Sabtu, 25 Jun 2011

Ashley Young milik Man United...


SEUMUR hidupnya, Ashley Yong menyimpan hasrat untuk menyertai kelab seperti Manchester United dan kini dia tidak sabar untuk menyarung jersi merah paling popular dalam sukan itu.Young kelihatan begitu teruja seolah-olah dia berharap dapat terus menyertai latihan bersama skuad barunya semalam.Bagaimanapun, dia masih perlu menunggu sebelum memulakan karier gemilang bersama United. Juara Liga Perdana Inggeris itu hanya akan kembali beraksi pada 4 Julai ini, memulakan latihan pra-musim pada Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat.Seminggu kemudian, dia akan kembali ke AS untuk program jelajah selama tiga minggu yang akan menyaksikan bekas pemain sayap Aston Villa, Young memulakan aksi sulungnya.Jika dia memerlukan pengesahan bahawa dia kini menyertai pasukan terhebat, United akan kembali menentang pemilik gelaran Liga Juara-Juara, Barcelona 30 Julai ini, sambil berusaha menebus aib di Wembley.Young, 25, masih di awang-awangan selepas selesai urusannya pagi itu."Kami akan kembali 4 Julai ini dan saya tidak sabar menunggu. Saya tidak sabar menyertai perlawanan jelajah. Perlawanan jelajah ke AS cukup menarik. Saya tidak sabar untuk mula bermain," katanya.Bekas pemain Watford itu jelas sekali tidak terkejut bahawa jelajah itu bakal memberi peluang kepadanya untuk menyertai kesebelasan utama musim depan.Di sebalik yuran perpindahannya bernilai STG20 juta (RM97.4 juta), Young sedar tempatnya di Old Trafford masih belum pasti dengan kehadiran pemain sayap iaitu Nani, Antonio Valencia, Ryan Giggs dan Park Ji-Sung."Saya perlu bersaing untuk mendapat tempat. Seronok apabila mengetahui anda berada dalam pasukan dan ada pemain yang mampu merampas kedudukan anda. "Saya hanya mahu menempatkan diri saya dalam pasukan. Ia satu cabaran tetapi saya sudah bersedia," katanya.Jadi, ketika pemain lain seronok menikmati keindahan pantai, Young hanya mahu mula menendang bola lagi dan dia mula merasakannya sejak menerima panggilan bahawa Alex Ferguson mahukannya menyertai Manchester United."Anda rasa begitu seronok. Terlalu seronok apabila salah seorang pengurus terhebat dunia mahu mendapatkan anda dan kelab terhebat dunia mahu membeli anda."Saya cukup teruja. Ia seperti dalam mimpi tetapi saya gembira berada di sini dan hanya mahu terus bekerja."Sebaik menerima panggilan itu, saya mahu ia diselesaikan, perjanjian ditandatangani dan terus berlatih. Saya ingat ketika saya mula-mula dipanggil menyertai England, saya fikir ia hanya cakap kosong."Kali ini saya sedar ia tidak seperti itu. Anda boleh lihat dari riak wajah saya bahawa saya teruja tetapi saya mahu menenangkan fikiran dan meneruskannya," katanya.Young jelas sekali kelihatan seperti pemain dengan mentaliti kemenangan yang sering diinginkan Ferguson sejak suku abad mengendalikan kelab itu."Mereka mempunyai pasukan yang hebat sejak sekian lama. Mereka menghasilkan pemain yang hebat dan sering bersaing untuk gelaran liga dan piala."Mereka mempunyai mentaliti juara dan sebagai pemain, saya sering ingin menjadi yang terbaik dan menerima cabaran."Anda sentiasa berdepan cabaran jika menyertai kelab seperti ini. Saya mahu menjuarai gelaran dan liga dan saya berharap menjadi sebahagian daripadanya kali ini."Keadaan cukup berbeza apabila pemain yang anda tentang kini menjadi rakan sepasukan anda. Saya mahu berlatih dengan mereka dan mempelajari sesuatu daripada mereka," katanya.Young menyertai Watford sebelum berpindah ke Villa pada Januari 2007 dengan bayaran STG9.6 juta (RM46.7 juta). Dia membuat 193 penampilan bersama Villa dan menjaringkan 30 gol tetapi kehebatannya sebagai pembantu jaringan mencuri perhatian.Dalam tempoh empat musim kebelakangan ini hanya pemain Arsenal, Cesc Fabregas melakukan lebih banyak berbanding 44 hantaran tepat yang dilakukan Young.Musim lalu, dia menjadi pemain paling banyak dijatuhkan dalam Liga Perdana Inggeris apabila memenangi 95 sepakan percuma dan lima penalti.Pertahanan United, Rio Ferdinand memuji ketibaan pemain muda England itu dan menyatakannya menerusi Twitter: "Seorang lagi pemain muda, bersemangat dan hebat." Denis Irwin pula berkata pembelian Young adalah sesuatu yang hebat."Dia mempunyai kemahiran dan mampu memberi ancaman menerusi set-piece, sesuatu yang kami tidak miliki sejak beberapa tahun lalu.United sudah pun mendapatkan bek tengah Blackburn, Phil Jones dengan bayaran STG16.5 juta (RM80.4 juta) dan sebuah perjanjian juga sudah dibuat untuk mendapatkan penjaga gol skuad bawah 21 Sepanyol, David de Gea untuik menyertai mereka dari Atletico Madrid.

Selasa, 14 Jun 2011

Terengganu bangkit......

Perlawanan akhir Piala FA tahun 2011 yang lalu menemukan dua jaguh pantai timur iaitu pasukan Kelantan bertemu pasukan Terengganu. Kelantan mendahului pasukan Terengganu pada separuh masa kedua, namun telah dibalas oleh pasukan Terengganu di minit-minit akhir waktu kecederaan separuh masa kedua. Terengganu melakukan kebangkitan pada masa tambahan dan menambah jaringan menewaskan pasukan Kelantan dengan jaringan 2-1 .Pemain terbaik pada malam itu adalah kapten mereka Marzuki Yusof...

Jumaat, 10 Jun 2011

Man United Kempunan lagi...

Pada tanggal 29 Mei 2011 yang lalu, Man United kecundang ditangan Barcelona F.C dengan jaringan 3-1 . Bermacam-macam pandangan diberikan, namun sudah tersurat Barcelona adalah pemenangnya. Dalam masa 4 tahun 3 kali Man United memasuki final CL ,Namun hanya sekali memenanginya iaitu pada tahun 2008 mengalahkan Chelsea. Barisan Man United sedikit berusia berbanding tenaga muda pasukan lawan yang kreatif merencana permainan. Atas kertas Barcelona begitu ampuh dan hampir tidak dapat dikalahkan melainkan sesuatu keajaiban berlaku, dan kemenangan itu seperti mengiyakannya. Man United nampaknya hanya mampu memecah rekod pasukan Liverpool dengan memenangi 19 kejuaraan liga atau EPL. Pada musim hadapan Man United perlu membuat beberapa perubahan terutamanya dibahagian tengah dan pertahanan dimana kedua-dua posisi ini mempunyai pemain yang sedikit berusia dan dikhuatiri tidak mampu bersaing di peringkat tertinggi. Dengan persaraan Paul Scholes barisan tengah Man united sedikit tempang dan kurang kreatif merencana serangan. Perlunya mencari pemain tengah yang kreatif dan mempunyai kerektor yang kuat bagi menampung kekurangan sedia ada. Selain itu pertahanan muda Man United perlu lebih banyak diberi pendedahan dan kepercayaan membarisi barisan utama. Persaraan Van Der Sar juga memberi kesan yang banyak kerana beliau merupakan seorang penjaga gol yang berkaliber dan kental dibenteng akhir. Pengganti beliau juga mestilah membpunyai kebolehan yang setara dengan beliau. Rio Ferdinand bukan lagi segagah dulu dan lebih kerap melakukan kesilapan akhir-akhir ini. Tenaga muda perlu didedahkan dengan segera sebelum terlambat.Dengan kata lain Man United perlu berubah untuk mencabar kejuaraan dimasa depan.....