Rabu, 30 Jun 2010

Bola oh bola....

Aku baru lepas tonton perlawanan bolasepak antara Jepun dan Paraguay.Game boleh dikatakan ok, tapi yang tak bestnya Jepun tewas sepakan penalti 5-4.Aku berharap sangat Jepun menang, tapi apakan daya, tewas jugak.Aku pun terkenang,dulu Malaysia boleh kalahkan Korea ,tapi sekarang Diorang dah ke world cup, tapi Malaysia Asia Tenggara pun susah nak lepas.Tak tahu apa sebab,puas jugak aku pikir.Balik-balik benda yang sama.Alasan yang sama, yang telah orang lain pikir sebelum ni, sebelum aku sempat pikir.Aku rasa kita kena berubah.Kalau kita tak berubah, asyik bagi alasan yang wartawan dah tahu apa yang nak keluar dari mulut, alamatnya tak kemana lah kita. Target orang kita pun selalu berubah, sekejap tahun 2014 dapat masuk world cup, pastu nampak macam tak boleh je, ubah plak ke tahun 2018. Pas ni tak tau plak tahun bila.Berusahanya belum, target dah berubah ikut peredaran masa.Player pun mesti ubah paradigma.Jangan cita-cita je lebih , usahanya kurang.Player luar negeri untuk jadi hebat dan mahir ,bertahun-tahun diorang berlatih.Apa yang aku tahu, Ryan Giggs berlatih hari-hari untuk sepak penalti sahaja.Cristiano Ronaldo plak, dia merupakan antara player yang paling awal turun berlatih dan yang paling lewat habis latihan.itu pasal dia jadi player terbaik dunia.Betul mereka negara maju, aku tak nafikan .Tapi mereka pun kena berusaha gigih untuk capai standard tu.Player kita plak berusaha setakat untuk wakil negeri je.Itu pasal bila main negara tak capai standard antarabangsa.Cuba la buat cita-cita nak main dengan Real Madrid ke, Barcelona ke, ataupun Manchester United ke,ditambah dengan usaha gigih, baru la boleh berjaya. Ini dapat wakil kampung pun dah rasa hebat, lambatlah nak maju kalau macam tu.Belajar teknik-teknik yang baru dengan betul, kuatkan semangat.Aku rasa boleh berjaya.Satu lagi jangan takut pergi ke tempat orang bila dapat offer main dengan pasukan luar.Ini bila dapat tak nak pergi.Macam-macam alasan yang dibagi.kadang-kadang tu tak faham pun apa yang diorang cakap.Mak tak kasi la, kesian bini tinggal sorang, macam-macam lagi la.pergh pening-pening aku nak pikir.jadi tak payah pikir. Sapa aku yang nak pikir benda macam tu. Lupakan saja......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan