Jumaat, 22 Julai 2011

Kenangan bersama kenangan


Tah macam mana plak aku tetiba terkenang masa dollu-dollu. Waktu zaman rock kapak tengah memuncak. pergh indah sungguh waktu tu. Walaupun aku tak sepenuhnya terjebak, tapi aku mengikuti perkembangan semasa pada waktu tu....aku pun pernah jugak menyarung seluar ketat. Seluar tu kalau nak pakai mesti guna beg plastik disarung kat kaki. Kalau tak, takde masuknyer seluor tu. Jalan pun sikit terkedek-kedek takut koyak, tak bley laju-laju beb. Masa tu cakap pun gua ngan lu je la. Kalau tak, tak rock plak orang cakap. Kena ikut perkembangan semasa. Band-band local yang top mesti ler Search ,Wings, May, Lefthanded, junction, Lipan bara, Gersang, Scandal, Desire , Crossfire, Bloodshed, rustyblade ,Mega ,Medicine ,Bumiputra Rockers, Putra ,Metafora, CRK ,Ilusi dan lain-lain lagi yang sezaman dengannyer. Kemudian tu timbul la pulak Iklim, Laksamana, XPDC, Alfa, Saxo,Kamikaze, Springs, EYE, Exist, Fotograf ,Ukays dan yang sama dengan generasinya. Jiwang habis time tu....saper yang tak leh nyanyi lagu Isabella, Taman Rashidah Utama, Misteri Mimpi Syakila, Seribu tahun takkan mungkin, Sendiri, Kenangan bersamamu, Tika dan Saat ini, masih aku terasa dan macam-macam lagi...Syahdu kan? Kalau dalam bilik air tu dah takde yang bley challenge dah. Semua lagu dibelasahnya.Biar suara tak sedap tapi hati puas.Perasaan masa tu, aku lah penyanyi yang paling best, biarpun Amy search tu glemmer. Pedulik haper aku....Aku punya suka la...Sekarang ni tu semua adalah kenangan. Nak patah balik tak bley dah...Rindunya aku zaman tu....huhuhuuuuu..

Dia Isabella
Lambang Cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cintaku gugur bersama
Daun-daun , Kekeringan......Haluan.
Hidupku terpisah dengan Isabella....


Sayunya...........Dollu-dollu punya penangan...pergh syahdu beb.

Ahad, 10 Julai 2011

Angan -angan


Apa perasaan anda kalau dapat menunggang 'Chopper'? pergh!!! mesti best kan. Kalau bley nak langgar semua orang. Pastu orang ushar plak, kita balas balik dengan pandangan yang ganaz.....kalau dapat tu , bawak Chopper macam dalam citer ghost rider.Kena plak ada awek(bagi yang belum kawin)kat blakang. Aku lah hero....aku ler samseng dan macam-macam lagi ler......Bayangkan.Realitimya aku mmg takde duit nak beli tu sumer. Makan pun tak lepas, kadang-kadang sangkut. Sedihnya citer aku. Hasrat tu tinggi, tapi setakat mimpi je ler.....harap-harap sebelum aku mati, dapat ler aku merasa naik Chopper....amin.

Jumaat, 1 Julai 2011

Aku dan Hostel tahun ketiga...

Tahun 1991 adalah tahun ketiga aku berada di hostel yang tercinta. Aktiviti berjalan seperti biasa. Aku lebih mengenali kengkawan aku. Aku dah jadi sedikit senior. Dah takde orang nak buli aku. semasa tahun tu, aku lebih banyak tidur dalam kelas. Aku tak peduli samada cikgu sedang mengajar ataupun tidak, yang penting aku dapat tidur. Bila aku tak tidur, cikgu pulak yang akan terkejut beruk. Mungkin sesuatu dah berlaku fikir mereka. Tapi aku tak peduli semua tu, asalkan aku bahagia.Aku cuma belajar beberapa mata pelajaran sahaja, sebab cikgu yang mengajar majoritinya buatkan aku berasa mengantuk. Sudah tentu mata pelajaran Sejarah dan agama sahaja yang aku beri perhatian. Pelajaran lain majoritinya aku tidur. Tahun tu jugak ada orang mula kirim salam perkenalan kat aku. Tapi kesian jugak kat dia sebab aku kurang minat semua tu. Untuk jaga hati aku masih jugak layan. Selain tu ada jugak seseorang yang boleh dikatakan sedikit memberi perhatian pada aku. Cuma tak cakap , sekadar riak muka dan sedikit tingkah laku yang kekedang tu aku jugak suka. Tapi mungkin kami berdua pendamkan ataupun aku yang perasan. Tapi yang penting aku takkan lupakan sampai bila-bila, sebab detik tu menyeronokkan. Sekarang aku tak tahu dia kat mana, aku harap dia sentiasa bahagia dan tenang. Sebab itu sifat dia. Akhir tahun peperiksaan SRP ( aku generasi akhir SRP )melanda. Akhir peperiksaan SRP kami semua bawa haluan masing-masing. Ada yang bertukar kelas dan tak kurang juga yang bertukar sekolah. Tahun tu jugak aku bertemu dengan seorang sahabat yang banyak berubah. Berubah dari buruk sifat kepada sifat/kelakuan yang baik. Beliau berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SRP tahun tu. Tahniah sahabat.....berita akhir yang aku dapat mengenai beliau, beliau menyambung pelajaran ke Jepun. Selepas tu tiada lagi khabar berita. Aku gembira dengan kejayaan beliau. Beliau selalu memberi aku nasihat bila berkesempatan. Aku takkan lupa nama tersebut "Shazinas bin...."(aku lupa nama ayah hang).Nampaknya musim dan tahun baru akan menjelma....haluan yang berbeza...bersambung.

