'. Yang aku tahu 2 jenis je , nangka dan nenas . Member aku pun mentertawakan kami sebab gagal memberika 10 jenis nama buah tersebut . Bila kami minta jawapan , dia cakap sorang je yang boleh bagi 10 nama buah yang bermula dengan huruf ' N' . Kami pun tercengang . Malah kalau kami nak lebih dari 10 nama pun boleh diberikan oleh orang tersebut . Akhirnya dia pun beritahu orang yang dapat sebut nama buah lebih dari 10 nama buah( cikgu disiplin tue ler) .Kami tanya kenapa ? dia pun beri contoh nama buah yang boleh diberi oleh cikgu tersebut . Nangka , nenas ,nimau , nempedak ,nangsat , nambutan , nurian , nepal , nai , nongkong dan bla..bla ....bla.....apa lagi , terburai ler ketawa kami ramai2 dan ianya menjadi kemarahan cikgu disiplin tersebut( cikgu tu sengau) . Maka kami pun dikejar ler keliling sekolah sambil diperhatikan oleh pengetua sekolah . Aku akan gelihati bila terkenang peristiwa tersebut ( maaf cikgu , kami budak nakal , maafkan kami 2X ). Korang jangan ler ikut perangai yang tak baik tue.....bersambung .

Sabtu, 18 Februari 2012

Fatin Liyana: Tips Terbaru Untuk Makan Secara Sihat

Fatin Liyana: Tips Terbaru Untuk Makan Secara Sihat: Assalamualaikum Masa aku kecik-kecik dulu, aku hanya tau ada 2 jenis pyramid di dunia ini. Satu yang berada di Egypt. Dan lagi satu adalah ...

Hanis Zalikha: Masalah Menipu

Hanis Zalikha: Masalah Menipu: Inilah follow-up entry nak memanjangkan cerita. Kan I was telling you how my lidah tak coordinate dengan niat jahat, jadi dia selalu takna...

12 Pertarungan Dalam Hubungan


Pada tahap awal menjalin hubungan, anda tentunya begitu bersemangat untuk membuktikan kepada pasangan bahawa anda adalah lelaki yang layak untuk mendampingi dirinya. Berbagai cara anda lakukan dalam menawan hatinya namun dalam keghairahan men awan hatinya, ada beberapa peraturan yang perlu anda ketahui.

1. Hanya berdua, bukan bertiga
Maksudnya sangat mudah. Hanya anda berdua dengannya dan tidak ada orang ketiga. Orang ketiga biasanya akan merosakkan sebuah perhubungan dan ia berkait dengan soal kejujuran. Kalau anda jujur dengannya, dia juga akan jujur dengan anda.

2. Jangan rosakkan sebuah persahabatan 
Ada kalanya pasangan anda sukar menerima sebuah persahabatan yang telah lama anda jalinkan bersama sahabat wanita. Mereka akan mula berasa curiga, cemburu dan bermacam andaian lain. Akhirnya, silap langkah, anda akan berpisah dengannya.

3. Jangan terlalu selesa
Kadang-kala ramai orang suka berada di zon yang selesa dan mereka meyakini pasangan akan terus setia dan tak akan berpaling kepada orang lain. Namun ada kalanya anda tersilap percaturan kalau anda tidak mengikrarkan kata-kata cinta kepadanya setiap masa. Cinta berkaitan dengan hati, justeru itu ia perlukan kata-kata untuk meyakinkan bahawa cinta anda masih utuh.

4. Jangan membandingkan 
Resam orang pernah jatuh cinta, mereka tentunya akan membuat perbandingan antara insan yang terdahulu dan seka rang. Sebaiknya, anda pandang ke hada pan, lalui hidup ini dan jangan sesekali menoleh ke belakang.

5. Hanya anda boleh mengawalnya
Cinta membuatkan semua perkara sukar menjadi senang. Kepada tidak menjadi ya. Justeru itu, hanya anda sahaja yang boleh mengubah semua mengenai pasangan dari buruk menjadi baik dan sebagainya.

6. Jangan memaksa
Sesetengah orang beranggapan, kekasih adalah hak mutlak. Justeru itu, mereka akan mengarah sesuka hati. Sebaik nya, jangan suka memaksa pasangan, hormati lah dirinya.

7. Jangan mudah menyebut “I love you”
Menyebut memang mudah namun tidak mudah melaksanakannya. Jangan terlalu mudah menyebut perkataan tersebut jika anda tidak bersedia untuk berkorban segala-galanya dan memikul semua tanggungjawab terhadap pasangan.

8. Putus dan jangan menipu
Jika anda sudah bosan dengan pasangan, beritahulah secara terus-terang. Jangan sesekali menipunya dengan pelbagai alasan. Pergi dan jangan menoleh lagi kerana sekelumit harapan, anda membuka kembali ruangan bersamanya lagi.

9. Perlu berkorban
Apabila anda bersedia untuk menjalin perhubungan, bermakna anda perlu berkorban segala-galanya. Jika saat dia mahukan pertolongan dan anda gagal membantunya, mungkin muncul seseorang yang akan mengambil peluang tersebut. Anda mungkin terlepas gadis idaman anda.

11. Jangan cerita kisah peribadi anda
Sebelum menjalin hubungan yang serius, jangan sesekali anda bercerita kisah peribadi dalam pertemuan pertama. Lagi anda menceritakan masalah anda seperti kewangan, bekas kekasih dan sebagainya, maka hubungan tersebut sudah pasti tidak akan dapat diteruskan kerana dia pasti bosan dengan cara anda itu.

12. Jangan rosakkan kebahagiaan di awal hubungan
Pada peringkat awal menjalin hubungan, anda perlu bersedia. Persediaan ini pula termasuklah mental dan fi zikal agar hubu ngan yang anda melewati hubungan yang lebih serius dan bermakna.

Petikan dari Malah Mingguan Wanita
(hanya sekadar renungan bersama)

6 Panduan Buat Suami Isteri


Ketika ini rata-rata pasangan melangsungkan perkahwinan pada usia pertengahan 20-an. Selalunya bila usia mencecah 25 atau 26 tahun selepas tamat pengajian atau sudah memiliki kerjaya yang stabil.
Jarang muda-mudi yang berusia awal dari itu mahu melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun ramai ibu bapa yang akan membantah dan meminta mereka berfikir seribu kali sebelum bernikah. Malah tak kurang juga dikatakan ‘sudah gatal’ hendak berkahwin.
Tak bolehkah berkahwin pada usia muda jika keinginan dan persediaannya sudah mencukupi? Perlukah menunggu tiga atau empat tahun lagi sebelum melaksanakan hasrat itu? Sebenarnya individu yang masih muda juga boleh menggalas tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bagi pasangan muda yang berada dalam dilema ini, ikuti beberapa perkara mengenai perkahwinan di usia muda yang boleh anda jadikan panduan.

1. Berupaya Galas Tanggungjawab 
Berkahwin di usia muda mencipta tanggungjawab yang lebih besar buat suami. Apa tidaknya, mereka perlu menyara anak orang dengan menyediakan tempat tinggal yang selesa serta makan pakai yang mencukupi.
Sebab itulah suami wajib mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap bagi menyediakan semua yang diperlukan. Inilah perkara paling utama dan perlu diberi perhatian. Namun, sekiranya suami bekerja sendiri maka dia harus pastikan bahawa pendapatan hasil dari perniagaan yang dijalankan stabil untuk tempoh beberapa bulan. Barulah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.

2.Periksa Status Kewangan
Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, periksa dahulu status kewangan anda. Adakah mempunyai simpanan wang yang tetap untuk masa satu tempoh yang panjang atau sekadar cukup-cukup makan sahaja.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pasangan yang ingin berumah tangga perlu memiliki sekurang-kurangnya tiga bulan simpanan wang perbelanjaan harian dalam mana-mana akaun simpanan harian. Seandainya syarat tersebut dipenuhi maka tidak salah untuk kalian membina mahligai bahagia yang diidamkan selama ini.

3.Matang Membuat Keputusan
Salah satu elemen penting yang perlu ada dalam diri pasangan muda ialah berfikiran matang. Ingat, perkahwinan bukanlah mainan atau bahan uji kaji untuk mengukur sebuah kebahagiaan. Suami terutamanya perlu miliki sikap kepimpinan dan bijak membuat keputusan. Oleh itu mereka perlu berfikiran lebih matang dari usia sebenar agar bahtera yang dilayari tidak jauh terpesong dari arah yang sepatutnya.
Ini kerana, kehidupan rumah tangga mempunyai banyak cabaran dan dugaannya. Susah untuk di ramal apa yang akan berlaku di hari mendatang. Jadi sentiasalah berfikiran jauh sebelum memutuskan sesuatu perkara.

4. Dapatkan Restu Orang Tua
Kata orang, restu ibu bapa sangat penting untuk mencapai sebuah kebahagiaan. Tak kiralah hidup sendiri atau berkeluarga, redha mereka memberikan lebih tenaga dan semangat untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna. Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang menentang keras apabila anaknya ingin berumah tangga tetapi bila keperluan kewangan, tanggungjawab dan bijak membuat keputusan ini dipenuhi nescaya mereka akan merelakan hubungan tersebut sepenuh hati.

5. Tolak Ansur Kunci Bahagia
Dalam rumah tangga, sikap saling memahami dan bertolak ansur adalah satu dari berpuluh rencah mencapai kebahagiaan. Hidup bersendiri tidak perlu memikirkan orang lain tetapi bila berdua sedarlah bahawa ada hati yang perlu dijaga. Kawal kemarahan dan janganlah cepat melatah bila ada silap dan salah.

6. Sentiasa Berfikiran Positif Pada Pasangan
Amalkan sentiasa berprasangka baik terhadap pasangan setelah mendirikan perkahwinan. Cemburu boleh tetapi kata orang biarlah berpada. Bukankah itu tandanya sayang. Jadi, apabila ada permasalahan atau curiga tentang sikapnya maka berbincanglah secara baik. Maklum sahajalah, risiko untuk cemburu buta itu tinggi kerana masing-masing masih muda, perjalanan pun jauh lagi. Sebaiknya, dapatkan nasihat dari individu yang lebih berpengalaman untuk tunjuk ajar yang lebih berkesan.

Petikan dari Majalah Mingguan Wanita
( Sekadar Renungan untuk kita bersama)

Dambaan Isteri Saat Di Ranjang



Antara sedar atau tidak, wanita khususnya isteri menginginkan sebuah kehidupan seksual yang diatur dengan teliti seterusnya berlangsung seperti yang diharapkan. Untuk itu, ketahui perjalanan seksual yang diinginkan seorang wanita sebelum hubungan intim dilakukan agar tidak timbul istilah paksaan atau lebih serius dakwaan ‘rogol’ oleh suami sendiri.
1. Pentingkan Kesihatan Dan Rehat
Wanita mengharapkan tahap kesihatan yang baik meliputi stamina, rehat dan sebagainya sebelum hubungan asmara dilakukan. Sekiranya perkara-perkara tersebut menepati ‘piawaian’ yang ditetapkan, secara automatik suami mudah mendapat lampu hijau untuk meneruskan aksi yang diinginkan.
2. Inginkan Reaksi Emosional Pasangan
Sebenarnya, wanita juga menginginkan tindak balas dari pasangan selama hubungan intim dijalankan. Reaksi emosional serta ucapan yang dilafazkan pasangan ketika berasmara berupaya menghangatkan lagi keinginan dan kenikmatan sewaktu bersama.
3. Ambil Kira Tarikan Fizikal
Bukan sahaja lelaki malah wanita juga menitikberatkan tarikan fizikal yang dimiliki pasangan. Mungkin paras rupa tidak seberapa tetapi bentuk tubuh yang sasa ataupun lengan yang tegap secara tidak langsung membuatkan hati tertawan dan bersemangat untuk bersama. Sungguhpun begitu, lain wanita lain cita rasanya jadi berbincanglah dengan pasangan bentuk fizikal yang manakah menjadi kesukaan.
4. Tindak Balas Seksual Mengukur Kepuasan
Ketika melakukan hubungan intim, wanita tertarik kepada respons seksual yang diberikan pasangan seperti orgasma mahupun tindak balas erotis. Wanita juga tetap menghendakinya kerana ingin mengetahui sejauh mana pasangan menikmati ataupun puas dengan layanan yang diberikan.
5. Sensitiviti Pasangan
Sesetengah wanita tergolong sebagai individu yang sukar berterus terang. Lazimnya, mereka gemar memberikan ‘bayangan’ terhadap perkara yang diinginkan seterusnya menanti reaksi pasangan. Dalam berasmara, wanita mengharapkan pasangan berjaya memenuhi keinginan seksual lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun hidup bersama. Dari situlah wanita menilai sama ada pasangan sensitif terhadap keperluan seksualnya.
6. Tahap Kesihatan Pasangan
Hal sebegini perlu dititikberatkan sebelum meneruskan hubungan asmara. Lazimnya wanita berasa lebih puas dan bersemangat apabila pasangannya berkeadaan sihat. Situasi boleh berubah sekiranya pasangan sakit-sakit biarpun sekadar pening kepala. Ia tentunya membuatkan ‘mood’ untuk bersama terjejas.
Tip Dapatkan Anak Perempuan
1. Mulakan dengan doa dan niat untuk memperoleh jantina bayi perempuan.
2. Pastikan hubungan seksual dilakukan pada waktu subur isteri iaitu antara hari kesebelas hinggalah hari kesembilan belas dari kiraan pertama datangnya haid.
3. Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembeskan di bahagian pangkal rahim.
4. Selepas berasmara, isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.
5. Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan oleh-Nya
Amalan pemakanan ketika janin berusia satu hingga empat bulan :
1. Banyakkan pengambilan sayur, sup, asam serta jenis yang beralkali.
2. Lebihkan buah-buahan .
3. Elakkan dari mengambil minuman berkarbonat.
Perbuatan yang digalakkan ketika kandungan berusia satu hingga sembilan bulan
1. Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
2. Usap kandungan dengan lembut dan panggillah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aishah.
3. Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.


