Isnin, 4 April 2011

Madrid tewas ditempat sendiri


MADRID: Real Madrid mengalami kekalahan mengejut 0-1 di gelanggang sendiri kepada Sporting Gijon kelmarin manakala Barcelona pula mencatat kemenangan dengan jaringan sama ke atas Villarreal sekali gus mengukuhkan cengkaman kelab Catalan itu memburu gelaran La Liga ketiga berturut-turut.Ketika saingan berbaki sembilan perlawanan musim ini, Barca kini memiliki kelebihan lapan mata ke atas pencabar terkuatnya itu yang pernah mereka tundukkan dengan jaringan besar 5-0 di Nou Camp, November lalu.Real akan menanti kunjungan Barca dalam tempoh dua minggu lagi, beberapa hari sebelum mereka membuat perhitungan pada final Piala Raja Sepanyol dan kemudian turut mempunyai perlawanan mencabar berdepan Valencia, Sevilla serta Villarreal.Selain Real dan pasukan di tangga kelima, Espanyol, enam lagi pasukan akan ditemui Barca selepas ini semuanya di kelompok bawahan.Jurulatih Pep Guardiola yang melakar kejuaraan liga dalam dua musim pertamanya bersama Barca dan menumpaskan Real dalam kesemua lima pertembungan “Clasico” bagaimanapun belum mahu menabik dada sebaliknya memberikan amaran kepada anak buah selepas perlawanan dengan Villarreal supaya berwaspada.“Jika anda sudah meraikan kejayaan sebagai juara dengan kelebihan lapan mata ketika masih ada lapan perlawanan diharungi, anda boleh kalah dalam perebutan ini,” kata bekas pemain Barca dan Sepanyol berusia 40 tahun itu.“Pemenang hanya diketahui apabila liga berakhir. Kami akan berdepan banyak perlawanan sukar selepas ini. Madrid seperti biasa akan terus memberi tentangan hingga ke penghujung saingan,” katanya.Walaupun tanpa pemain perancang, Xavi Hernandez yang digantung perlawanan, Barca masih mampu menewaskan Villarreal. Kekalahan itu pula menyebabkan Villarreal terpaksa melepaskan posisi ketiga liga kepada Valencia.Guardiola turut merehatkan Lionel Messi yang kini berkongsi kedudukan selaku penjaring terbanyak selepas mengalami kecederaan ketika bersama skuad Argentina dan hanya dimasukkan pada babak kedua pada perlawanan itu.Pemain pertahanan Sepanyol, Gerard Pique menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-67 apabila dia mengawal bola tolakan Sergio Busquet sebelum melepaskan rembatan dari jarak dekat. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan