Jumaat, 29 Oktober 2010

Untungnya Spurs!!!!

Kemasukan bintang Belanda Rafael Van Der Vaart kedalam pasukan White lilly mengubah bahagian tengah pasukan tersebut. Skill dan pengalaman beliau menguntungkan pasukan Spurs. Corak permainan beliau dilihat serasi dan sesuai di Liga Perdana Inggeris.Impak yang diberikan merubah persembahan pasukan tersebut menjadi lebih menarik untuk ditonton. Persembahan bintang meningkat naik Gareth bale juga begitu memberansangkan. Semasa pertemuan di liga juara-juara bertemu dengan pasukan Juventus beliau telah menjaringkan hatrik. Namun begitu sekiranya pasukan ini ingin lebih berjaya, mereka perlulah lebih konsisten didalam semua pertandingan yang disertai. Keupayaan menyesuaikan diri dengan jadual yang padat diperlukan untuk menjadi antara pasukan yang disegani. Persaingan yang sengit pada musim ini begitu mendebarkan. Pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan berada di puncak liga. keseimbangan didalam pasukan serta suasana yang tenteram dan mendapat sokongan padu dari pengurusan kelab akan membuatkan kelab akan lebih berjaya dimasa depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan