Sabtu, 5 Februari 2011

Liga Malaysia.....



Bolasepak kita telah lama menjadi liga professional setelah diperkenalkan sebagai liga semi-pro pada tahun 1989 oleh FAM.Bermacam-macam peristiwa dan perubahan yang berlaku. Penggunaan pemain import kerap berubah-ubah. Sekejap boleh digunakan dan sekejap tidak boleh digunakan. Bermacam-macam cara yang dilakukan oleh FAM untuk meningkatkan mutu bolasepak negara. Namun tidak juga meningkat, malah ranking negara makin merudum dari tahun ke tahun. Kehadiran penonton juga semakin berkurang dan ini sudah semestinya kantung FAM makin menyusut. Keputusan FAM sendiri yang sentiasa berubah-ubah juga dilihat menjejaskan reputasi FAM sendiri. Kebanyakkan liga terbaik dunia tidak selalu berubah peraturan dan keputusan yang dibuat. FAM dilihat kerap merubah perancangan  dan sistem pertandingan sehinggakan setiap tahun ada sahaja perubahan yang dilakukan.Harga ikan dipasaran pun tidak berubah sekerap itu. Ini menunjukan FAM tidak mempunyai prinsip yang kuat serta asas yang tidak kukuh. FAM ibarat seorang penjual, sekiranya harga dan kandungan barang yang kurang kualiti dijaja, sudah tentu barangan tersebut tidak laku. Untuk menjadi jurujual yang baik sudah tentulah perlu menjual produk yang baik dan berkualiti.Apabila produk berkualiti, tentulah ada pembeli yang akan membeli.Sekiranya produk sentiasa berubah-rubah tentulah pembeli sukar mempercayainya.FAM dan pemikiran FAM perlu berubah menjadi lebih berprinsip. Tidak perlu kerap berubah,tetapi mewujudkan satu sistem yang benar-benar mampan dan berkualiti yang sesuai untuk 10 tahun atau 20 tahun yang akan datang.Tidak guna kerap bertukar pucuk kepimpinan, tetapi hasilnya sama. Malah  makin teruk tahun demi tahun.Pemimpin FAM perlu sedar keadaan ini sekiranya mahu bolasepak kita maju.Liga Perdana Inggeris, Bundesliga, La Liga, Siri A dan lain-lain liga lagi tidak kerap sistem liga mereka diubah,tetapi liga M setiap tahun berubah.Peringkat asia tenggara pun susah untuk menjadi  juara.Fikir-fikirkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan