Rabu, 30 Jun 2010

Manchester United terlepas buruan

Aku ada terbaca yang Manchester United terlepas buruan.Man U target nak beli Angel Di Maria, player Argentina. Tapi Real Madrid dah sambar.Real Madrid memang dah macam tu, bila dengar pasukan besar lain suka satu-satu player, mesti diorang pun sibuk nak merembat buruan pasukan lain. Tapi nak buat macam mana, diorang banyak duit. Tapi aku rasa Man U tak perlu beli pemain sayap kerana aku rasa Man U perlu beli seorang midfield yang berkaliber. Midfield yang ada lanjut usia dah.Nak harap Micheal Carricks pun tak meningkat-meningkat. Anderson pun tak apa-apa. Nak harap otai lama jugak. Aku memang tabik dan minat dengan Paul Scholes. Corak permainan yang menarik dan menghiburkan. Tapi apakan daya usia dah bertamabah.Kudrat dah tak mampu untuk jangka masa panjang.Aku rasa Man U boleh cuba dapatkan gourcuff dari perancis.Aku tengok corak permainan dia bagus dan mungkin sesuai dengan Man U. Satu lagi perlukan seorang penyerang yang bijak sekurang-kurangnya seperti Rud Van Nistelroy. Kemudian Sir Alex dah bley bagi peranan yang lebih kepada pelayer muda dibahagian pertahanan. Contohnya Johny Evan dan Chris Smalling untuk beraksi. Ini kerana Rio Ferdinand pun sudah dimamah usia, dah bleh kurangkan fungsi beliau sedikit demi sedikit.walau apa-apa pun aku tetap sokong Man U.........Forever..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan