Rabu, 4 Ogos 2010
Pasukan MSS Kedah wakil Malaysia ke Piala Manchester United di Carrington Manchester
Nadi Arena melaporkan pasukan MSS Kedah bawah 15 tahun telah dipilih mewakili Malaysia ke Carrington England untuk menyertai satu kejohanan disana.Mereka akan bertemu dengan pasukan lain dari 5 benua untuk berentap merebut Piala Manchester United.Kesempatan julungkali ini diperolehi oleh mereka setelah menjuarai kejohanan yang dianjurkan di Malaysia bagi memilih wakil Malaysia untuk ke kejohanan tersebut.Kita harap mereka akan mencapai kejayaan dengan jayanya disamping pengalaman yang akan dikutip oleh mereka. Lagipun tidak salah sekiranya mereka menanam matlamat dari sekarang untuk berjaya dieropah suatu masa nanti.Mana tahu akan ada pemain Malaysia yang akan mewakili pasukan Manchester United pada masa hadapan. Selamat maju jaya dan syabas......
Selasa, 3 Ogos 2010
Pemilihan FAM bagi penggal 2010 hingga 2014
Pemilihan telahpun berlalu beberapa hari yang lalu.Jawatan kedua tertinggi telahpun bertukar tangan. Jawatan Timb.Presiden telahpun dimenangi oleh Tengku Abdullah dan Tan sri Annuar Musa yang juga merupakan presiden Persatuan Bolasepak Kelantan. Tengku Abdullah adalah orang lama dan cuma berehat seketika dari arena bolasepak negara.Sekarang baginda kembali untuk menabur bakti kepada sukan yang dicintai oleh baginda selama ini.Begitu juga dengan jawatan naib presiden juga bertukar tangan dengan Dato Affandi Hamzah sahaja yang kekal, manakala dua lagi posisi diisi oleh Dato' Hamidin dan Dato;Subahan.Melihat kepada apa yang berlaku,Semua rakyat tentunya dan penyokong pasukan bolasepak kebangsaan khasnya mengharapkan perubahan yang positif berlaku.Tidak hanya janji bermusim seperti janji sewaktu pilihan raya ataupun merebut jawatan tertentu.Amanah yang diberikan diharap dapat dipikul dan dilaksana dengan sebaiknya.Perancangan yang teratur dan teliti serta tidak melibatkan anasir politik perlu ditekankan oleh barisan baru ini. Barisan kepimpinan perlu lebih kerap untuk turun kebawah untuk melihat sendiri perjalanan sesuatu perancangan agar tidak gagal dikemudian hari.Kadang-kadang pelaksana hanya melaksana, tetapi tidak pasti sama ada ianya seperti kehendak pucuk pimpinan.Oleh itu menjadi tanggung jawab pemimpin untuk membetulkan keadaan tersebut. Tidak hanya berteori sahaja, tetapi tidak pandai mengaplikasikanya. Tengku Abdullah tentu ingin merancang sesuatu kerana sebelum ini apa yang dirancang oleh baginda belum menampakkan hasil.Jadi pusingan kedua inilah peluang baginda untuk memperbaikinya. Saya percaya baginda tentunya mempunyai sesuatu untuk dilakukan kerana baginda telah membuat pusingan U,dan mungkin masalah yang berlaku dapat dihidu oleh baginda.Kadang-kadang perlu juga sekali-sekala untuk menjadi orang luar untuk melihat permasalahan yang timbul.Pucuk pimpinan dan semua ahli persatuan perlu bersatu dan berganding bahu menyelesaikan masalah serta merancang sesuatu yang boleh membangunkan bolasepak negara. Saya mencemburui pasukan bolasepak Jerman di Piala Dunia yang lalu.Dengan barisan muda yang berbakat , mereka berjaya sampai ke separuh akhir.Pasukan yang dipenuhi bintang seperti Argentina pun dapat ditewaskan oleh mereka. Cuba bayangkan 4 tahun lagi, dimana pasukan ini menjadi matang, sudah tentu pasukan ini akan menjadi pilihan untuk menjuarai piala dunia yang akan datang. Begitu juga dengan pasukan wanita bawah 20 tahun mereka, telah memenangi piala dunia pada tahun ini. Perancangan begitulah yang kita perlukan.perancangan untuk berjaya bukannya seperti melepas batuk ditangga. Kakitangan pasukan Korea Selatan juga terkejut dengan pencapaian Malaysia yang begitu teruk.Beliau mengakui yang dulu pasukan Malaysia adalah pencabar utama, tetapi sekarang pasukan Malaysia hanya pasukan belasahan.Peringkat Asia Tenggara pun tidak mampu untuk dilepasi. Corak pengiklanan juga perlu berubah.Kempen yang berterusan dan bersungguh perlu dimulakan dari sekarang.Kalau dulu iklan dilakukan oleh stesen TV3 begitu meriah dan menarik,tetapi setelah berpindah kepada RTM ianya begitu suram sekali.Ini menjadikan minat penyokong untuk menyokong pasukan mereka menjadi kurang.Kalau dulu stadium penuh, tapi sekarang stadium pasukan Selangor yang menghuni tahta liga pun lengang. Ghairah untuk menonton Liga Malaysia kurang dan kadang-kadang tiada langsung. Kenapa perkara ini berlaku? Senang sahaja jawapannya "KURANG MENARIK".Jadi pucuk pimpinan sekarang perlu mencipta formula baru untuk menarik kembali minat penyokong. Bila ada penyokong, penaja pun bertambah, bila penaja bertambah kantung pun penuh.Bila kantung penuh gaji pemain dapat dibayar mengikut yang dijanjikan.Bila gaji dapat,pemain pun dapat memberikan permainan yang berkualiti.Bila dah pemain pamer permainan berkualiti, maka tahap permainan bolasepak dapat ditingkatkan. saya berharap sebelum saya menutup mata, dapatlah saya menyaksikan pasukan kebangsaan kita beraksi di Piala Dunia nanti....Saya pun nak merasa menyokong pasukan sendiri......wasalam.....
Langgan:
Catatan (Atom)