Bantuan kecemasan

Langkah Bantuan kecemasan bila terjumpa individu yang tidak sedarkan diri.

1. Pastikan individu/mangsa yang tidak sedarkan diri itu tidak berada dikawasan yang merbahaya kepada individu/mangsa itu dan juga individu yang ingin membantu. Sekiranya kawasan tersebut merbahaya jangan ambil risiko. Sekiranya individu yang tidak sedarkan diri itu dapat dipindahkan ketempat yang lebih selamat, pindahkan sebelum tindakan seterusnya diambil.

2. Cuba sedarkan mangsa dengan menepuk bahu mangsa. Sekiranya mangsa tidak bertindak balas ,minta bantuan segera. Minta individu berdekatan menghubungi talian 999.

3. Alihkan mangsa supaya berada dalam keadaan terlentang. Lihat dada mangsa samada bergerak ataupun tidak. Lihat ke dalam mulut mangsa samada terdapat makanan/benda asing ataupun tidak. Sekiranya ada, cuba keluarkan. Periksa denyutan nadi pada pergelangan tangan ataupun di sebelah tepi bahagian leher mangsa( sebelah halkum ).Sekiranya ada denyutan nadi, hanya bantuan pernafasan diberikan.

4. Sekiranya dada pesakit tidak bergerak, lakukan tekanan pada bahagian tengah dada mangsa. Lakukan sebanyak 30 kali dan berikan 2 kali hembusan udara dari mulut ke mulut dengan menutup hidung mangsa. Ulang sehingga 5 pusingan.

5. Setelah tamat 5 pusingan, periksa denyutan nadi mangsa dipergelangan tangan ataupun dibahagian tepi leher mangsa. Sekiranya terdapat denyutan nadi dan pergerakan dada, letakkan mangsa dalam kedudukan mengiring supaya mangsa dapat bernafas dengan betul. Selain itu posisi ini dapat mengelak lidah mangsa menutup saluran pernafasan. Tunggu sehingga bantuan tiba. Sekiranya denyutan nadi mangsa tidak dapat dirasai, teruskan dengan tekanan dada sehingga bantuan tiba ataupun individu yang ingin menyelamat berasa sangat letih dan tidak mampu meneruskan lagi tindakkan tersebut.

Selamat mencuba......

Rokok dan kesan


Dewasa ini peningkatan yang begitu ketara perokok dikalangan remaja. Setiap hari dikatakan 60 ke 70 orang remaja mula merokok setiap hari. Angka itu begitu menggerunkan bagi kita sebagai ibu bapa dan juga pihak kerajaan. Setiap tahun berbillion ringgit terpaksa di bazirkan oleh kerajaan untuk membanteras serta merawat penyakit yang disebabkan oleh rokok. Peningkatan remaja perempuan pula adalah sekali ganda peningkatan dari tahun 1999 hingga tahun 2004. Dianggarkan 1.15 billion orang seluruh dunia adalah perokok dan negara membangun mempunyai hampir 850 juta orang adalah perokok. Hanya 350 juta orang perokok terdapat di negara maju. Penyakit yang disebabkan oleh rokok begitu banyak dan merbahaya, antaranya kanser, penyakit jantung dan lain-lain lagi. Selain itu hampir 90 peratus penagih dadah bermula dengan rokok. Kematian sakit jantung juga 75 peratus adalah berpunca dari budaya menghisap rokok. Selain itu rokok juga boleh menjadikan ekonomi seseorang tidak stabil kerana banyak sumber pendapatan dihabiskan untuk membeli rokok. Kebakaran dan kemalangan jalan raya juga disumbangkan oleh gejala merokok. Memang banyak bahaya akibat aktiviti merokok. Tiada kajian yang menunjukkan merokok menyihatkan badan. semua kajian dan saranan menyatakan merokok membahayakan kesihatan dan cara hidup menjadi tidak sihat serta menjejaskan ekonomi negara. Produktiviti akan menurun disebabkan rakyat tidak sihat. Lama kelamaan ekonomi boleh terjejas dan negara boleh bankrup. Kepada rakyat Malaysia yang belum merokok, jangan merokok. Kepada rakyat Malaysia yang masih merokok diharap berhenti merokok demi keluarga, agama, masyarakat dan negara kita yang tercinta ini. wassalam....