Khamis, 10 Mac 2011

Aku dan hostel tahun pertama...


Pada tahun 1989, tahun bersejarah bagi aku melangkah ke dunia baru iaitu 'dunia hostel'. Aku diterima masuk ke sekolah tersebut mungkin pada masa tu aku sedikit bernasib baik disebabkan pelajaran aku baik( sedikit perasan). Pada masa tu aku sedikit 'sivik'( budak kampung la katakan),kejutan budaya dengan suasana sekolah tersebut. Apa taknya, disiplin budak-budak sekolah tu lain macam betul(sekolah sukan katakan), dalam sebulan tu kadang-kadang ada polis yang datang disebabkan urusan pelajar yang melanggar peraturan negara( satu dua kes je). Pening jugak dibuatnya bila aku pikirkan macam mana cikgu disiplin sekolah aku nak 'settle'kan masalah pelajar yang bermasalah nie(masa tu aku baik lagi). Aku pun mulalah berkenalan dengan rakan-rakan hostel baru( time tu aku pendiam skit),ada yang datang dari dalam negeri aku sendiri dan tak kurang jugak dari luar negeri Kedah. Ada yang mak bapak diorang kerja lawyer, cikgu, YB dan tak kurang jugak macam mak bapak aku kerja sawah(aku ok je). Bila dah join dengan budak-budak sukan nie, aku pun berubah arah, asyik bersukan je. Asal bukak je mata nak bersukan( tapi aku tak pandai-pandai jugak bersukan pun). Lain kerje takde, sukan je, bola, hoki, bola tampar dan macam-macam lagi(sukan belasah orang pun ade..op censor). Petang hari pertama je dah kena panggil ngan senior( apa lagi kene nyanyi setiap sorang satu lagu,) sesi perkenalan. Ada yang nangis dan ada jugak yang pendam perasaan(dalam hati-bila korang dah tua nanti siap la aku kerjakan). Aku masa tu masih steady ,tak nangis(anak jantan katakan). Bila dah lepas ujian pertama tu kami dibenarkan balik ke bilik masing-masing. Tapi yang paling best tu bila aku dapat tengok bapak ngan mak aku(time tu mak aku tengah mengandungkan adik bongsu aku)balik dalam keadaan senyum dan bangga bila anak diorang dapat masuk hostel. Maka tergolong ler aku dikalangan orang-orang yang baik-baik dan soleh sebab berjaya membahagiakan ibu dan ayah( amin...). Bila dah masuk alam sekolah menengah nie, ada jugak la yang ushar-ushar nak buat adik angkat la , dan tak kurang jugak kekasih angkat(budak sekolah sepatutnya sekolah bukan bercinta). Jadi dalam kes nie, aku pun terlibat sama walaupun aku tak nak terlibat pun. Mula-mula tu janggal jugak ler. Tapi bila dapat rasa benefit tu, rasa best jugak( disini... aku nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan apa-apa lagi yang aku dah tak ingat dah). Kelas aku(kelas RK 1) masa tu pun sikit je pelajarnya, dalam 19 orang je termasuk aku. Tapi masa tu aku kuat tidur, dalam kelas pun nak tidur jugak(cikgu boleh terkejut kalau aku tak tidur- hebat betul penangan aku). Aku pun tak tahu bila aku belajar( mungkin dalam mimpi kot). Dalam tahun tu jugak seramai 7 orang senior aku dibuang dari sesi persekolahan akibat bergaduh( kesian aku tengok diorang). Keadaan tu berlaku waktu hujan renyai-renyai dalam pukul sepuluh lebih, time nak tidur. Aku rasa perkara tu tak patut terjadi pun, tapi darah muda, pantang dicabar( masa depan tergadai). Aku tak tahu sapa yang salah dan sapa yang betul sehinggalah hari ini pun. Aku takkan lupa peristiwa tu, sebab pada malam tu aku diminta oleh seorang senior untuk memanggil seorang lagi senior ke satu bilik. Aku ikut je la sebab arahan senior( aku kecik lagi masa tu,mana aku tahu keadaan buruk akan berlaku). Dalam pukul 1-2 pagi kami dikejutkan dengan arahan berkumpul di bilik rehat hostel. Masa tu aku tak berapa ingat sangat sebab aku mengantuk dan tak tahu apa-apa cerita pun. Keesokan pagi ,aku mendapat tahu senior aku digantung sekolah sehingga keputusan dibuat oleh pihak sekolah. Semua tu menjadi pengajaran kepada aku.Bersambung.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan