Isnin, 4 Jun 2012
Ayah dan mak aku yang best...
Minggu lepas aku balik kampung , mak ayah tercinta . Dah lama aku tak jengok diorang . Alhamdulillah...diorang sihat . Masih lagi hensem ayah aku ...dan mak aku masih lagi cun melecun . Syukur pada tuhan . Adik-adik aku jugak sihat . Ada yang dapat naik pangkat . Ada yang akan bertambah rezeki...anak ler tu .Dapat lagi aku anak sedara . Best gak bila ramai-ramai nie . Yang tak bestnyer sorang anak sedara aku dah masuk wad . Dapat jangkitan kuman katanyer . Moga-moga sihat yer si kecil . Sedar tak sedar rupanya keluarga aku dah banyak berubah . Dah banyak rezeki yang tuhan limpahkan . Kalau dulu rumah sempit dan berlubang sana sini , sekarang dah rumah batu . Nampak ayah aku pun sekarang lebih bahagia bila tengok anak-anak yang dia didik bersama mak aku dah jadi insan yang berguna . Itulah berkat kerja keras dan rezeki halal yang diperolehi oleh ayah dan mak aku . Itulah dunia hari ini . Betapa bangganya aku dengan ayah dan mak aku .Tapi dapat ker aku mendidik anak-anak aku seperti diorang mendidik aku dan adik-adik aku sehingga berjaya seperti hari ini . Terima kasih ayah , mak.....abang bersyukur sebab dapat ayah dan mak jadi ayah dan mak abang . Jasa-jasa mak dan ayah takkan abang lupakan . Halalkan makan dan minum selama membesarkan abang dan adik-adik . Ampunkan kesalahan kami ayah , mak .......
Langgan:
Catatan (Atom)