Sabtu, 29 Oktober 2011

Wanita dan Permata...


Aurat wanita yang tak boleh terlihat di hadapan lelaki lain (selain suami dan mahramnya) adalah seluruh anggota badannya kecuali wajah dan telapak tangan.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya".
(Surah An-Nur : 31)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah al-Ahzab : 59) Suatu ketika dulu,ada seorang anak gadis yang meningkat remaja bertanya kepada ayahnya.."kenapa saya perlu pakai tudung?"...ayahnya memandang anak gadisnya sambil tersenyum..."anakku,kenapa Tuhan sembunyikan emas dan permata jauh di dasar bumi?"..."entah",balas anaknya.."Tuhan sembunyikan emas dan permata di dalam perut bumi kerana ia adalah sesuatu yang cantik,menarik dan menarik ramai pemerhati"...sesiapa yang mahukan hasilnya perlulah berusaha untuk memilikinya..sama seperti wanita..Tuhan perintahkan wanita agar menutupi auratnya kerana aurat adalah sesuatu yang berharga dan menarik..jika wanita itu sendiri tidak melindingi auratnya siapa yang perlu diharapkan lagi

Khamis, 13 Oktober 2011

Hias ruang tamu


Berikut adalah serba sedikit petua dalam menghias ruang tamu rumah anda.

1. Pilih perabot yang sesuai dengan saiz ruang tamu.

2. Pastikan jarak di antara satu sofa atau kerusi tidak terlalu jauh.

3. Serikan ruang tamu dengan pokok hidup atau sejambak bunga.

4. Jangan letak pokok plastik kerana ia akan membuatkan ruang tamu nampak kaku.

5. Segarkan ruang tamu dengan meletakkan semangkuk pot-pouri atau nyalakan lilin wangi yang diletak di dalam mangkuk air.

6. Jangan letakkan televisyen di ruang tamu kerana akan mengganggu perbualan. Bagaimanapun jika terpaksa kerana tidak ada ruang lain maka terpaksalah juga meletakkan televisyen di ruang tamu.

7. Jangan terlalu padat ketika menyusun perabot kerana lebih ringkas adalah lebih baik.

8. Bagi ruang yang sempit, warna dinding mestilah terang kerana warna gelap akan menampakkan ruang menjadi sempit. Pilih warna-warna lembut seperti putih, kuning air dan krim. Dinding yang dicat dengan warna putih atau warna lembut mudah disesuaikan dengan apa sahaja warna sofa atau bingkai gambar.

9. Rumah yang mempunyai banyak sudut atau berbelok-belok boleh dicat dengan warna berbeza pada setiap sudut.

10. Rumah yang banyak barang tidak sesuai menggunakan kertas dinding kerana rumah akan nampak lebih berserabut.

11. Rumah yang tak banyak perabot boleh menggunakan kertas dinding tetapi jangan semua dinding diletakkan kertas dinding. Letak pada satu bahagian sahaja.
diolah dari utusan.com.my
Sumber: ISTERI

Kajian tentang lelaki...


Berjuta-juta lelaki tidak tahu saiz baju isteri mereka, minyak wangi kegemaran malah warna asal rambut pasangan sendiri, menurut satu kajian terbaru.
Penyelidik mendedahkan, enam daripada 10 suami percaya bahawa mereka memahami pasangan luar dan dalam, tetapi sebenarnya langsung tidak mengetahui.

Selain itu, seorang daripada setiap 10 lelaki tidak tahu tarikh lahir isteri; lapan peratus tidak tahu warna asal rambut manakala 12 peratus tidak tahu warna mata pasangan mereka.Malah, seorang daripada setiap tiga orang lelaki langsung tidak mengetahui jenis minyak wangi kegemaran isteri. Statistik berkenaan adalah hasil satu kajian terhadap 2,000 lelaki bagi firma The Perfume Shop.

Jurucakap firma itu, Michelle D’vaz berkata: “Keputusan kajian ini amat mengejutkan. Maklumat asas seperti tarikh lahir dan warna rambut adalah antara yang anda sangka pasangan anda mengetahui tetapi nampaknya kebanyakan lelaki tidak tahu mengenainya. Itu termasuk juga warna mata atau minyak wangi yang disembur setiap pagi.”
Kajian juga mendapati, 27 peratus lelaki membelikan isteri mereka pakaian atau pakaian dalam tetapi saiznya salah, manakala satu pertiga daripada mereka berbalah mengenainya.

Sebanyak 61 peratus suami yang ditanya mengakui majoriti mereka langsung tidak ingat aspek tertentu dalam hidup isteri sendiri meskipun ia mungkin perkara kecil.
Tidak hairan lebih separuh wanita berpendapat lelaki perlu berusaha untuk mengetahui segala-galanya mengenai pasangan mereka.

Manakala 80 peratus percaya, wanita akan mengetahui segala-galanya mengenai pasangan mereka daripada warna mata hingga jenama losyen selepas bercukur yang dipakai pasangan.

Kajian juga mendedahkan, walaupun majoriti lelaki mengetahui minyak wangi yang digunakan isteri atau teman wanita mereka, sebanyak 22 peratus membeli jenama yang silap sebagai hadiah. – Agensi

Sumber: Seri Kasih

Bila Suami Ego....



Ego seorang suami ada kala sering disalahgunakan sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.
Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.
Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.
Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.
Terdapat beberapa panduan boleh dipraktikkan:

1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!

3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!

5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.


Tips Cinta ini telah dikongsikan oleh saudari qiqi anura di Forum Tentang Cinta.

Bila dah Berkahwin tu....



Dalam perkahwinan, pertengkaran suami isteri perkara biasa. Malah, ada menganggap ia sebagai rencah kehidupan bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Namun, setiap pasangan inginkan rumah tangga aman tanpa sebarang masalah. Apakah penyebab timbulnya masalah dalam rumah tangga?
Berikut adalah lapan konflik menjadi punca pertengkaran dan cara mengatasinya.

1. Pendapatan
Pendapatan suami lebih besar daripada isteri sememangnya bukan perkara luar biasa. Namun, apabila berlaku sebaliknya masalah akan timbul.
Ini kerana suami akan berasa rendah diri kerana pendapatannya tidak dihargai manakala isteri berasa dirinya tunggak keluarga sehingga menjadi sombong dan tidak menghormati pasangannya.

Penyelesaian:
Walaupun pendapatan isteri lebih besar daripada suami, cuba bersikap bijaksana dan tetap menghormatinya sebagai ketua keluarga. Hargai dirinya walau berapa pendapatan suami. Jika anda berterusan mempersoalkan pendapatannya, lama kelamaan dia bosan dan akan timbul pertengkaran.

2. Anak
Ketidakhadiran anak dalam keluarga juga sering menimbulkan konflik berpanjangan antara pasangan. Mungkin selepas lima tahun perkahwinan, suami selalu menyalahkan isteri sebagai pihak yang mandul. Padahal, suami tidak mahu mendapatkan rawatan untuk mengetahui siapa yang bermasalah.

Penyelesaian:
Berbincang secara baik dengan suami dan bersama-sama membuat pemeriksaan. Jika doktor mengatakan anda dan suami sihat, kenapa harus saling menuding jari? Mungkin Tuhan masih belum mahu memberikan rezeki kepada anda.
Tuhan juga ingin menguji kesabaran anda dan pasangan. Jika masih juga belum dikurniakan cahaya mata sehingga 10 tahun atau lebih, berbincanglah untuk mengambil anak angkat.

3. Campur tangan keluarga
Kehadiran orang ketiga, misalnya adik ipar atau saudara-mara dalam keluarga kadang kala menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Hal kecil yang sepatutnya tidak menjadi masalah berubah menjadi besar. Misalnya soal pemberian wang saku kepada adik ipar atau wang kepada ibu bapa.

Penyelesaian:
Anda harus bersikap terbuka. Sebelum anda dan suami memberikan bantuan, sama ada untuk keluarga anda atau suami, bawa berbincang mengenai jumlah yang harus dikeluarkan dan siapa yang harus memberikan bantuan.

4. Seks
Masalah seks turut menjadi titik bengik dalam perkahwinan. Biasanya suami sering mengadu mengenai ketidakpuasan selepas melayan isteri. Suami umumnya bersikap ego dan tidak mahu tahu. Pada hal, banyak perkara menyebabkan isteri bersikap seperti itu. Contohnya letih, tertekan dengan kerja di pejabat atau hamil.

Penyelesaian:
Isteri atau suami yang mempunyai masalah hubungan seks dengan pasangan, sebaiknya berterus-terang. Ia dapat mengelakkan pasangan tidak curiga dan menerima keadaan seadanya.

5. Keyakinan
Pasangan yang sudah berikrar untuk sehidup semati tidak mempersoalkan mengenai keyakinan mereka untuk mengharungi bahtera kehidupan. Namun, banyak persoalan timbul selepas berumah tangga sehingga penyebab berlakunya pergaduhan.

Penyelesaian:
Tetap berpegang pada janji itu dan cuba untuk saling menghargai. Walaupun di pertengahan anda atau pasangan sepakat untuk memilih perpisahan, sebaiknya ia tiada paksaan.

6. Mentua
Kehadiran mentua dalam rumah tangga sering menjadi masalah. Ini kerana ada anak yang terlalu mengikut cakap mentua sehingga mengabaikan isteri.

Penyelesaian
Sekiranya anda tidak berkenan dengan komen atau teguran mentua, jangan tunjukkan riak wajah negatif di hadapannya. Cubalah berfikiran tenang, ajak suami bertukar fikiran suntuk mengatasi masalah.

7. Ragam berbeza
Menyatukan dua hati, bererti menyatukan dua peribadi dan selera yang tentu saja berbeza. Misalnya suami seorang pendiam, sementara isteri peramah dan cerewet dan belum termasuk soal hobi atau bersukan serta pelbagai benda yang ketara perbezaannya.

Penyelesaian:
Terima pasangan seadanya. Jika suami anda seorang pendiam, anda harus peramah. Cuba selami minat pasangan anda.

8. Komunikasi terbatas
Pasangan suami isteri yang sama-sama sibuk biasanya tidak cukup waktu untuk berkomunikasi. Paling-paling mereka bertemu ketika hendak tidur. Kadangkala, untuk sarapan pagi atau makan malam pun masing-masing tiba lewat.
Kurangnya atau tiada waktu berkomunikasi menimbulkan pengertian salah. Ini kerana suami tidak tahu masalah isteri, demikian juga sebaliknya.

Penyelesaian:
Sesibuk mana pun anda dan suami, tetapkan waktu untuk komitmen bahawa bersama keluarga adalah hal paling penting. Cari juga waktu bersama keluarga misalnya bersarapan dan makan malam bersama. Demikian juga dengan hari berhibur.Usahakan untuk menikmatinya bersama keluarga. Walaupun anda dan suami bekerja seharian di luar rumah, namun keluarga tidak terabai sebaliknya keluarga dan karier harus seimbang.

Sumber: Seri Kasih

IMPIAN SEORANG ISTERI.....




Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga. Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.



7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
Sumber: Mencari Cinta Sejati( luahan seorang Isteri ).

NASIHAT DARI PEREMPUAN UNTUK PEREMPUAN...














C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Tips Wanita Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Noorhafizah Mohd Rosmadi.

CERITA ISTERI DAN SUAMI....




Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami…jadinya kena selalu berfikiran positif…barulah tercipta rumahku shurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu – Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.
Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,
dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah – dia jawab, “Tak ada”.
Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.
Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, “Aku cinta kamu juga”.
Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang…..
Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang…..
BUKU HARIAN SUAMI
Hari ini MANCHESTER UNITED kalah. SIALLLLL!!!
—-sumbangan: liza