Selasa, 22 Mac 2011
Duduk bila marah.......
Mengapa Bila Marah, Duduk?
Nabi berpesan supaya duduk apabila kemarahan melanda, Apakah hikmah disebalik pesanan tersebut? Bagaimana "duduk" tersebut boleh memberi manafaat untuk kepada manusia?
Ketika marah, fisiology manusia melalui apa yg dipanggil "Hipothalamus Putiatary Adrenal Axis" (HPA) akan merembes hormon2 tertentu untuk menyediakan badan manusia tersebut menghadapi kemungkinan yg melanda. HPA sebelum itu mendapat signal dari bahagian otak yang dipanggil Amygdala, yang juga mendapat maklumat dari bahagian otak yg lain yang mentafsir persekitaran. Amygdala ini terkenal untuk fungsi "fight or flight" "lawan atau lari" manusia. Amygdala mendapat signal dari bahagian otak yg lain, yg menterjemahkan situasi luar melalui apa yg dikesan oleh deria-deria terutama mata dan telinga samada ianya mengancam manusia atau tidak, Masalahnya kepercayaan diri kita sendiri yg metafsirkan apa yang dilihat atau dengar. Contohnya jika kita percaya Al Qaeda memang betul-betul wujud, kita akan sentiasa didalam ketakutan, jika kita tahu dari sumber-sumber lain yg Al-Qaeda dicipta oleh barat untuk meneruskan agenda mereka menguasai ekonomi dunia, kita tidak akan takut malah akan berani bangun menentang kemungkaran ini.
Kesan paling utama dari hormone-hormon yang dirembeskan oleh HPA tersebut adalah darah ke bahagian depan otak (frontal lobe) akan dikurangkan, Lebih darah akan mengalir ke otak belakang untuk tindakan reflek yang lebih pantas. Darah juga akan pergi ke otot-otot yang besar iaitu kaki dan tangan. Begitu juga dgn jantung akan mengepam darah dengan lebih kuat lagi disebabkan oleh hormon tadi. Ini salah satu fungsi badan ciptaan Allah untuk memudahkan manusia menyelamatkan diri ketika kecemasan, Bila anda nampak atau terdengar harimau mengaum ketika didalam hutan anda akan serta merta lari tanpa berfikir, satu lagi contoh adalah bila anda memandu dan tiba-tiba ada budak melintas jalan, tanpa sedar tangan anda akan menggenggam stering dgn lebih kuat dan kaki anda serta merta menekan brek.
Semua fungsi ciptaan Allah didalam badan manusia ini adalah untuk menyelamatkan manusia dan juga hamba-hambaNya yang lain. Masalahnya sekarang, manusia semakin hari semakin tertekan dengan suasana dunia dan menyebabkan hormon stress sentiasa mengalir didalam badan tetapi belum sampai ke tahap membawa marah secara terang-terangan (belum mencapai takat didih). Akan tetapi bila ada sahaja sedikit "cucukan" dari luar, manusia tersebut akan serta merta menonjolkan sifat-sifat marah tersebut ,walaupun punca yang amat sedikit, Lihat ,berapa ramai yang mati hanya kerana salah faham dijalan raya.
Apabila darah lebih banyak mengalir ke otot belakang, adakah tindakan yang diambil untuk menangani marah itu dari otak yang berfikir? Tindakan dari otak belakang ini tindakan reflek dan tidak mengambil kira logik, kesan-kesan kepada diri sendiri dan juga pada manusia yang lain. Semua perkiraan/pertimbangan untuk menyelesaikan masalah yg menyebabkan marah tadi secara bijak tidak diambilkira. Jadi adakah tindakan yang diambil itu tindakan yang betul? Sudah semestinya tidak, Sebab itu banyak tindakan melulu yang diambil ketika marah ini selalunya akan disesali dikemudian hari.
Tindakan yang diambil berdasarkan dari otak belakang ini pula selalunya dari memori simpanan pemerhatian yang lepas-lepas, samada dari pemerhatian semasa kecil mengikut tindakan ayah dan ibu ataupun dari pemerhatian-pemerhatian melalui TV & juga filem. Jika setiap hari melihat Kasim selamat mencucuk mata, hari-hari melihat hero hindustan mengamuk dan menumbuk penjahat sampai pecah dinding, Jika hari-hari melihat Tom & Jerry bergaduh sesama sendiri setiap hari, Itulah yang akan diambil oleh manusia untuk tindakan reflek tersebut. Terfikirkah anda mengapa budak-budak dizaman sekarang ini kecil-kecil lagi sudah menjadi kaki pukul? Mengapa perlu dihairankan bila anak bermulut celupar bila kita yang menggalakkannya belajar dari Sinchan?
Apabila kita duduk, darah yang tadinya mengalir ke kaki akan berkurangan kerana otot kaki sudah relaks, Tetapi jantung tetap mengepam kencang darah kesemua badan, Ini akan membuatkan darah akan seolah-olah dipaksa kembali keotak depan (frontal cortex). Jadi apabila otak depan kembali "bernafas" bukankah ianya akan digunakan untuk membuat keputusan dengan mengambil kira semua kebarangkalian, kemungkinan dan kesan terhadap tindakan yang akan diambil?
Bila kita menghadapi sesuatu yang menyebabkan kita marah ataupun ditimpa musibah, Nabi menyuruh kita bersabar. Apabila kita bersabar, berhenti seketika dan bertenang, Ini akan membolehkan signal dari Amygdala tadi pergi ke frontal lobe. Signal ke frontal lobe ini lambat berbanding dengan signal ke otak belakang. Jadi dengan bersabar akan memberi peluang frontal lobe untuk menerima isyarat tersebut dan berfungsi sebelum bertindak.
Jadi mulai sekarang ini, jika anda marah duduk seketika. Jika anda sedang duduk, bawaklah bersabar, beri peluang otak berfikir (frontal lobe) untuk membuat keputusan dan bukan otak primitif/haiwan yang bertindak. Semua arahan dan peraturan yg tertulis didlm Al Quran dan nasihat-nasihat dari Nabi adalah untuk kebaikan manusia dan bukannya setakat untuk individu malah untuk kesan kepada semua umat manusia. Kita semua berkait dibawah satu lapangan/jaringan tenaga yang kita tidak nampak atau sedari, Apa yang kita fikir dan lakukan akan mempengaruhi dunia dan persekitaran . Setiap tindakan akan berbalik kepada diri sendiri, Sebab itu berfikir sebelum bertindak, Ikutlah akal yang diberi dan bukannya ikut rasa yang mungkin membawa binasa.
Ahad, 20 Mac 2011
Tahniah,,,,,selamat berbahagia
Tanggal 12 Mac 2011, penyatuan dua hati telah pun berlaku. Akad nikah telah pun dilangsungkan di masjid Felda Loh Heng dalam daerah Kota Tinggi. Majlis persandingan antara abang ipar aku dan juga biras aku berlangsung pada keesokan harinya dirumah pengantin perempuan. Mak mentua aku kelihatan begitu gembira sambil menitiskan airmata kegembiraan. Begitu juga dengan sanak saudara yang lain. Aku dan isteriku jugak turut gembira. Dengan usia mencecah 37 tahun , abang ipar aku bertemu jodoh juga akhirnya. Alhamdulilah, syukur kepada tuhan Yang Esa. Tahniah Zulkifli bin Zakaria. Cuma yang terkilan sedikit, arwah bapa mertua aku tak sempat menyaksikan peristiwa yang bersejarah tu....Al-Fatihah untuk arwah Zakaria bin Ponggok...Amin ,semoga dicucuri rahmat hendaknya...Selamat berbahagia sehingga ke akhir hayat buat abang ipar aku.....
Aku dan hostel tahun kedua...
Tahun kedua aku dihostel, tidak banyak perkara menarik berlaku. Perjalanan hidup aku seharian berjalan seperti biasa. Tahun tu, aku dengan tabiat aku yang suka tido dalam kelas. Kerja sekolah pun ada yang aku tak buat. Mata pelajaran sains paduan aku hanya buat nota di muka surat pertama dan kedua, dua helai di bahagian tengah buku latihan dan dua helai lagi di akhir buku latihan. Hujung tahun aku ditangkap sebab tak buat kerja sekolah dan tak pernah hantar pun latihan kerja sekolah mata pelajaran sains tu. Masa tu cikgu yang ajar aku nama dia cikgu Tan ( amoi ). Apa lagi aku didenda menyalin semua kerja-kerja sekolah tu dari awal tahun hinggalah ke hujung tahun tersebut. Kalau tak, takdeler aku kedudukan markah dalam peperiksaan akhir tahun. Nak tak nak, kena la buat. Lain-lain tu, ada dua perkara berlaku. Satu pasal perempuan dan satu lagi tahun pertama aku kenal komputer. Pasal perempuan plak, pertamanya ada seorang perempuan yang nak buat aku adik angkat dan keduanya aku belajar 'tackle' awek buat kali pertama( dapat plak tu). Tapi awek tu cuma bertahan sebulan kawan ngan aku. Aku dapat cerita(khabar angin) dia ada kawan ngan balak lain plak. Mula takde ler aku percaya, tapi lama-lama tu goyang jugak. Ada plak senior aku ni dah racun aku punya kepala otak. Apa lagi , dengan semangat pahlawan cangkul aku, aku pun ' sound' la dia. "Kita break je la, macam muka kau ni, sepuluh pun aku bleh cari la". Tu la ayat power yang aku guna seperti yang di ajar oleh senior aku yang namanya Mail. Pastu aku tak kontak lagi dia. Bongkak sungguh aku nie kan. Dari cerita sumber-sumber yang meragukan dia menangis jugak aku buat macam tu. Apa tak nya ,malu la dia aku sound macam tu( tapi blum tentu betul sumber tu- jangan percaya ). Awek tu memang cantik pun, kena cita rasa aku la, cuma aku je yang tak sedar diri. Dia tu cantik, aku plak macam tongkang pecah je mukanya( cinta monyet la katakan). Itu pun nasib baik jugak dia nak kawan ngan aku. Manusia lupa diri. Pompuan yang kedua plak nak buat aku sebagai adik angkat . Aku tak hingin pun. Aku pun tolak la. Yang tak baiknya, aku tolak secara kasar( teruk betul attitude aku masa tu). Aku malukan dia depan orang ramai( minta maap banyak-banyak la kepada sesiapa yang terlibat -Kejam sungguh aku). Lepas tu aku pun blah dengan selamba jer. Sebenarnya diawal persekolahan aku kat sekolah tu ,aku ni boleh la dikategorikan sebagai murid pendiam. Aku hanya bercakap dan bergaul hanya dengan rakan terdekat je, tu pun tak banyak sangat cakap. Kalau pompuan tu jauh sekali, jangan harap la..Bersambung dilain kali......Adios.
Man United menang ,Arsenal seri...
Malam tadi beberapa perlawanan EPL telah pun berlangsung.Perlawanan tumpuan malam tadi adalah diantara Man United bertemu Bolton dan Arsenal bertemu Wes Brom. Perlawanan malam tadi mungkin akan berlaku perubahan ditahta liga, namun akibat kegagalan Arsenal memanfaatkan peluang yang terhidang membuatkan Man United masih lagi mendahului liga dengan 63 mata mengatasi Arsenal ditangga kedua dengan 58 mata dengan kekurangan satu perlawanan. Man United menewaskan Bolton 1 - 0 hasil jaringan Dimitar Berbatov selepas menggantikan Javier Hernandez. Bolton juga menunjukkan corak permainan yang agak menarik dengan menekan pendahulu liga bermula dari awal permainan lagi. Namun ketumpulan barisan serangan serta ketangkasan penjaga gawang Man United menggagalkan usaha tersebut. Johny Evan pula telah dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Bolton yang akan menambahkan lagi masalah Man United yang kekurangan pemain pertahanan tengah buat masa ini. Manakala Arsenal pula dua kali ketinggalan kepada Wes Brom sebelum melakukan kebangkitan untuk menyamakan kedudukan. Arsenal seri 2 - 2 dengan Wes Brom.
Khamis, 10 Mac 2011
Aku dan hostel tahun pertama...
Pada tahun 1989, tahun bersejarah bagi aku melangkah ke dunia baru iaitu 'dunia hostel'. Aku diterima masuk ke sekolah tersebut mungkin pada masa tu aku sedikit bernasib baik disebabkan pelajaran aku baik( sedikit perasan). Pada masa tu aku sedikit 'sivik'( budak kampung la katakan),kejutan budaya dengan suasana sekolah tersebut. Apa taknya, disiplin budak-budak sekolah tu lain macam betul(sekolah sukan katakan), dalam sebulan tu kadang-kadang ada polis yang datang disebabkan urusan pelajar yang melanggar peraturan negara( satu dua kes je). Pening jugak dibuatnya bila aku pikirkan macam mana cikgu disiplin sekolah aku nak 'settle'kan masalah pelajar yang bermasalah nie(masa tu aku baik lagi). Aku pun mulalah berkenalan dengan rakan-rakan hostel baru( time tu aku pendiam skit),ada yang datang dari dalam negeri aku sendiri dan tak kurang jugak dari luar negeri Kedah. Ada yang mak bapak diorang kerja lawyer, cikgu, YB dan tak kurang jugak macam mak bapak aku kerja sawah(aku ok je). Bila dah join dengan budak-budak sukan nie, aku pun berubah arah, asyik bersukan je. Asal bukak je mata nak bersukan( tapi aku tak pandai-pandai jugak bersukan pun). Lain kerje takde, sukan je, bola, hoki, bola tampar dan macam-macam lagi(sukan belasah orang pun ade..op censor). Petang hari pertama je dah kena panggil ngan senior( apa lagi kene nyanyi setiap sorang satu lagu,) sesi perkenalan. Ada yang nangis dan ada jugak yang pendam perasaan(dalam hati-bila korang dah tua nanti siap la aku kerjakan). Aku masa tu masih steady ,tak nangis(anak jantan katakan). Bila dah lepas ujian pertama tu kami dibenarkan balik ke bilik masing-masing. Tapi yang paling best tu bila aku dapat tengok bapak ngan mak aku(time tu mak aku tengah mengandungkan adik bongsu aku)balik dalam keadaan senyum dan bangga bila anak diorang dapat masuk hostel. Maka tergolong ler aku dikalangan orang-orang yang baik-baik dan soleh sebab berjaya membahagiakan ibu dan ayah( amin...). Bila dah masuk alam sekolah menengah nie, ada jugak la yang ushar-ushar nak buat adik angkat la , dan tak kurang jugak kekasih angkat(budak sekolah sepatutnya sekolah bukan bercinta). Jadi dalam kes nie, aku pun terlibat sama walaupun aku tak nak terlibat pun. Mula-mula tu janggal jugak ler. Tapi bila dapat rasa benefit tu, rasa best jugak( disini... aku nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa dan apa-apa lagi yang aku dah tak ingat dah). Kelas aku(kelas RK 1) masa tu pun sikit je pelajarnya, dalam 19 orang je termasuk aku. Tapi masa tu aku kuat tidur, dalam kelas pun nak tidur jugak(cikgu boleh terkejut kalau aku tak tidur- hebat betul penangan aku). Aku pun tak tahu bila aku belajar( mungkin dalam mimpi kot). Dalam tahun tu jugak seramai 7 orang senior aku dibuang dari sesi persekolahan akibat bergaduh( kesian aku tengok diorang). Keadaan tu berlaku waktu hujan renyai-renyai dalam pukul sepuluh lebih, time nak tidur. Aku rasa perkara tu tak patut terjadi pun, tapi darah muda, pantang dicabar( masa depan tergadai). Aku tak tahu sapa yang salah dan sapa yang betul sehinggalah hari ini pun. Aku takkan lupa peristiwa tu, sebab pada malam tu aku diminta oleh seorang senior untuk memanggil seorang lagi senior ke satu bilik. Aku ikut je la sebab arahan senior( aku kecik lagi masa tu,mana aku tahu keadaan buruk akan berlaku). Dalam pukul 1-2 pagi kami dikejutkan dengan arahan berkumpul di bilik rehat hostel. Masa tu aku tak berapa ingat sangat sebab aku mengantuk dan tak tahu apa-apa cerita pun. Keesokan pagi ,aku mendapat tahu senior aku digantung sekolah sehingga keputusan dibuat oleh pihak sekolah. Semua tu menjadi pengajaran kepada aku.Bersambung.......
Rabu, 9 Mac 2011
Arsenal kecewa lagi...
Selepas tewas pada Final piala 'Carling Cup'kepada Birmingham, sekali lagi Arsenal dikecewakan oleh Barcelona pulak dalam kejohanan 'Champion Leage' pagi tadi.2 gol yang dijaringkan oleh Lionel Messi dan satu oleh Xavi melengkapkan kemenangan 3-1 dengan aggregat 4-3 menewaskan Arsenal. Robin Van Persie telah mendapat kad merah hasil dua kad kuning,membolehkan Barcelona mengambil kesempatan keatas Arsenal.Gol saguhati Arsenal pada perlawanan pagi tadi hasil jaringan sendiri pemain Barcelona iaitu sergie Busquet.Arsenal masih berpeluang merebut kejuaraan liga perdana Inggeris dan piala FA.Dengan mengumpul 57 mata dan satu perlawanan dalam tangan menjadikan Arsenal antara salah satu pencabar kejuaraan pada musim ini.
Isnin, 7 Mac 2011
Man United tewas 3-1 di Anfield...
