Selasa, 15 Februari 2011

Resepi masakan

LAKSA KEDAH

Bahan-bahan

1. Laksa besar/halus
2. Ikan (ikan sardin/selayang atau ikan kembung)
3. 12 tangkai cili kering
4. 5 ulas bawang merah
5. 2 labu bawang besar
6. 20 gm belacan( kalau takde allergic )
7. Asam gelugur/keping
8. 2 kuntum bunga kantan
9. daun kesum/daun cendehom
10.garam

Cara-cara

1. Rendam laksa dulu dalam air.
2. Kemudian rebus ikan, letakkan asam keping di dalamnya.
3. Ikan ini kemudiannya diasingkan antara isi dan tulang. Jangan dibuang tulang ikan tersebut.
4. Selepas siap dikopek, isi ikan boleh dihancur2kan/blend sebab nanti kuah akan jadi lebih pekat.
5. Tulang ikan itu pulak diblender, tapis dan ambil airnya
6. Masukkan air tulang ikan dan isi ikan ke dalam periuk.
7. Sediakan cili kering (yg telah direndam) lebih kurang 12 tangkai (atau lebih), bawang merah bawang besar dan belacan (suka hati)- kalau anda allergy, tak letak pun takper.
8. Bahan2 tersebut diblender sekali dan kemudian masukkan ke dalam kuah tadi.
9. Kemudian, sediakan pula daun kesom, bunga kantan dan asam keping.Masukkan ke dalam kuah tadi.
10.Rebus kuah tadi hingga mendidih.
11.Masukkan garam secukup rasa. Sekiranya kurang masam, boleh ditambah lagi asam keping.. sekiranya mahu pedas lebih, boleh tambah lagi cili kisar.

Sediakan ulam-ulaman

1. daun selom
2. timun
3. bawang
4. cili padi
5. telur

Selain ulam diatas, boleh juga ditambah
Daun janggus, limau nipis.. adajugak org letak nenas
Selain dari tu ada juga org buat sambal kelapa..

NASI AYAM

Bahan-bahan :

• ayam
• beras
• bawang besar
• halia
• bawang putih
• sup bunjut
• cili masak
• sedikit sos tiram
• sedikit kicap
• sedikit cili sos
• daun sup

Bahan-bahan sampingan :

• Tomato
• Timun
• Daun salad

Cara-cara :

•Rebus ayam bersama halia yang ditumbuk lumat sehingga masak.
•Setelah masak, toskan ayam dan perap bersama sos tiram & kicap. Air rebusannya jangan dibuang.
•Untuk nasi, tumis bawang merah & bawang putih hingga wangi, masukkan separuh air rebusan ayam tadi dan tanak bersama-sama nasi (bubuh pewarna kuning sikit supaya nasi tu berwarna kuning).Garam secukup rasa dan biarkan masak.
•Ayam yang telah diperap kemudiannya digoreng.
•Untuk kuah sup, tumis bawang putih dan bawang besar bersama-sama sup bunjut sehingga naik bau. Kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi. Setelah hampir masak, masukkan daun sup untuk menyedap dan mewangikannya.
•Untuk sos cilinya pula, tumbuk atau blend cili masak bersama 1 ulas bawang putih hingga hancur. Masakkan bersama-sama sedikit sos cili dan sedikit air, letakkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Setelah siap semua, bolehlah makan bersama-sama salad, timun dan tomato.

ROTI JOHN

Bahan-bahannya

1. Daging kisar ramly sebungkus
2, 1 1/2 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sikit air)
3. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
4. sedikit serbuk lada sulah
5. 1 kiub ayam
6. 2 ulas bawang putih (diketuk dan cincang)
7. 1 labu bawang besar potong kecil-kecil (bahagi dua, separuh buat tumis ngan bawang putih tadi dan separuh letak semasa inti dah masak).
8. Garam
9. Gula
10.Telur ayam secukupnya
11.Lobak dan kubis yang dihiris halus
12.Mayonis
13.Sos

Cara-cara membuat

1. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan rempah kari daging yang sudah dibancuh.
3. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan sedikit serbuk kiub ayam(masakkan sampai garing-naik minyak)
4. Kemudian masukkan sedikit air .
5. Selepas itu masukkan daging( masak sampai kering air)
6. Masukkan baki bawang .
7. Selesai tumis daging tadi, campurkan ke dalam telur ayam tadi.
8. Kemudian belah roti dan sapu di atasnya sebelum di letak atas kuali leper.
9. Terbalik-balikkan roti tu sehingga masak.
10.Setelah masak, letak lobak & kubis yg dihiris halus.
11.Kemudian letaklah mayonis & sos.
12.Siap untuk di makan...

RENDANG KERANG

Bahan-bahan :

1. 1kg kerang - direbus (dikopek)
2. 1 btg serai
3. 1 biji bawang besar
4. cili kering - rebus dulu
5. 1sb kerisik
6. santan
7. daun kunyit
8. garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Blendkan serai, bawang besar dan cili kering yg dah direbus (kalau nak lagi pedas bolehlah campur cili api).
2. Tumis bahan2 blender sehingga naik bau kemudian masukkan santan, kerisik, isi kerang dan garam secukup rasa.
3. Masakkan sehingga kuahnya hampir kering (bagi yg nak kering) atau berkuah (bagi yg nak berkuah) dan masukkan daun kunyit yang telah dihiris.
4. Setelah masak hidangkan.

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan

2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara

1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak. [lebih kurang 30 minit]

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan

1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
3 s/b rempah kari ayam/daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
6 inci halia ]
3 batang serai ]
garam

Cara

1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

SAMBAL BELACAN

Bahan

5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
garam
2 biji limau nipis [ambil jusnya]

Cara

1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
3. Rasakan masam dan masinnya.

( Semua resepi aku copy je...aku tak pandai masak pun..)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan