Isnin, 3 Januari 2011

Hidup


Semakin kita meningkat umur, semakin sukar untuk kita meneruskan hidup. Bermacam-macam dugaan dan halangan perlu kita tempuhi. Pancaroba yang mendatang kadang kala mampu kita tempuhi dan kadang kalanya begitu payah untuk kita redahi. Adakalanya perbuatan kita direstui, tetapi banyak juga yang mendapat tentangan. Pengalamanlah yang menjadi panduan kita selain agama pegangan yang dibekalkan oleh Yang Esa sebagai cahaya hidup. Kita hidup mesti berperinsip supaya tidak hanyut dek mainan duniawi. Kita tidak boleh menjadi lalang yang bergerak mengikut angin bertiup, tetapi jadilah api yang menerangi, yang memberi manfaat keseluruh alam.Tetapi jika ada yang tidak mengikut hukum atau peraturan ,api akan membakar. Api hanya akan padam apabila disimbah air. Dalam hidup mesti sabar dan berhemah. Bertindak biarlah bijak dan tidak melulu, agar langkah tidak tersadung, badan tidak binasa.Bila dah terngadah sudah terlambat jadinya. Bila nak perbetul mungkin dah tak seperti yang kita harapkan lagi. Dah banyak kekurangan, menangis pun tidak berguna lagi. Jadi ,sebelum kaki melangkah bendul, sebelum petaka mendatang sampai, eloklah berkira-kira apa akan jadi. Betulkah kita, akan silapkah kita.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan