Isnin, 4 April 2011

Chelsea fokus kejar Red Devils..


STOKE-ON-TRENT: Carlo Ancelotti menegaskan Chelsea akan bangkit menentang Manchester United pada kempen Liga Juara-Juara selepas harapan tipis pasukannya untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris berakhir.Secara perkiraan, Chelsea masih boleh mengejar pendahulu liga United tetapi mereka terus menyukarkannya selepas seri 1-1 dengan Stoke, kelmarin.Chelsea berada sembilan mata di belakang pasukan Alex Ferguson dengan berbaki lapan perlawanan.Namun Ancelotti memilih untuk menumpukan kepada perkara positif berbanding negatif selepas kegagalan Chelsea meraih mata penuh di Stadium Britannia.“Saya fikir ia amat sukar (buat Chelsea untuk memenangi liga). Kami sudah menyatakannya sebelum perlawanan,” kata Ancelotti.“Jika dalam perebutan juara kami perlu merapatkan jurang, tapi pada Liga Juara-Juara kami berada pada tahap sama seperti pasukan lain. Pemain kami bebas daripada kecederaan jadi kami berada dalam posisi terbaik berdepan Manchester United, Rabu ini.” - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan