
Siapa bilang gadis melayu tak menawan....tak menarik hati...tiada memikat...kalau dah sungguh tak mungkin aku tertarik....kalau dah memang tak mungkin aku kan jatuh....aduhai....lemah lembut gayanya...anggun sungguh sidia..itulah bait-bait lagu yang kedengaran di corong-corong radio memuji dan memuja gadis melayu.Memang gadis-gadis melayu ini cantik-cantik dan mempersonakan.sesiapa sahaja yang memandang pasti akan tertarik tanpa mengira bangsa atau kaum.Contoh yang dapat kita lihat adalah dikalangan artis tanahair kita sendiri.Ramai artis melayu kita berkahwin dengan bangsa dan kaum lain.Contohnya Mohd.Adam Corrie Abdullah yang berbangsa Cina memilih gadis melayu sebagai pasangan hidup.DJ Dave juga memilih gadis melayu sebagai pasangan hidup.Begitu juga dengan artis yang lain ,ada yang memilih pemuda 'mat saleh' sebagai pasangan hidup.

Bagi orang kebanyakan atau orang biasa pun ramai gadis melayu berkahwin campur.Boleh dikatakan setiap negara mempunyai pasangan yang berkahwin dengan wanita melayu.Penyanyi Aishah dulupun berkahwin dengan pemuda New Zeland.Begitu juga dengan pelakon Nor Azah Aziz yang berkahwin dengan pemuda Perancis dan menetap di Perancis.Tidak dinafikan sememangnya gadis melayu mempunyai nilai atau menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.Ciri-ciri kelembutan dengan nilai-nilai ketimuran menjadi kelebihan dan menambat hati sesiapa yang terpandang.Nilai kemelayuan dan keislaman yang menitik beratkan keperibadian yang tinggi menjadikan gadis melayu ' sesuatu yang indah dan berharga' untuk dimiliki.


Betul..saya sokong tu..
BalasPadamTerima kasih....Gadis Melayu " Terbaik " .
BalasPadam