Ahad, 27 Februari 2011

11 cara mengurangkan Stress(Tekanan)...

Terdapat beberapa cara untuk kita mengurangkan tekanan.

1. Bertenang.
2. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan-lahan melalui mulut sebanyak 10 kali(anggap nafas yang dihembus adalah masalah yang ingin kita singkirkan).
3. Sekiranya tekanan atau rasa marah masih belum berkurangan, beredar dari situasi atau tempat tersebut untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
4. Bersendiri seketika dan tenangkan diri dan fikiran.
5. Mendengar muzik(membaca Al-Quran-bagi Muslim) yang menenangkan lagi mendamaikan.
6. Meminta seseorang melakukan urutan pada dahi,leher dan belakang badan.
7. Berbincang dengan orang yang boleh dipercayai untuk mendapatkan pandangan.
8. Berfikir secara tenang sebelum membuat keputusan.
9. Memohon petunjuk dari tuhan.
10.Bersemuka dengan orang yang terlibat secara baik(sekiranya perlu).
11.Reda dengan segala ketentuan-Nya.

Selamat mencuba.....

Resepi Maggie dan Bihun Goreng

Maggie Goreng
Bahan-bahan ( 4 orang )

• 2 biji telur
• 2 ulas bawang putih
• 4 peket maggie perisa kari
• 2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
• 3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang.
• 1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang
• 2 cawan air
• minyak untuk menumis

Hiasan

- daun bawang
- bawang goreng
- cili merah

Cara-cara

1. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
2. Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
3. Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi.
4. Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
6. Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
7. Angkat dan hias dengan bahan-bahan hias. Makanlah panas-panas.

Bihun Goreng

Bahan-bahan ( 5 orang )

1 bungkus bihun
cili kisar (ikut rasa)
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Kicap(kalau nak letak la).
Garam secukup rasa
Minyak
Telur atau kerang atau ayam atau daging atau udang(kalau nak letak la).
Sawi/Taugeh
Ajinomoto(kalau nak letak)

Cara-cara

1. Rendam bihun dgn air panas dan toskan.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan bawang.
3. Masukkan cili .
4. Masukkan daging/ayam/kerang/udang, gaul hingga sebati.
5. Masukkan garam secukup rasa(sedikit air jika perlu).
6. Masukkan bihun.
7. Masukan sawi/taugeh dan gaul hingga sebati.
8. Goreng lagi beberapa minit hingga bihun betul-betul lembut dan sebati dgn bahan lain.
9. Masukkan telur dan gaul hingga masak(kalau nak).
10. Bila dah masak ,bolehlah dihidangkan.

Hiasan

1. Telur rebus yang siap dihiris
2. Bawang goreng.
3. Limau
4. Cili merah besar dihiris menyerong.
5. Daun bawang yang dipotong halus.
6. Timun yang dihiris nipis.

Selamat mencuba!!!!

Resepi Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat. Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.

Resepi nasi Lemak

Bahan untuk nasi

2 cawan beras(nak masak lebih,tambah lebih skit)
1 cawan santan dan 1 cawan air(sesedap rasa je)
1 helai daun pandan - disimpul
3 hirisan halia
secubit garam

Bahan untuk sambal

6 sudu besar cili kering mesin(takleh pedas jangan taruk banyak)
4 ulas bawang merah -ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar -dihiris
segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
sedikit air asam jawa
sedikit belacan (jika suka)
garam dan gula secukup rasa

Bahan sampingan lain

Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.

Selamat mencuba....

Manchester ditahta liga..

Malam tadi pasukan Manchester United menewaskan pasukan Wigan dengan jaringan 4-0. Gol-gol hasil jaringan Chicharito(2 gol), Wayne Rooney dan juga Fabio yang masuk menggantikan Nani.Gol pertama adalah hasil hantaran lintang yang dibuat oleh Nani dan disudahkan oleh Hernandes dengan baik. Manakala gol kedua pula hasil lorongan oleh Rooney, juga disudahkan oleh Hernandes.Apabila masuk separuh masa kedua permainan, Wigan menguasai permainan sehinggalah kemasukan Gibson, Berbatov dan juga Fabio, permainan pasukan Manchester United terus berubah dan menambah dua gol melalui Rooney dan juga Fabio hasil hantaran Fletcher.Manchester United kekal ditangga teratas liga dengan kelebihan 4 mata mengatasi Arsenal ditangga kedua.Arsenal akan bertemu dengan pasukan Birmingham untuk perlawanan akhir Piala Liga pada malam ini.Manchester dengan 60 mata dan Arsenal 56 mata setakat perlawanan minggu ini.

Khamis, 24 Februari 2011

Malaysia menang....

semalam pasukan Malaysia telah menewaskan pasukan Pakistan dengan jaringan 2-0. Permainan pasukan Malysia bertambah matang dan menarik.Namun ketajaman serangan pasukan Malaysia perlu dipertajamkan lagi dari masa kesemasa.Ahmad Fakri Shaarani mendapat beberapa peluang tetapi gagal menterjemahkan kepada jaringan gol.Walaupun penyerang utama Ahmad Izzat tidak dapat diturunkan, pemain penyerang Malaysia perlu berusaha lebih keras untuk menambah jaringan sebelum bertandang ke Pakistan kelak.

Isnin, 21 Februari 2011

Maklumat je..

Hujung Minggu lepas hanya perlawanan piala FA je...EPL takde main.Aku tak menonton game-game tu pun sebab sibuk buat kerja lain.Apa yang aku tau, City menang, Chelsea menang penalti je ngan Everton.Pastu pasukan Kelantan juga menang ngan T-team juga ngan penalti 5-4.Tu pun piala FA Liga-M la.Lain-lain aku tak tau.

Selasa, 15 Februari 2011

Resepi masakan

LAKSA KEDAH

Bahan-bahan

1. Laksa besar/halus
2. Ikan (ikan sardin/selayang atau ikan kembung)
3. 12 tangkai cili kering
4. 5 ulas bawang merah
5. 2 labu bawang besar
6. 20 gm belacan( kalau takde allergic )
7. Asam gelugur/keping
8. 2 kuntum bunga kantan
9. daun kesum/daun cendehom
10.garam

Cara-cara

1. Rendam laksa dulu dalam air.
2. Kemudian rebus ikan, letakkan asam keping di dalamnya.
3. Ikan ini kemudiannya diasingkan antara isi dan tulang. Jangan dibuang tulang ikan tersebut.
4. Selepas siap dikopek, isi ikan boleh dihancur2kan/blend sebab nanti kuah akan jadi lebih pekat.
5. Tulang ikan itu pulak diblender, tapis dan ambil airnya
6. Masukkan air tulang ikan dan isi ikan ke dalam periuk.
7. Sediakan cili kering (yg telah direndam) lebih kurang 12 tangkai (atau lebih), bawang merah bawang besar dan belacan (suka hati)- kalau anda allergy, tak letak pun takper.
8. Bahan2 tersebut diblender sekali dan kemudian masukkan ke dalam kuah tadi.
9. Kemudian, sediakan pula daun kesom, bunga kantan dan asam keping.Masukkan ke dalam kuah tadi.
10.Rebus kuah tadi hingga mendidih.
11.Masukkan garam secukup rasa. Sekiranya kurang masam, boleh ditambah lagi asam keping.. sekiranya mahu pedas lebih, boleh tambah lagi cili kisar.

Sediakan ulam-ulaman

1. daun selom
2. timun
3. bawang
4. cili padi
5. telur

Selain ulam diatas, boleh juga ditambah
Daun janggus, limau nipis.. adajugak org letak nenas
Selain dari tu ada juga org buat sambal kelapa..

NASI AYAM

Bahan-bahan :

• ayam
• beras
• bawang besar
• halia
• bawang putih
• sup bunjut
• cili masak
• sedikit sos tiram
• sedikit kicap
• sedikit cili sos
• daun sup

Bahan-bahan sampingan :

• Tomato
• Timun
• Daun salad

Cara-cara :

•Rebus ayam bersama halia yang ditumbuk lumat sehingga masak.
•Setelah masak, toskan ayam dan perap bersama sos tiram & kicap. Air rebusannya jangan dibuang.
•Untuk nasi, tumis bawang merah & bawang putih hingga wangi, masukkan separuh air rebusan ayam tadi dan tanak bersama-sama nasi (bubuh pewarna kuning sikit supaya nasi tu berwarna kuning).Garam secukup rasa dan biarkan masak.
•Ayam yang telah diperap kemudiannya digoreng.
•Untuk kuah sup, tumis bawang putih dan bawang besar bersama-sama sup bunjut sehingga naik bau. Kemudian masukkan baki air rebusan ayam tadi. Setelah hampir masak, masukkan daun sup untuk menyedap dan mewangikannya.
•Untuk sos cilinya pula, tumbuk atau blend cili masak bersama 1 ulas bawang putih hingga hancur. Masakkan bersama-sama sedikit sos cili dan sedikit air, letakkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Setelah siap semua, bolehlah makan bersama-sama salad, timun dan tomato.

ROTI JOHN

Bahan-bahannya

1. Daging kisar ramly sebungkus
2, 1 1/2 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sikit air)
3. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
4. sedikit serbuk lada sulah
5. 1 kiub ayam
6. 2 ulas bawang putih (diketuk dan cincang)
7. 1 labu bawang besar potong kecil-kecil (bahagi dua, separuh buat tumis ngan bawang putih tadi dan separuh letak semasa inti dah masak).
8. Garam
9. Gula
10.Telur ayam secukupnya
11.Lobak dan kubis yang dihiris halus
12.Mayonis
13.Sos

Cara-cara membuat

1. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan rempah kari daging yang sudah dibancuh.
3. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah dan sedikit serbuk kiub ayam(masakkan sampai garing-naik minyak)
4. Kemudian masukkan sedikit air .
5. Selepas itu masukkan daging( masak sampai kering air)
6. Masukkan baki bawang .
7. Selesai tumis daging tadi, campurkan ke dalam telur ayam tadi.
8. Kemudian belah roti dan sapu di atasnya sebelum di letak atas kuali leper.
9. Terbalik-balikkan roti tu sehingga masak.
10.Setelah masak, letak lobak & kubis yg dihiris halus.
11.Kemudian letaklah mayonis & sos.
12.Siap untuk di makan...

RENDANG KERANG

Bahan-bahan :

1. 1kg kerang - direbus (dikopek)
2. 1 btg serai
3. 1 biji bawang besar
4. cili kering - rebus dulu
5. 1sb kerisik
6. santan
7. daun kunyit
8. garam secukup rasa

Cara-cara :

1. Blendkan serai, bawang besar dan cili kering yg dah direbus (kalau nak lagi pedas bolehlah campur cili api).
2. Tumis bahan2 blender sehingga naik bau kemudian masukkan santan, kerisik, isi kerang dan garam secukup rasa.
3. Masakkan sehingga kuahnya hampir kering (bagi yg nak kering) atau berkuah (bagi yg nak berkuah) dan masukkan daun kunyit yang telah dihiris.
4. Setelah masak hidangkan.

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan

2 cawan beras panjang AAA
2 cawan air

Cara

1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak. [lebih kurang 30 minit]

AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan

1 ekor ayam [potong 8 dan bersihkan]
3 s/b rempah kari ayam/daging
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
3 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
6 inci halia ]
3 batang serai ]
garam

Cara

1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

SAMBAL BELACAN

Bahan

5 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi
1 biji tomato buah
3 cm belacan
garam
2 biji limau nipis [ambil jusnya]

Cara

1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.
3. Rasakan masam dan masinnya.

( Semua resepi aku copy je...aku tak pandai masak pun..)

Isnin, 14 Februari 2011

Arsenal mendesak pendahulu liga.....


Hujung minggu lalu, Arsenal mencatat kemenangan bergaya dengan menewaskan Wolverhampton dengan jaringan 2-0.Gol-gol dijaringkan oleh Van Persie yang mempamerkan bisa selepas mendapat kecederaan yang lama untuk sembuh.Gerakan yang cantik hasil usaha kapten pasukan membuahkan hasil kepada pasukan Arsenal. Dengan secara tidak langsung kemenangan ini telah memberi tekanan kepada pasukan Man United sebagai pendahulu liga. Dengan kekurangan satu perlawanan dengan pasukan tangga ketiga,Arsenal dilihat selesa untuk merebut kejuaraan liga yang pertama sejak enam tahun yang lalu. Dengan hanya 4 mata yang membezakan dengan pendahulu liga setakat ini, kejuaraan mungkin hanya ditentukan pada penghujung liga pada bulan mei nanti. Pasukan Arsene Wenger dilihat menunjukkan kesungguhan untuk merebut kejuaraan pada musim ini. Namun begitu ,pasukan Arsenal mestilah konsisten dan memenangi perlawanan besar terutamanya dengan 4 pasukan teratas liga. Pasukan Spurs dan Man City dilihat melakukan peningkatan besar pada musim ini dan mampu untuk menggagalkan usaha Arsenal selain Chelsea dan Man United. Pasukan Liverpool juga semakin meningkat naik sejak diambil alih oleh Kenny Daglish untuk berada di kedudukan kelima liga.

Man United menang 'Derby'...


Sabtu yang lalu 'Derby' antara Man United dan Man city telahpun berlangsung.Pertemuan yang menghiburkan dimana Man United melakarkan kemenangan yang ke 70 keatas Man City dalam sejarah pertemuan kedua-dua pasukan.Man City yang memberi tentangan sengit dengan kehadiran ayam tambatan mereka iaitu Carlos Tevez yang berusaha keras untuk memenangi perlawanan tersebut.Kemasukan Edin Dzeko menambah sengat pasukan Man City, namun masih tidak cukup untuk menjinakkan jiran setempat. Gol pendahuluan oleh Nani pada separuh masa pertama tidak mematahkan semangat pasukan ' The Citizens'. Selepas kemasukan Edin Dzeko ,serangan Man City semakin menyengat. EdinDzeko berjaya merapatkan jurang dengan Man United. Tersentak dengan jaringan itu, Man United meningkatkan serangan. Akhirnya pada minit ke 78 Wayne Rooney telah memecah kebuntuan dengan satu jaringan yang cantik. Lorongan oleh Nani telah disambut dengan satu volley yang cantik untuk gol ke 5 Rooney pada musim ini setelah kemarau jaringan yang begitu lama. Jaringan itu disambut dengan gembira oleh penyokong-penyokong United.

Rabu, 9 Februari 2011

Man.United Tewas...


Pada perlawanan hujung minggu yang lalu, buat pertama kalinya pasukan Man.United tewas kepada pasukan Wolverhampton dengan jaringan 2-1.Ini adalah kekalahan pertama Man U selepas 25 perlawanan liga.Sebelum ini pasukan Man U tewas kepada pasukan West Ham dengan jaringan 4-0 dalam piala liga.Walaupun mendapat gol awal yang dijaringkan oleh Nani, nampaknya Man U melepaskan peluang untuk menjarakkan diri dengan pasukan Arsenal yang berada di tangga kedua. Pasukan Arsenal pula telahpun seri 4-4 dengan pasukan Newcastle United.Manakala Pasukan Chelsea tewas kepada pasukan Liverpool dengan jaringan 0-1.Hanya pasukan Man City dan spurs yang mencatatkan kemenangan masing-masing.Pasukan Liverpool memintas pasukan Sunderland untuk berada ditangga ke 6 liga setelah Sunderland tewas dalam perlawanan hujung minggu tersebut.Kedudukan ditangga liga tidak banyak perubahan dengan Man.U masih mengungguli dengan 54 mata, diikuti oleh Arsenal 50 mata, Man.City 49 mata dan Chelsea dengan 48 mata.Diikuti oleh Spurs dan seterusnya Liverpool ditangga keenam.Pada hujung minggu ini pertemuan derby iaitu Man.United akan menentang Man.City pada hari sabtu pukul 8.40 malam.

Malaysia menang lagi...

Hari ini perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan Malaysia menentang pasukan Hongkong.Perlawanan yang boleh dikatakan menarik telah dimenangi oleh pasukan negara kita dengan jaringan 2-0.Gol-gol telah dijaringkan oleh Safiq Rahim pada minit ke 44 dan jaringan kedua dijaringkan oleh Amirul Hadi Zainal pada minit ke 92.Safiq Rahim dianugerahkan pemain terbaik perlawanan.Momentum kejuaraan Piala AFF Suzuki berjaya diteruskan oleh pasukan Malaysia.Diharap kemenangan ini akan berterusan untuk perlawanan-perlawanan yang akan datang. Selamat maju jaya Malaysia...Majulah sukan untuk negara...

Perginya insan yang disayangi....

Tanggal 5 Februari 2011 pukul 7.20 petang selepas azan maghrib, perginya insan yang disayangi oleh isteriku.Hati isteriku begitu pilu dan sedih apabila ditinggalkan oleh orang yang dikasihinya.Aku juga turut bersedih.Tapi pemergian insan yang disayangi oleh isteriku dalam keadaan tenang dan mendamaikan.Tiada tanda-tanda duka mahupun penyesalan.Mungkin dia telah menunggu saat-saat tersebut sejak dulu lagi.Tapi isteriku sedih...aku juga bersedih.Aku sedih melihat isteriku yang dicintai bersedih.Apa yang dapat menggembirakan isteriku ,aku ingin lakukan...tapi...tiada. Isteriku tetap akan bersedih kerana orang yang pergi itu adalah orang yang dikasihi...dicintainya.Aku bukan berada dalam situasi itu...aku tak setaraf dia...kerana dialah ayahanda tercinta kepada isteriku....salam takziah sayang....tabahkanlah hati sayang....Al-Fatihah untuk bapa mertuaku ZAKARIA BIN PUNGGOK...

Rahsia Isteri....



"Saya takde mood lah abg"...
Ungkapan ini mungkin tak ingin didengari oleh sang suami ketika mendekati isteri utk 'bersama'...
Malah ramai suami yg merungut tentang masalah mood 'bersama' isteri yg sukar difahami... Tapi jangan terus mngeluh kerana ia ada jalan penyelesaian kepada suami2 ini... Perhatikan 12 situasi yg membuatkan pasangan anda teruja utk 'bersama' dan pergunakannya sebaik mungkin...

(AMARAN: Hanya utk pasangan SUAMI ISTERI SHJ!!! TQ)


1) Selepas Bertengkar...

Bertegang leher dgn pasangan memang mmbuatkan darah naik & degup jantung semakin pantas... Tapi selepas semua konflik terungkap dan masalah diselesaikan, tiada yg lebih baik selain meredakan amarah dengan merangkul pasangan dan menciumnya penuh ghairah... Ia mmberikan satu kelegaan buat isteri selain merasakan satu ketenangan...

2) Suasana Bahagia...

Seperti kemarahan dan kesedihan, kebahagiaan dan kegembiraan yg berlebihan juga menghadirkan mood untuk 'bersama' bagi isteri... Contohnya sewaktu suami mendapat pekerjaan baru, kenaikan pangkat dan mendapat hadiah yg diinginkan dari suami maka isteri punya semangat positif yg berlebihan... Jadi kenapa tak cuba menggunakan keghairahan tersebut utk bercinta/bersama...?

3) Stres...

Memang stress dianggap meningkatkan tekanan emosi sampai ke tahap ekstrem tetapi dari sudut lain bagi wanita, ia mampu meningkatkan tahap libido mereka... Oleh itu, saat melihat isteri sedang stres tiada salahnya anda cuba memberikan kehangatan utk meredakan ketegangan yg dialaminya dan memanfaatkan tahap nafsunya yg sedang tinggi... Selain itu, 'bersama' juga boleh meredakan sakit kepala akibat stres yg dialami...

4) Cemburu...

Sama seperti stres, cemburu turut mmpunyai kesan daripada sudut yg berbeza... Sebagai contoh melihat suami sedang berbicara mesra dengan wanita lain, isteri mungkin rsa cemburu... Di fikirannya, suaminya adalah miliknya sepenuhnya, bukan milik wanita lain... Melihat perkara ini juga mghadirkan rasa persaingan yg memerlukan isteri menunjukkan kelebihannya termasuklah dlm soal 'bersama'... Oleh itu jika terasa hubungan 'bersama' semakin hambar maka jika berani berikan sedikit cabaran kepada isteri kemudian manfaatkn detik cemburu ini dgn mengajaknya 'bersama'... Tapi awas, jgn praktikkan jika anda memiliki isteri yg cukup emosi dan punyai tahap cemburu yg melampau , bimbang perkara yang tidak diingini berlaku…

5) Waktu Subur...

Wanita sangat mudah teransang pada hari2 suburnya yakni kira2 2minggu selepas hari haid terakhir... Inilah masa paling tepat utk suami mengajak isteri utk 'bersama'... Akan tetapi keadaan ini agak sukar dibaca jika isteri anda termasuk dalam kategori datang bulan yang tidak teratur...

6) Suasana Romantis...

Makan malam berdua, menonton televisyen/wayang tengah malam bersama, mengelus rambutnya saat sedang berehat sudah dianggap suasana romantis oleh isteri... Tentunya tidak sukar utk melakukan perkara ini bukan???? Jadi apa lagi, praktikkan terus dan biarkan dia cair dalam pelukan anda...

7)Berjauhan Dengan Suami...

Tinggal berjauhan dengan suami mampu menyebabkan isteri berasa teruja utk bersama suaminya, sama juga dengan lelaki... Perpisahan dengan pasangan walau sekadar beberapa hari akan membuatkan pasangan saling merindui... Ketika bertemu perasaan cinta dan ghairah yg dipendam akan meledak... Tak mustahil suami akan merasai hubungan 'bersama' yg luar biasa selepas beberapa lama berpisah dgn isteri...

8) Kreatif...

Seorang isteri tak akan mampu menolak ajakan 'bersama' jika suami seorang yg kreatif malah acara ini cukup ditunggu2 kerana mahu menikmati apa pula aksi terbaru yang hendak dipersembahkan... Maka belajarlah tentang teknik2 yang berbeza utk menarik perhatian isteri selain menghindari isteri dari rasa bosan bila ‘bersama'....
9) Kejutan
Setiap peristiwa penting begitu bermakna kepada si isteri.Sekiranya si suami dapat mengingati dan menghargainya, pasti akan memberi kelebihan kepada si suami untuk memenangi hati si isteri...Berikan sesuatu sebagai tanda ingatan, pasti si isteri terharu dan menghargai pemberian si suami...Jadi senanglah si suami memainkan peranan..sudah tentu layanan istimewa dari si isteri akan di perolehi..
10) Prestasi
Setiap kali ‘bersama’,kepuasan pasangan adalah perlu..mainkan peranan dengan berkesan…..pasti si isteri tidak menolak jika memuaskan hati…..detik itu sentiasa di tunggu-tunggu…….
11) Penghargaan
Kekadang sesuatu tugas atau pekerjaan yang dilakukan oleh si isteri dalam menguruskan rumah tangga perlu diberi penghargaan.Bantulah serba sedikit kerja-kerja rumah yang boleh anda bantu.Semua ini akan di perhatikan oleh si isteri dan secara tidak langsung boleh membuatkan si isteri berasa terharu dan dihargai….apa lagi gunalah peluang ini ,sudah tentu akan dilayan oleh si isteri kalau ada permintaan dari si suami walaupun letih…si isteri tidak lokek jika hatinya tersentuh dan bertambah sayang kepada si suami…….
12) Belaian
Mana-mana Isteri suka dibelai. Perasaan isteri akan berasa tenang dan berasa dilindungi apabila dibelai..saat itu adalah sesuatu yang amat si isteri inginkan dan menghargai..apabila saat itu timbul, apalagi, tentulah habuan akan diterima oleh si suami jika strategi seterusnya di teruskan….
Selamat mencuba……..sang suami.

Sabtu, 5 Februari 2011

Liga Malaysia.....



Bolasepak kita telah lama menjadi liga professional setelah diperkenalkan sebagai liga semi-pro pada tahun 1989 oleh FAM.Bermacam-macam peristiwa dan perubahan yang berlaku. Penggunaan pemain import kerap berubah-ubah. Sekejap boleh digunakan dan sekejap tidak boleh digunakan. Bermacam-macam cara yang dilakukan oleh FAM untuk meningkatkan mutu bolasepak negara. Namun tidak juga meningkat, malah ranking negara makin merudum dari tahun ke tahun. Kehadiran penonton juga semakin berkurang dan ini sudah semestinya kantung FAM makin menyusut. Keputusan FAM sendiri yang sentiasa berubah-ubah juga dilihat menjejaskan reputasi FAM sendiri. Kebanyakkan liga terbaik dunia tidak selalu berubah peraturan dan keputusan yang dibuat. FAM dilihat kerap merubah perancangan  dan sistem pertandingan sehinggakan setiap tahun ada sahaja perubahan yang dilakukan.Harga ikan dipasaran pun tidak berubah sekerap itu. Ini menunjukan FAM tidak mempunyai prinsip yang kuat serta asas yang tidak kukuh. FAM ibarat seorang penjual, sekiranya harga dan kandungan barang yang kurang kualiti dijaja, sudah tentu barangan tersebut tidak laku. Untuk menjadi jurujual yang baik sudah tentulah perlu menjual produk yang baik dan berkualiti.Apabila produk berkualiti, tentulah ada pembeli yang akan membeli.Sekiranya produk sentiasa berubah-rubah tentulah pembeli sukar mempercayainya.FAM dan pemikiran FAM perlu berubah menjadi lebih berprinsip. Tidak perlu kerap berubah,tetapi mewujudkan satu sistem yang benar-benar mampan dan berkualiti yang sesuai untuk 10 tahun atau 20 tahun yang akan datang.Tidak guna kerap bertukar pucuk kepimpinan, tetapi hasilnya sama. Malah  makin teruk tahun demi tahun.Pemimpin FAM perlu sedar keadaan ini sekiranya mahu bolasepak kita maju.Liga Perdana Inggeris, Bundesliga, La Liga, Siri A dan lain-lain liga lagi tidak kerap sistem liga mereka diubah,tetapi liga M setiap tahun berubah.Peringkat asia tenggara pun susah untuk menjadi  juara.Fikir-fikirkan....

Cantiknya gadis melayu...


Siapa bilang gadis melayu tak menawan....tak menarik hati...tiada memikat...kalau dah sungguh tak mungkin aku tertarik....kalau dah memang tak mungkin aku kan jatuh....aduhai....lemah lembut gayanya...anggun sungguh sidia..itulah bait-bait lagu yang kedengaran di corong-corong radio memuji dan memuja gadis melayu.Memang gadis-gadis melayu ini cantik-cantik dan mempersonakan.sesiapa sahaja yang memandang pasti akan tertarik tanpa mengira bangsa atau kaum.Contoh yang dapat kita lihat adalah dikalangan artis tanahair kita sendiri.Ramai artis melayu kita berkahwin dengan bangsa dan kaum lain.Contohnya Mohd.Adam Corrie Abdullah yang berbangsa Cina memilih gadis melayu sebagai pasangan hidup.DJ Dave juga memilih gadis melayu sebagai pasangan hidup.Begitu juga dengan artis yang lain ,ada yang memilih pemuda 'mat saleh' sebagai pasangan hidup.


Bagi orang kebanyakan atau orang biasa pun ramai gadis melayu berkahwin campur.Boleh dikatakan setiap negara mempunyai pasangan yang berkahwin dengan wanita melayu.Penyanyi Aishah dulupun berkahwin dengan pemuda New Zeland.Begitu juga dengan pelakon Nor Azah Aziz yang berkahwin dengan pemuda Perancis dan menetap di Perancis.Tidak dinafikan sememangnya gadis melayu mempunyai nilai atau menjadi pilihan untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.Ciri-ciri kelembutan dengan nilai-nilai ketimuran menjadi kelebihan dan menambat hati sesiapa yang terpandang.Nilai kemelayuan dan keislaman yang menitik beratkan keperibadian yang tinggi menjadikan gadis melayu ' sesuatu yang indah dan berharga' untuk dimiliki.'Tak kenal maka tak cinta' itulah pepatah melayu yang didendangkan.Apabila terpandang dan meneliti pekerti gadis melayu pasti tertarik dengan kehalusan tingkah laku dan budi bahasanya.Kecantikan lahiriah dan rohaniah gadis melayu masih terpelihara dan terjaga dengan didikan oleh ibu bapa yang berpegang teguh pada ajaran islam dan budaya ketimuran melayu.Rugilah pemuda melayu sekiranya tidak memilih gadis melayu sebagai pasangan hidup....

