Selasa, 5 April 2011

Kenangan dan CUN.....


Aku nak bercerita tentang satu perkara. Tanggal 4/4/2011 yang lalu aku dengan romantiknya mengajak buah hati(isteri aku la ) aku menonton wayang kat wangsa walk wangsa maju.Pilih punya pilih cerita yang nak kami nak tonton, isteri aku pilih cerita yang bertajuk ' CUN'. Cerita tu dilakonkan oleh Remy Ishak ngan Maya Karin. Kisah tu mengisahkan seorang pengacara popular satu rancangan gosip yang bertajuk 'meletop'. Semasa ingin buat kejutan untuk sambutan harijadi kekasihnya, berlaku sesuatu yang tak diingini. Kekasihnya ditangkap bersama seorang perempuan lain dirumah tersebut. Akibat dari rasa kecewa, dia bersama pembantunya melarikan diri ke utara tanah air iaitu ke negeri KEDAH. Semasa disana ,dia bertemu dengan seorang jejaka kampung yang juga merupakan sepupu kepada pembantunya. Maka bermulalah bibit-bibit cinta dalam suasana kampung yang mendamaikan. Dia mula belajar tentang erti hubungan kekeluargaan dan kasih sayang. Biarpun bukan dilimpahi dengan wang ringgit yang banyak, namun keluarga tersebut begitu bahagia dengan kehidupan suasana desa yang dikelilingi sawah padi dan laut. Apa yang aku nak bagitau tu adalah....jeng..jeng...depa tu belakon kat kampung aku la...aku mula la terbayang kembali kisah lama dengan kengkawan lama aku. Kalau tak salah aku babak hero mencari adik dan duduk kat atas titi(jambatan) tu, itu la tempat aku dan kengkawan aku berenang ramai-ramai. Memang indah waktu tu. Rasa macam nak kembali ke zaman tu...Tempat tu jugak la aku mencari rezeki dengan menangkap ikan untuk dibuat lauk hidangan kami sekeluarga(mak ,ayah dan adik-adik aku). Aku berasal dari keluarga miskin, tapi kaya dengan kasih sayang dari mak dan ayah serta kami adik beradik. Rakan-rakan sebaya yang sentiasa menceriakan serta menggembirakan. Aku takkan lupa sampai bila-bila.. Terima kasih kepada OSMAN ALI pengarah filem CUN yang merakamkan latar belakang kampung aku yang indah dan mendamaikan(walaupun babak tu tak banyak sebab campur-campur). Mungkin aku salah tentang lokasi tu, tapi aku rasa memang betul babak tu kat kampung aku. Aku takkan lupa kerana disitulah aku membesar dan belajar tentang kehidupan. Terima kasih kampungku.... Aku ceritakan kepada isteriku tentang kenangan aku dan kampung aku....dia tersenyum dan ketawa....memang dia tak pernah merasai detik yang macam tu....dia tahu detik tu memang indah bagi aku....Thank you sayang....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan