Jumaat, 1 Julai 2011

Rokok dan kesan


Dewasa ini peningkatan yang begitu ketara perokok dikalangan remaja. Setiap hari dikatakan 60 ke 70 orang remaja mula merokok setiap hari. Angka itu begitu menggerunkan bagi kita sebagai ibu bapa dan juga pihak kerajaan. Setiap tahun berbillion ringgit terpaksa di bazirkan oleh kerajaan untuk membanteras serta merawat penyakit yang disebabkan oleh rokok. Peningkatan remaja perempuan pula adalah sekali ganda peningkatan dari tahun 1999 hingga tahun 2004. Dianggarkan 1.15 billion orang seluruh dunia adalah perokok dan negara membangun mempunyai hampir 850 juta orang adalah perokok. Hanya 350 juta orang perokok terdapat di negara maju. Penyakit yang disebabkan oleh rokok begitu banyak dan merbahaya, antaranya kanser, penyakit jantung dan lain-lain lagi. Selain itu hampir 90 peratus penagih dadah bermula dengan rokok. Kematian sakit jantung juga 75 peratus adalah berpunca dari budaya menghisap rokok. Selain itu rokok juga boleh menjadikan ekonomi seseorang tidak stabil kerana banyak sumber pendapatan dihabiskan untuk membeli rokok. Kebakaran dan kemalangan jalan raya juga disumbangkan oleh gejala merokok. Memang banyak bahaya akibat aktiviti merokok. Tiada kajian yang menunjukkan merokok menyihatkan badan. semua kajian dan saranan menyatakan merokok membahayakan kesihatan dan cara hidup menjadi tidak sihat serta menjejaskan ekonomi negara. Produktiviti akan menurun disebabkan rakyat tidak sihat. Lama kelamaan ekonomi boleh terjejas dan negara boleh bankrup. Kepada rakyat Malaysia yang belum merokok, jangan merokok. Kepada rakyat Malaysia yang masih merokok diharap berhenti merokok demi keluarga, agama, masyarakat dan negara kita yang tercinta ini. wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan