Selasa, 5 April 2011

Kenangan dan CUN.....


Aku nak bercerita tentang satu perkara. Tanggal 4/4/2011 yang lalu aku dengan romantiknya mengajak buah hati(isteri aku la ) aku menonton wayang kat wangsa walk wangsa maju.Pilih punya pilih cerita yang nak kami nak tonton, isteri aku pilih cerita yang bertajuk ' CUN'. Cerita tu dilakonkan oleh Remy Ishak ngan Maya Karin. Kisah tu mengisahkan seorang pengacara popular satu rancangan gosip yang bertajuk 'meletop'. Semasa ingin buat kejutan untuk sambutan harijadi kekasihnya, berlaku sesuatu yang tak diingini. Kekasihnya ditangkap bersama seorang perempuan lain dirumah tersebut. Akibat dari rasa kecewa, dia bersama pembantunya melarikan diri ke utara tanah air iaitu ke negeri KEDAH. Semasa disana ,dia bertemu dengan seorang jejaka kampung yang juga merupakan sepupu kepada pembantunya. Maka bermulalah bibit-bibit cinta dalam suasana kampung yang mendamaikan. Dia mula belajar tentang erti hubungan kekeluargaan dan kasih sayang. Biarpun bukan dilimpahi dengan wang ringgit yang banyak, namun keluarga tersebut begitu bahagia dengan kehidupan suasana desa yang dikelilingi sawah padi dan laut. Apa yang aku nak bagitau tu adalah....jeng..jeng...depa tu belakon kat kampung aku la...aku mula la terbayang kembali kisah lama dengan kengkawan lama aku. Kalau tak salah aku babak hero mencari adik dan duduk kat atas titi(jambatan) tu, itu la tempat aku dan kengkawan aku berenang ramai-ramai. Memang indah waktu tu. Rasa macam nak kembali ke zaman tu...Tempat tu jugak la aku mencari rezeki dengan menangkap ikan untuk dibuat lauk hidangan kami sekeluarga(mak ,ayah dan adik-adik aku). Aku berasal dari keluarga miskin, tapi kaya dengan kasih sayang dari mak dan ayah serta kami adik beradik. Rakan-rakan sebaya yang sentiasa menceriakan serta menggembirakan. Aku takkan lupa sampai bila-bila.. Terima kasih kepada OSMAN ALI pengarah filem CUN yang merakamkan latar belakang kampung aku yang indah dan mendamaikan(walaupun babak tu tak banyak sebab campur-campur). Mungkin aku salah tentang lokasi tu, tapi aku rasa memang betul babak tu kat kampung aku. Aku takkan lupa kerana disitulah aku membesar dan belajar tentang kehidupan. Terima kasih kampungku.... Aku ceritakan kepada isteriku tentang kenangan aku dan kampung aku....dia tersenyum dan ketawa....memang dia tak pernah merasai detik yang macam tu....dia tahu detik tu memang indah bagi aku....Thank you sayang....

Isnin, 4 April 2011

Madrid tewas ditempat sendiri


MADRID: Real Madrid mengalami kekalahan mengejut 0-1 di gelanggang sendiri kepada Sporting Gijon kelmarin manakala Barcelona pula mencatat kemenangan dengan jaringan sama ke atas Villarreal sekali gus mengukuhkan cengkaman kelab Catalan itu memburu gelaran La Liga ketiga berturut-turut.Ketika saingan berbaki sembilan perlawanan musim ini, Barca kini memiliki kelebihan lapan mata ke atas pencabar terkuatnya itu yang pernah mereka tundukkan dengan jaringan besar 5-0 di Nou Camp, November lalu.Real akan menanti kunjungan Barca dalam tempoh dua minggu lagi, beberapa hari sebelum mereka membuat perhitungan pada final Piala Raja Sepanyol dan kemudian turut mempunyai perlawanan mencabar berdepan Valencia, Sevilla serta Villarreal.Selain Real dan pasukan di tangga kelima, Espanyol, enam lagi pasukan akan ditemui Barca selepas ini semuanya di kelompok bawahan.Jurulatih Pep Guardiola yang melakar kejuaraan liga dalam dua musim pertamanya bersama Barca dan menumpaskan Real dalam kesemua lima pertembungan “Clasico” bagaimanapun belum mahu menabik dada sebaliknya memberikan amaran kepada anak buah selepas perlawanan dengan Villarreal supaya berwaspada.“Jika anda sudah meraikan kejayaan sebagai juara dengan kelebihan lapan mata ketika masih ada lapan perlawanan diharungi, anda boleh kalah dalam perebutan ini,” kata bekas pemain Barca dan Sepanyol berusia 40 tahun itu.“Pemenang hanya diketahui apabila liga berakhir. Kami akan berdepan banyak perlawanan sukar selepas ini. Madrid seperti biasa akan terus memberi tentangan hingga ke penghujung saingan,” katanya.Walaupun tanpa pemain perancang, Xavi Hernandez yang digantung perlawanan, Barca masih mampu menewaskan Villarreal. Kekalahan itu pula menyebabkan Villarreal terpaksa melepaskan posisi ketiga liga kepada Valencia.Guardiola turut merehatkan Lionel Messi yang kini berkongsi kedudukan selaku penjaring terbanyak selepas mengalami kecederaan ketika bersama skuad Argentina dan hanya dimasukkan pada babak kedua pada perlawanan itu.Pemain pertahanan Sepanyol, Gerard Pique menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-67 apabila dia mengawal bola tolakan Sergio Busquet sebelum melepaskan rembatan dari jarak dekat. - Reuters

Chelsea fokus kejar Red Devils..


STOKE-ON-TRENT: Carlo Ancelotti menegaskan Chelsea akan bangkit menentang Manchester United pada kempen Liga Juara-Juara selepas harapan tipis pasukannya untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris berakhir.Secara perkiraan, Chelsea masih boleh mengejar pendahulu liga United tetapi mereka terus menyukarkannya selepas seri 1-1 dengan Stoke, kelmarin.Chelsea berada sembilan mata di belakang pasukan Alex Ferguson dengan berbaki lapan perlawanan.Namun Ancelotti memilih untuk menumpukan kepada perkara positif berbanding negatif selepas kegagalan Chelsea meraih mata penuh di Stadium Britannia.“Saya fikir ia amat sukar (buat Chelsea untuk memenangi liga). Kami sudah menyatakannya sebelum perlawanan,” kata Ancelotti.“Jika dalam perebutan juara kami perlu merapatkan jurang, tapi pada Liga Juara-Juara kami berada pada tahap sama seperti pasukan lain. Pemain kami bebas daripada kecederaan jadi kami berada dalam posisi terbaik berdepan Manchester United, Rabu ini.” - AFP

Arsenal gagal rebut peluang..


LONDON: Impian Arsenal untuk mencabar kejuaraan semakin tipis ketika Gunners makin jauh daripada pendahulu Manchester United selepas dipaksa seri 0-0 menentang Blackburn, kelmarin.Pasukan kendalian Arsene Wenger hadir ke pertembungan di Stadium Emirates itu menyedari mereka perlu menang jika mahu terus mencabar kejuaraan.Pasukan utara London itu mungkin gembira mendapat tahu West Ham mendahului United 2-0 pada babak pertama. Namun keupayaan United untuk mengatasi krisis kecederaan jauh berbeza dengan kelemahan mental Arsenal dan pendahulu Liga Perdana Inggeris itu bangkit untuk menang 4-2, manakala anak buah Wenger gagal mengalahkan Blackburn yang beraksi dengan 10 pemain apabila Steven N'Zonzi dibuang padang lewat perlawanan.Arsenal kini tujuh mata di belakang United dengan bermain kurang satu perlawanan dan kejuaraan bagaikan sukar untuk digenggam lagi.Jelas Arsenal pasukan jauh berbeza daripada pasukan yang hanya sebulan lalu mara ke perlawanan akhir Piala Liga menentang Birmingham dengan impian menggunung memenangi empat trofi kejuaraan.Sebaliknya, mereka tumpas di tangan Birmingham dan kemudian kecundang di tangan Barcelona pada Liga Juara-Juara Eropah serta Piala FA kepada United. Ia tempoh mengecewakan buat Wenger, kini kemarau kejuaraan mencecah enam tahun.Pemain sayap Arsenal, Theo Walcott agak lantang dalam akhbar Inggeris kelmarin apabila dia mendakwa pasukannya boleh memenangi Liga Perdana Inggeris musim ini.Walcott kelihatan sebagus apa yang diperkatakannya, apabila dia memulakan perlawanan dengan larian deras di sayap kanan namun semuanya tidak menjadi buat Gunners yang bergelut untuk membolosi pintu gol Blackburn. - AFP

Aksi bagaikan juara..

LONDON: Alex Ferguson melaungkan amaran kepada pencabar Manchester United pasukannya memiliki perwatakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris menjelang tujuh perlawanan terakhir musim ini.Pendahulu liga itu bangkit daripada ketinggalan dua gol menentang West Ham United untuk menang 4-2 di Upton Park, dengan Wayne Rooney menjaringkan hatrik sekali gus mengubah rentak perlawanan itu.“Kami bermain bagaikan juara,” kata pengurus United, Ferguson. “Kami tidak hilang keyakinan dengan keupayaan kami. Ia memang hebat, satu rangsangan buat kami.“Kami menguasai babak kedua dan berhak untuk menang, ia benar-benar satu persembahan sebuah pasukan juara. Arsenal ada kelebihan kurang satu perlawanan dan ia mungkin akan berakhir dengan perbezaan gol tapi saya tidak fikir ia akan berlaku.“Saya fikir kami mesti menang perlawanan kami tapi memang satu rangsangan hebat untuk meraih keputusan ini. Kami ada empat perlawanan di gelanggang sendiri, tiga di gelanggang lawan dan mesejnya terus bermain seperti mereka lakukan.Dua sepakan penalti Mark Noble membolehkan Hammers mendahului, tetapi mereka turut berasa kapten United, Nemanja Vidic patut dibuang padang kerana mengasari Demba Ba ketika penyerang itu dalam laluan untuk menjaringkan gol.“Saya tidak melihatnya tapi dia pemain terakhir jadi jika ia satu kekasaran, ia sepatutnya kad merah,” kata pengurus West Ham, Avram Grant.Malah Ferguson sendiri mengakui Vidic bertuah kerana terus beraksi. Rooney mengambil kesempatan pada babak kedua apabila dia melencongkan satu sepakan percuma ke dalam gol dan juga menyempurnakan satu penamat hebat, gol ke-100 dalam liga buat United.Jaringan hatriknya hadir menerusi sepakan penalti namun reaksi mulutnya apabila dia meraikan gol itu menjurus kepada permintaan mohon maaf oleh pengulas perlawanan.Rooney mengakui dia teragak-agak ke mana untuk mengarahkan sepakan penalti selepas berlatih menentang Robert Green ketika latihan skuad kebangsaan England minggu lalu. - AFP