Malam tadi Manchester United tewas ngan musuh ketat mereka iaitu Liverpool hasil jaringan hatrik Dirk Kuyt.Manakala gol saguhati Manchester United diperolehi di minit 92 oleh Hernandes.Benteng Man United yang longgar mudah diperbudakkan oleh barisan serangan Liverpool.Ketiga-tiga gol yang diperolehi oleh Liverpool hasil kesilapan pemain Man united sendiri. Gol pertama akibat kegagalan barisan pertahanan mengawal Luiz Suarez dan Kuyt menyebabkan Liverpool mendapat gol pertama dengan mudah.Manakala gol kedua pula hasil kesilapan Nani yang menanduk bola kearah gawang gol sendiri memudahkan Kuyt sekali lagi menewaskan Van der Sar.Begitu juga dengan gol ketiga tanpa pengawasan benteng pertahanan terhadap Kuyt yang mendapat peluang bola muntah hasil sepakan percuma Luiz Suarez.Pertahan yang lemah menjadi penyebab Man United tewas buat kali kedua dalam seminggu.Pertengahan minggu Man United tewas kepada Chelsea dengan jaringan 2-1.Jika ingin terus mengungguli tahta liga ,Man United perlu bangkit dengan segera.
Rabu, 2 Mac 2011
Antara Hujan Dan Airmata - Sudirman
Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku
Bridge:
Ohhh... hujan..
Di antara airmata ku
Menitis laju
Bersama pilu pilu
Korus 1:
Ku cuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan
Korus 2:
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku ooh..
Kasih
Semakin ku cuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku ooh..
Kasih
Aku dan Hostel
Tika malam semakin dingin dan sepi, cahaya bulan samar-samar redup. Aku terkenangkan suatu ketika dulu waktu aku dibangku sekolah menengah disatu daerah. Sungguh indah detik itu. Aku pasti ,aku tidak akan melupakan saat-saat indah tersebut. Ingin aku ulangi semula, tapi apakan daya.Waktu tidak pernah kembali, hanya lipatan sejarah yang tinggal untuk aku kenang. Aku ketawa kerinduan sendirian. Usiaku semakin menganjak dewasa. Tapi aku ingin remaja kembali seperti waktu dulu. Waktu aku bergurau senda dengan rakan-rakan baikku.Aksi nakal kami yang memeningkan Warden asrama. Aku pernah tidak diizinkan untuk tinggal diasrama, tapi rayuan menyelamatkan aku.Aku kembali memeriahkan lagi suasana asrama.Tapi sebelum itu, aku mula menjadi penghuni disitu bermula tahun 1989 dan aku meninggalkannya pada hujung tahun 1995. Tujuh tahun aku disitu. Pasti nama aku ada dicatatkan disitu. Ada insan-insan yang aku kenali dan ada yang mengenali aku.Begitu juga dengan peristiwa nakal kami. Aku dan rakan-rakanku pernah keluar asrama waktu malam tanpa kebenaran semata-mata untuk tengok wayang, kami juga pernah mengejek guru disiplin dan dikejar oleh guru tersebut. Begitu juga aku yang dipotong rambut dikhalayak ramai kerana berambut panjang dan di bawa keliling satu sekolah, tapi aku tak kisah pun( malu tapi syok jugak tu ).Kami juga pernah memecah masuk dewan makan kerana lapar(dah tentu curi benda makan).Mencuri buah mangga yang warden tanam(asal dapat makan-kebulur). Dan tak lupa juga, aktiviti me'nackle'awek asrama. Macam-macam taktik yang kami guna(tak kisahlah asalkan dapat awek tu).Ada yang buat ala-ala hindustan dan ada jugak gaya ali setan(gaya Azroy pun ada) seperti dalam filem tu.Tak kurang juga aku.Aku plak guna pandangan arjuna je(takut nak ayat).Pastu guna lagu skit(kau satu-satunya-ukays).Maka dapatler aku sorang awek.Tapi sebelum tu penah jugak ler aku nak tackle awek siam, tapi tak layan(jual mahal).Last-last, tackle awek melayu jugak la.Cuma aku tak sempat tackle amoi je( dia cakap awek aku dah ramai, sebab tu dia tak nak layan aku-huuu...sedih-sedih).Tu la ringkasan cerita zaman remaja aku...(kalau rajin aku sambung lagi......)adios.....
United tewas kali ke-2...
Pagi tadi pasukan Manchester United tewas ditangan Chelsea dengan jaringan 2-1.Perlawanan yang dikatakan hebat itu menyaksikan Chelsea menunjukkan kejaguhan dengan menewaskan musuh terdekat mereka dengan bergaya. Perlawanan pada babak pertama dikuasai dengan baik oleh pasukan Manchester United dengan mendahului dengan jaringan penyerang sensasi mereka iaitu Wayne Rooney.Namun begitu pada babak kedua dimonopoli pula oleh pasukan Chelsea.Tekanan yang begitu hebat, menyebabkan salah seorang pertahanan Man United dibuang padang.Akhirnya Chelsea berjaya memenangi perlawanan di Stamford brigde itu dengan kelebihan 1 gol.
Langgan:
Catatan (Atom)