Khamis, 3 Februari 2011

Tak salah lamar lelaki !!!!!


ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya de¬ngan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.
IKAT PERTUNANGAN...tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup.

Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya.

Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh.

Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya?

Mungkin kaum wanita mengang¬gap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan.

Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasa¬ngan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar, tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah.

Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya...!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

“Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.

“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.

“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

“Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.

“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

“Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan.

Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

“Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masy¬hur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.

“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasa¬ngan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat de¬ngan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.

“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mung¬kin Allah hendak selamat¬kan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.

“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.

“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

Wallahu'alam. Wassalam

Satu kisah 2 orang perempuan disalah satu IPTA


Selesai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.
" Awak, boleh saya tanya?"
"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.
"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.
Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.
"Tapi kenapa ya?"
"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.
Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.
" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"
Dia mengangguk
"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.
"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.
" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.
"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.
"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.
"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.
" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"
"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"
"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"
Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.
"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."
Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.
"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.
"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"
Dia menggeleng kepala tanpa suara.
" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.
" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.
"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."
"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.
"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.
"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..
Dia mengangguk...
"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.
" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.
Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil bermonolog sendirian.
'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.
dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...
Wallahu'alam. ^_^

Selasa, 1 Februari 2011

Satu kisah di satu hari

Hari Jumaat yang lepas ,aku pergi ke tempat lama aku bertugas dulu.Sekali-sekala turun ke tempat lama ok jugak kan?Bukannya kerap pun, tapi ok.Kami berborak tentang bermacam-macam topik dan yang pasti kutuk mengutuk pun tidak dapat dielakkan lagi.Aku membuka cerita pasal seorang tok Haji yang marahkan aku dan aku tak tahu silap aku kat mana, part mana.Tok Haji tu bawak motor disebelah tepi jalan dengan perlahan dan aku sedikit laju dan berhasrat memotong tok haji.Tetiba saja tanpa beri signal atau apa-apa petunjuk pun, dia terus melintas ke seberang.terkejut beruk aku.Nasib baik sempat Brek, kalau tak, harus aku ngan tok haji tu accident.Tanpa rasa bersalah dan tak henti-henti dia asyik marahkan aku.Aku pun terkedu, apa salah aku.Bukannya aku yang melintas pun, dia yang melintas tetiba.Patutnya aku yang marahkan dia, tapi dia pulak yang marahkan aku.Aku pun dah tak tahu nak buat apa, aku ambik keputusan blah je lah..kalau lama lagi dengar tok haji ni membebel, silap haribulan nak jugak aku debik tok haji ni(cakap je..)Aku suarakan rasa tak puashati aku kat kengkawan aku.Dalam banyak-banyak tu, ada sorang mamat nie bagi pendapat.Mamat tu cakap...Lupakan lah cerita tu.Kalau haji sekalipun seseorang tu..tak semestinya attitude dia ok. Yang Ok nya dia dah pergi haji.kau belum lagi...tapi perangai kau mungkin lebih baik dari dia.Haji tidak melambangkan attitude seseorang tu..Kalau dia sendiri tak nak berubah.Sepuluh kalipun dia pergi haji, tak semestinya dia bleh jadi ulamak.....Termenung aku bila dengar macam tu.Betul jugak apa yang dia cakap.Jadi jangan lah terkejut kalau jumpa tok haji pakai seluar pendek....normal lah tu...sebab tu tuhan adakan syurga dan neraka...sendiri mau ingat la....

Hari Wilayah Persekutuan


Hari nie adalah sambutan hari Wilayah Persekutuan dimana terdapat 3 persekutuan didalamnya iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.Semua warga Wilayah Persekutuan ini akan menyambutnya.Wilayah persekutuan ini diletakkan dibawah pemerintahan kerajaan persekutuan secara terus.Setiap tahun tanggal 1 Februari ketiga-tiga wilayah persekutuan tersebut akan di beri cuti Am dan menyambut hari Wilayah.