Sabtu, 6 Ogos 2011

Bulan Puasa


Bulan puasa ni banyak kenangan aku ngan kengkawan aku, baik kat kampung ataupun kat hostel.Bila terkenang....aku akan tersenyum sendirian. Gelihati dengan kenangan yang mencuit untuk aku ketawa sendirian. Semasa aku masih lagi budak kecik kat kampung yang jauh pendalaman...memang indah. Setiap petang aku dapat lihat ibu aku menyediakan juadah untuk berbuka. Walaupun hidangan yang tidak seberapa...tapi amat enak untuk dijamah(air tangan ibu).Kami sekeluarga adalah keluarga yang serba kekurangan. Tapi satu benda yang aku takkan lupa....kami sekeluarga gembira dengan hidup kami. Bila aku lihat ayah aku ketawa dengan gelagat anak-anaknya yang bertekak pasal makan, ibu aku pulak tak lekang dari leteran membebel dengan karenah anak-anaknya. Aku gembira dengan suasana tu. Kemudian aku bersama kawan-kawanku akan berbasikal ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat terawih. Bila dah cukup 8 rakaat, kami pun menyertai " Moreh ". Selepas makan, kami bermain perang-perang. Kami menggunakan pistol kayu menggunakan peluru mancis. Selepas tu kami akan dikejar oleh arwah Tok Siak Lebai Bidin kerana membuat bising.Selepas itu sesi membalas dendam kepada Tok Siak Lebai Bidin. Ada rakanku memasukkan bubur kedalam kasut beliau. Bila selesai sahaja sembahyang terawih, terdengar arwah Lebai Bidin memarahi kami dari jauh kerana meletak bubur ke dalam kasut beliau. Kami pun ketawa ramai-ramai kerana misi kami berjaya. Ada satu peristiwa yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Satu peristiwa yang membuatkan aku dihantar ke sekolah berasrama oleh ayahku. Peristiwa yang membuatkan satu kampung kecoh kerana perbuatan aku dan rakan-rakanku. Walaupun bukan kami yang buat. untuk menjaga nama baik orang tertentu kami diamkan sahaja. Cerita itu biar aku simpan untuk kenangan aku dan rakan-rakanku yang lain. Selain tu aku juga sering membantu arwah TUK aku mengacau Dodol. Penat tu..banyak jam baru bley dapat dodol yang sedap...Kerja ni dibuat secara gotong royong jiran-jiran dan semestinya keluarga TUK aku yang seangkatan dengannya. Kerja arwah WAN aku pulak adalah mengait kelapa dan mengopek dibantu oleh cucunya yang berbakat(diketuai oleh aku sebagai abang sulong). Selain itu tugas aku adalah membawa kelapa yang dikopek ke kedai untuk di parut. Kerja seterusnya disiapkan oleh geng perempuan( diketuai oleh arwah TUK aku) untuk perah kelapa bagi mendapatkan santan. Aktiviti lain yang dibuat pada bulan puasa adalah bermain meriam tanah dan meriam buluh. Itu acara tetap setiap tahun kami. Duit poket ke sekolah akan disimpan untuk membeli belerang( kabat ) sebagai bahan utama meriam selain tin milo ataupun buluh.Ianya adalah seperti pertandingan siapa yang dapat menghasilkan bunyi yang lebih kuat ataupun lebih mengancam. Bila dapat menghasilkan bunyi ataupun letupan yang paling kuat akan mendapat rasa bangga kerana berhasil walaupun ianya berbahaya. Tahun pertama aku berpuasa penuh adalah semasa aku berumur 9 tahun(darjah tiga).Dapat hadiah RM 10 dari arwah WAN aku.Gembiranya aku......Rindunya aku waktu tu....