Petikan dari Mingguan Wanita

( Untuk Renungan Bersama )

Lempeng Pisang

Bahan-bahan: 175 gram tepung gandum - secubit garam - 4 biji telur (dipukul) - 2 biji pisang masak saiz besar - buang kulit dan lenyek - 300ml santan kelapa - sedikit minyak masak - -Bahan Hiasan- sebiji pisang masak - potong bulat nipis - 6 sudu makan jus limau nipis - sedikit gula aising - krim - Cara Penyediaan Masukkan tepung, garam, telur, pisang lenyek dan santan dalam blender. Kisar sampai adunan halus - Sejukkan adunan ke dalam peti ais selama sejam - Selepas sejam, keluarkan adunan dari peti ais dan kacau mesra - Panaskan sedikit minyak (anggaran 1 sudu makan) di dalam kuali leper - Tuang 1 sudu besar adunan dalam kuali leper yang telah panas. Ratakan membentuk bulat. Biarkan bahagian bawah masak sehingga warna kuning keemasan - Balikkan lempeng untuk masak bahagian sebelah lagi sehingga kuning keemasan. Angkat dan tos atas kertas tisu. Buat hingga adunan habis. (Boleh dapat anggaran 36 keping lempeng) - Hidangkan beberapa keping lempeng dalam pinggan dengan susunan hirisan pisang, renjis sedikit jus limau nipis, tabur sedikit gula aising dan letakkan sesudu krim di tepi lempeng .

Ahad, 5 Februari 2012

Resepi masakan - Hor Fun Daging & Lada Hitam

Bahan-bahan : ~ 500gm Hor Fun ~ 200gm daging ~ 1 biji cili benggala hijau( dihiris) ~ 1 biji benggala merah (dihiris) ~ 200ml stok ayam ~ 2 sudu besar serbuk lada hitam ~ 2 sudu besar tepung jagung + air ~ 2 sudu besar kicap cair ~ 1 sudu besar kicap cair ~ 1 sudu besar sos tiram ~ 2 ulas bawang putih(diketuk) ~ garam secukup rasa. Cara membuatnya : ~ Panaskan kuali dan goreng Hor Fun dengan kicap cair selama 3 minit ~ Angkat dan bubuhkan dalam pinggan ~ Panaskan sedikit minyak masak ~ Tumiskan bawang putih dan lada hitam ~ Masukkan daging dan cili benggala ~ Apabila daging empuk, masukkan stok ayam, kicap pekat, sos tiram dan sedikit air ~ Pekatkan masakan ini dengan bancuhan tepung jagung ~ Tuangkan keatas Hor Fun tadi dan hidangkan.

Resepi masakan - Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan : ~ 300 gm mee kuning ( dicelur) ~ 200 gm udang ~ 100gm taugeh ~ 2 tangkai sawi (dipotong ) ~ 2 tangkai daun bawang (dipotong ) ~ 1 keping tauhu goreng (dipotong ) ~ 1 biji bawang besar(ditumbuk) ~ 5 ulas bawang putih(ditumbuk) ~ 3 sudu besar minyak masak ~ 1 sudu besar cili kisar ~ 1 sudu besar kicap pekat ~ 1 sudu besar kicap cair ~ 1 biji tomato (dibelah 4 ) Cara membuat : ~ Panaskan minyak masak dalam kuali ~ Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga garing ~ masukkan cili kisar, tauhu goreng dan udang ~ masak selama 2 minit ~ kemudian masukkan sawi, mee, taugeh, daun bawang, kicap pekat dan kicap cair ~ gaulkan supaya bercampur rata ~ goreng selama 5 minit. Hiasan : ~ letakkan timun yang dihiris nipis dan cili besar yang dihiris menyerong diatas mee yang siap dimasak.Hias sesuka hati anda. Penambah rasa : ~ boleh letakkan perahan limau sesedap rasa.....

Resepi masakan - Sambal Ta'un Kerang

Bahan-Bahan : 1. 2kg kerang. 2. 2 inci lengkuas. 3. 3 batang serai. 4. 1/2 cawan cili api. 5. 4 sudu taucu. 6. 1/2 cawan santan pekat. 7. 2 ulas bawang putih. 8. 2 inci halia. 9. 3 ulas bawang merah. 10. 4 sudu minyak masak. 11. 1 sudu gula. 12. 2 sudu asam jawa ( bancuh dengan 1/2 cawan air). Cara membuat : 1. Mayang( hiris ) serai, lengkuas, bawang putih, bawang merah dan halia. 2. Tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan cili api yang telah dibuang tangkainya. 4. Masukkan taucu, kerang, santan, gula dan air asam jawa. 5. Biarkan masak seketika dan barulah dihidangkan. Selamat mencuba !!!!!