Isnin, 3 Januari 2011

Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010....

Tanggal 26 Disember 2010,bertempat di stadium Nasional Bukit Jalil, perlawanan akhir pusingan pertama telahpun berlangsung.Pasukan Malaysia dengan bergaya telah menundukkan pasukan Indonesia dengan jaringan 3 - 0. Bergegar stadium yang menampung 85000 penonton dengan sorakan yang telah lama tidak bergema dibumi Malaysia. Dua jaringan dilakukan oleh Safee Sali dan satu disumbang oleh Ashaari Samsudin anak jati Terengganu. Taktikal yang menarik dari jurulatih K.Rajagopal meneggelamkan keegoan pasukan Indonesia yang sebelum ini berpesta gol diperingkat kumpulan menewaskan Malaysia. Kerja keras dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemain begitu memukau penonton dan peminat bolasepak tanahair kita. Nampaknya harimau malaya telah bangun dari tidur.Diharap ngaumannya akan terus bergema dimasa-masa hadapan. Barisan muda ini telah membuktikan bahawa mereka mampu melakukan sesuatu jika diberi kepercayaan dan sokongan.Namun begitu, tanggal 29 Disember 2010, di stadium Gelora Bung Karno ,barisan ini membalas kepercayaan yang diberikan. Walaupun tewas 2 - 1, tetapi secara aggregat pasukan Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan jaringan 4 - 2. Maka sahlah Pasukan Malaysia menjadi juara bagi edisi 2010 dan menjadi pasukan yang digeruni di peringkat asia tenggara(ASEAN). Pada pertemuan kedua itu sekali lagi Safee Sali meledakkan gol dan menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol bagi edisi tahun 2010.Syabas Malaysia.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan