Ahad, 30 Januari 2011

Ranking FIFA....Malaysia ke 142


Senarai terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA pada Disember 2010 yang lalu, Pasukan Sepanyol masih berada pada ranking pertama dan diikuti oleh pasukan Belanda.Pasukan terbaik Asia pula adalah pasukan Australia yang berada pada kedudukan ke 26 dunia dan diikuti oleh Juara piala asia Jepun yang berada pada kedudukan ke 29 dunia.Pasukan terbaik benua Afrika pula adalah pasukan Mesir yang berada pada kedudukan ke 10 dunia dan diikuti oleh pasukan Ghana berada pada kedudukan ke 16 dunia.Pasukan Ivory Coast pula berada pada kedudukan ke 21 dunia.Manakala pasukan terbaik Asia Tenggara pula dihuni oleh pasukan Thailand yang menduduki tangga ke 119 dunia, diikuti oleh pasukan naib juara piala AFF yang lalu iaitu pasukan Indonesia pada kedudukan ke 126 dunia.Pasukan Vietnam pula berada pada rangking ke 136 dunia.Pasukan jiran Malaysia iaitu pasukan Singapura pula berada pada kedudukan ke 139 dunia.Juara piala AFF yang lalu iaitu pasukan Malaysia berada pada kedudukan ke 142 dunia.Pasukan Asia tenggara lain adalah pasukan Myanmar berada pada kedudukan ke 149 dan Philipines pada kedudukan ke 153 dunia.Sekiranya berpandukan ranking tersebut, pasukan negara kita begitu jauh ketinggalan dan perlu berusaha lebih jika ingin berjaya pada masa hadapan.Program yang teratur dan betul serta sokongan dari semua pihak diperlukan bagi menjayakan misi tersebut.Bakat-bakat baru yang berkualiti perlu dicungkil dan digilap dengan sebaiknya.Tidak perlu kita menuding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu yang tentunya tidak akan merubah keadaan tersebut.Kesedaran perlu dipupuk mulai dari sekarang agar ianya tidak hanyut dan berkubur.Jangan hanya bercita-cita tinggi tanpa menunjukan kesungguhan dan usaha yang gigih.Sekiranya aspek pengurusan tidak betul, betulkan ia supaya tidak berlarutan.Sekiranya program yang diatur terdapat kelemahan, teguhkan ia.Sekiranya sikap pengurusan dan pemain tidak professional, usahakan supaya menjadi professional.Sekiranya kita telah melakukan kesilapan, betulkan ia.sama-samalah kita majukan bolasepak kita.

Malaysia belum capai Standard lagi...


Dalam satu rancangan( FORMASI ) di saluran ASTRO ARENA telah di maklumkan oleh Tan Sri Anuar Musa telah menyatakan bahawa standard kelab bolasepak kat Malaysia ni hanya layak menyertai divisyen 4 liga asia sahaja.Ini disebabkan oleh tahap profesionalisma di Malaysia belum mencapai tahap yang telah ditetapkan oleh badan bolasepak dunia.Maksudnya Liga-M belum mencapai tahap professional tetapi hanya diletakkan pada status professional sahaja, darisegi kelayakkan Malaysia belum capai lagi.Sebab itu pasukan dari malaysia kena berusaha lebih untuk meningkatkan standard Liga-M.Semua pihak perlu gembleng tenaga dan usaha untuk mencapai taraf tersebut.Perancangan yang teratur tanpa anasir yang tidak baik, bolasepak kita akan maju seperti negara asia lain seperti Jepun,Korea dan Australia.

Ahad, 23 Januari 2011

MPV pilihan masakini....







Kenderaan begitu perlu pada masa kini untuk kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Ianya telah menjadi satu keperluan yang mendesak pada masakini.Tidak lagi hanya tertumpu kepada makanan dan juga tempat tinggal.Di Malaysia terdapat berbagai jenis kenderaan yang ada, contohnya motorsikal, kereta, bas,kapal terbang dan lain-lain lagi.Salah satu pilihan utama adalah kereta.Berbagai jenis dan jenama terdapat dalam pasaran Malaysia seperti Proton,Toyota,Perodua,Honda,Mercedes,BMW,Nissan dan lain-lain lagi.Namun begitu minat baru muncul dimana generasi sekarang mula memilih kenderaan pelbagai guna ataupun lebih dikenali sebagai MPV.Berbagai jenama terdapat di Malaysia.Trend ini telah menjadi satu fenomena sejak akhir-akhir ini. Bagi keluarga yang agak besar sememangnya menjadi pilihan yang berbaloi.Kemampuannya yang mampu menampung penumpang yang ramai berbanding kereta tidak dapat disangkal lagi.Keluasan yang lebih luas dan memberi keselesaan menjadi keutamaan generasi masakini.Ditambah lagi pilihan untuk mengubahsuai kenderaan tersebut mendorong generasi muda memilih MPV untuk bergaya disamping memenuhi tuntutan keluarga yang ramai.Bagi keluarga yang tidak mempunyai ahli yang ramai turut memilih MPV kerana reka bentuk yang menarik dan selesa secara tidak langsung turut menarik perhatian mereka untuk memiliki MPV.Bagi yang mempunyai kemampuan yang tinggi tentulah MPV dari negara luar menjadi pilihan terutamanya MPV keluaran dari negara Jepun dan juga negara Eropah.Manakala yang kurang berkemampuan pula cenderung untuk memilih keluaran tempatan atau negara asia lain sepert China dan Korea.Apa-apapun pilihan yang dibuat ianya adalah untuk keselesaan kita dan juga keluarga.Rakyat Malaysia sekarang sudah mampu untuk memiliki kenderaan mewah tersebut yang suatu ketika dahulu begitu sukar untuk dilihat dijalan-jalan raya diMalaysia.

Harga rumah tinggi di Malaysia..



Pada masakini harga rumah teres melambung begitu tinggi.Mengikut maklumat terkini harga rumah teres di Pulau Pinang telah mencecah RM 390,000 keatas, manakala Kuala Lumpur dan Johor Bahru RM 350,000 dan keatas. Manakala harga sebuah pangsapuri pula rata-rata RM 100,000 keatas.Keadaan ini secara tidak langsung membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Tahap mampu milik rumah sendiri akan menurun terutama golongan berpendapatan rendah.Rumah kos rendah pada masakini ditawar pada harga RM 42,000 dan disediakan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensi yang dilantik,Namun dilihat tidak mencukupi kerana permintaan yang tinggi serta tahap kemampuan yang rendah dikalangan rakyat Malaysia.Peningkatan nilai hartanah begitu membebankan rakyat Malaysia pada masakini.Sesuatu tindakan perlu diambil agar nasib rakyat terbela dan mempunyai kediaman sendiri pada masa hadapan.

Man U masih ditahta liga...


Semalam pasukan utama EPL memenangi perlawanan masing-masing.Pendahulu liga ,Man U menewaskan Birmingham dengan jaringan besar iaitu 5 -0.Pasukan Arsenal menewaskan pasukan Wigan dengan jaringan 3-0 dan Liverpool menewaskan Wolves juga dengan jaringan 3-0.Namun pasukan Manchester City tumpas kepada pasukan Aston Villa dengan jaringan 1-0 hasil jaringan penyerang yang baru dibeli iaitu Darrent Bent.Pasukan Bolton pula akan melayan Chelsea pada pagi isnin nanti.Perubahan tangga liga telahpun berlaku dimana Arsenal kembali merampas kedudukan kedua liga menggantikan Man City untuk minggu seterusnya dengan kelebihan satu perlawanan.Pasukan Liverpool mula melakarkan kemenangan dibawah pengurus baru 'King Daglish'setelah beberapa perlawanan awal terlibat dengan kekalahan.Man U pula mula menjarakkan diri dengan pesaing terdekat dengan kelebihan 1 perlawanan.

Selasa, 18 Januari 2011

KALAU NAK KAHWIN.....


Kalau nak kahwin la….

Apa yang korang pikir sebelum nak kahwin? Dapat apa yang korang nak? Atau puashati dengan apa yang korang dapat. Tercapaikah cita-cita selama nie…Apa-apa pun, pastikan jangan kita terlalu ikut perasan. Perasaan kadang kala mengaburi pandangan dan pemikiran kita. Kita tak boleh serah je pada Tuhan sedangkan kita sendiri tak berusaha. Itukan janji tuhan, kalau kita usaha lebih, kita akan dapat apa yang kita nak. Bila dah berusaha, barulah boleh tawakal kepada Allah. Selain tu, kita perlu juga letakkan beberapa kriteria terhadap orang yang akan jadi pasangan kita sebagai panduan.

11 panduan mencari pasangan

1. Rupa – sedap dipandang pada pandangan kita.
2. Pekerti – mestilah yang baik dan disenangi oleh mak bapak kita.
3. Agama – sudah pasti kena tahu jugak pasal agama kalau tak banyak pun ,boleh sama-sama bergantung dan tegur menegur.
4. Kawan – yang boleh buat hidup kita ceria dan senang hati.
5. Teman – yang sanggup susah senang, menangis, jatuh bersama dan tak merungut serta tak berkira dengan kita dan keluarga.
6. Amanah – boleh diharap dalam apa jua keadaan.
7. Isteri/suami – yang dapat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri/suami seperti yang sepatutnya dan tahu hormat kita.Mesti tahu tanggungjawab masing-masing walaupun bergaduh.
8. Berdikari – boleh berdikari sendiri menguruskan rumahtangga(saling bantu membantu sekiranya pasangan bermasalah).
9. Ibu /bapa– boleh diharap untuk mendidik anak-anak menjadi manusia berguna.
10.Sayang/suka/cinta – mestilah semua kriteria tu ada pada sidia.Dia mestilah seorang yang sayang/suka/cinta pada kita.Kalau kita saja yang suka/sayang/cinta pada sidia, lambat laun sidia akan meninggalkan kita.Tetapi kalau sidia cinta pada kita, sudah tentu sidia reda menerima kita seadanya.
11.Bijak – seorang yang sedikit bijak . Ini akan memudahkan dan membantu kita untuk melayari bahtera kehidupan supaya tidak hanyut dilambung ombak dan badai.

Persediaan sebelum berkahwin

Berkahwin bukanlah satu perkara yang mudah dan senang.Banyak perkara yang perlu difikirkan. Beberapa perkara perlu dilakukan terlebih dahulu samada darisegi mental dan fizikal.

Persediaan Mental

1. Mendapat panduan dari orang-orang berpengalaman(juga melalui pembacaan).
2. Menghadiri kursus perkahwinan.
3. Mendalami ilmu agama(setidak-tidaknya perkara asas).
4. Mempunyai perasaaan ‘bersedia untuk berkahwin’ dan sanggup berkongsi hidup dengan pasangan.
5. Sanggup berkompromi bila berkahwin(alam rumahtangga).
6. Sabar dan tenang.
7. Berpandangan positif terhadap perkahwinan.
8. Sanggup menerima keluarga pasangan.
9. Menerima pasangan seadanya.
10. Sanggup memikul tanggungjawab.
11. Mampu dari segi nafkah batin.
12. Ikhlas dan jujur terhadap pasangan dan rumahtangga.

Persediaan fizikal.

1. Bersedia dari segi kewangan.
2. Menyediakan tempat tinggal dan kelengkapan.
3. Menyediakan kenderaan(sekiranya mampu).
4. Sihat tubuh badan.
5. Penampilan kemas dan bersih.

Ini adalah beberapa panduan untuk korang.Kalau nak ikut, ikutlah.Kalau tak nak ikut pun, terpulang la…tak jadi hal punya….Apa-apa pun hidup mesti ada prinsip, baru tahu arah dan tujuan…….

FUTSAL

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN FUTSAL

Futsal adalah satu bentuk permainan bola sepak dalaman yang terletak di bawah
naungan FIFA yang dimainkan di seluruh dunia oleh lebih kurang 25 juta pemain. Istilah FUTSAL adalah satu istilah antarabangsa. Futsal adalah permainan 5 sebelah yang dimainkan secara dalaman di atas permukaan gelanggang yang berbagai.Asal permainan ini bermula pada tahun 1930 di Montevideo, Uruguay, apabila Juan Carlos Ceriani memperkenalkan bola sepak 5 sebelah untuk pertandingan peringkat belia. Disebabkan versi permainan ini membentuk kemahiran, tindakbalas pantas,hantaran tepat dan cekap minda, ia merupakan permainan yang menyeronokkan dan mencabar bagi kanak-kanak mahupun dewasa. Pemain-pemain terulung seperti Pele, Zico dan Ronaldo membesar dengan cara ini dan terhutang budi kepada Futsal.Futsal dimainkan dengan hantaran bola rendah, memerlukan pemain menggunakan kemahiran bukan hanya daripada hantaran dan hala tuju bola itu sendiri.

Gelanggang serta ukuran dan aspek teknikal
• Gelanggang Futsal adalah versi mini bola sepak sebesar gelanggang bola baling dan boleh disesuaikan.
• Permukaan gelanggang biasanya menggunakan rumput sintetik, alas sintetik, lantai parquet atau simen yang boleh menyerap lantunan.

Bola Futsal
• Dibuat dari kulit atau bahan sintetik
• Size 4 untuk dewasa
• Size 3 untuk junior
• Berat : lebih ringan dari bola sepak biasa 400 – 440 gm.
• Ciri Khas : Daya lantunan 30% kurang dari bola sepak biasa.

Kasut Futsal dan Penghadang Kaki (Shinguard)
• Kasut Futsal disebut juga “Futsalor”, Tapaknya dibuat daripada bahan getah supaya sesuai dengan semua permukaan gelanggang untuk cengkaman yang kuat.
• Diperkuat dengan salutan kulit atau fabrik kanvas di tepi dan hujung kasut.
• Penghadang Kaki (Shinguard) adalah kemestian bagi setiap pemain untuk mengelak dan mengurangkan kecederaan.
• Bahan dan mutu kasut atau shinguard selalunya terdiri daripada jenama terkemuka seperti Nike, Adidas, Topper, Puma, Jordan, Converse dan lain-lain. Ia dibuat daripada kepingan plastik disaluti penebat seperti getah atau span dan bahan fabrik yang sesuai.

BAGAIMANA FUTSAL DIMAINKAN DAN
UNDANG-UNDANG PERMAINAN

• Bola Saiz 4 dengan daya lantunan dikurangkan 30%
• 5 pemain
• Tidak terhad-dengan pemain gantian dipanggil “flying”
• Sepakan ke dalam
• Pengadil utama dan pembantu pengadil dengan kuasa yang sama
• Masa dijaga oleh penjaga masa
• 20 minit separuh masa dengan 1 “time-out” untuk setiap pasukan setiap separuh masa
• Balingan oleh Penjaga Gol (Goalkeeper Throw)
• Tiada tindakan untuk pergeseran bahu atau tekel melunjur (shoulder charges or sliding tackle)
• Peraturan 4 saat untuk mula main
• 5 had kesalahan dan tiada tendangan bebas dengan barisan “wall”
• Penjaga Gol tidak boleh memegang bola yang dihantar balik padanya dengan apa cara sekalipun termasuk dengan kepala atau dada.
• Hanya sekali “tolak balik” atau “backpass” dibenarkan iaitu selepas bola melepasi garisan tengah atau telah disentuh pihak lawan.
• Pemain yang dibuang boleh diganti selepas 2 minit atau pihak lawan telah menjaringkan gol. Tendangan sudut betul-betul di sudut antara pertemuan garisan
gol dan tepi.

Perbezaan antara Bola Sepak Biasa dan Futsal

1. Memulakan Permainan
Permainan dimulakan dengan melambung duit siling. Pihak yang kalah mestilah
berada di kawasannya sendiri.

2. Bola Masuk / Bola Keluar
Bola dikira masuk sekiranya berada di dalam kawasan permainan, kawasan“touchline” dan kawasan garisan gol. Bola dikira keluar jika berada di luar kawasan-kawasan
tersebut.

3. Jaringan
Dikira apabila bola melepasi garisan gol di antara 2 tiang gol dan di bawah palang gol.

4. Faul dan kelakuan kurang sopan – Tendangan bebas terus diberikan pada pihak
lawan jika dengan sengaja melakukan 10 kesalahan seperti berikut:

a. Menyepak atau cubaan menyepak pemain lawan

b. Membentes pemain lawan

c. Menerpa serta melompat ke arah pemain lawan

d. Menyerang pemain lawan

e. Menyerang pemain lawan dari belakang

f. Menghadang pemain lawan dengan sengaja

g. Menolak pemain lawan

h. Menerpa pemain lawan dengan bahu dengan sengaja

i. Tekel menggelungsur – “sliding tackle” yang membahayakan

j. Memegang bola (kecuali penjaga gol)

5. Kesalahan dilakukan di dalam kawasan penalti tendangan bebas tak langsung diberikan dari garisan 6 meter bagi 8 jenis kesalahan

a.Permainan yang bahaya

b. Menghalang dengan sengaja

c. Menyerang / menerpa penjaga gol di dalam kawasan penalty

d. Penjaga gol membuat balingan terus melepasi garisan tengah tanpa disentuh
oleh mana-mana pemain

e. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar ke belakang
kepadanya.

f. Penjaga gol memegang atau mengambil bola yang dihantar dari tendangan ke
dalam dari rakan sepasukannya.

g. Penjaga gol mengawal bola dengan mana-mana bahagian anggotanya lebih
dari 4 saat.

h. Penjaga gol menyentuh bola yang dihantar ke belakang dengan mana-mana
bahagian anggotanya sebelum bola itu melepasi garisan tengah ataupun
disentuh oleh pemain lawan.

6. Pemain boleh diberi amaran dengan melayangkan kad kuning dan pihak lawan
diberi tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan dari garisan 6
meter jika berlaku di kawasan penalti.

a. Pemain gantian memasuki gelanggang dari tempat yang salah atau pemain
yang diganti belum betul-betul meninggalkan gelanggang.

b. Seseorang pemain sentiasa melanggar undang-undang permainan.

c. Seseorang pemain tidak patuh dengan keputusan pengadil.

d. Berkelakuan tidak sopan atau kurang ajar.


7. Pemain akan dibuang padang serta dilayangkan kad merah untuk kesalahan
berikut:
a. Kesalahan permainan yang berat.

b. Berkelakuan ganas

c. Kesalahan menggunakan bahasa tercemar

d. Kesalahan atas kesalahan kedua (2 kad kuning)

e. Bertindak menghalang peluang jaringan gol lawan dengan niat yang tidak
professional

f. Menghalang peluang jaringan pihak lawan didalam kawasan penalti dengan
sengaja.

8. Peraturan Buang Padang

a. Seseorang pemain yang dibuang padang akan dikeluarkan terus sehinggakan
tidak dibenarkan duduk dibangku simpanan.

b. Pasukan di mana pemainnya dibuang padang boleh diganti selepas 2 minit
permainan berjalan atau selepas pihak lawan menjaringkan gol yang mana
terdahulu.

c. Hantaran 2 minit akan dikira dan ditentukan oleh penjaga masa atau penolong
pengadil jika penjaga masa tidak digunakan.

d. Pemain gantian tidak boleh terus menggantikannya sehingga permainan
diberhentikan serta mendapat kebenaran pengadil.

9. Tendangan Bebas

a. Jenis : Tendangan bebas terus dan lawanan bebas tidak langsung.
b. Dinding “wall” – Sekurang-kurangnya 5 meter dari jarak bola yang akan disepak

c. Had masa – Tendangan mesti diambil dalam jangka masa 4 saat.

10. Tendangan Penalti

a. Diambil dari titik penalti di tengah-tengah garisan 6 meter

b. Semua pemain mesti berada di luar kawasan penalti sekurangnya 5 meter
dari titik penalti.

c. Penendang tidak boleh memainkan bola pada kali kedua hanya setelah disentuh
oleh pemain lain.

11. Tendangan ke dalam

a. Digunakan untuk menggantikan balingan ke dalam.

b. Bola diletak di atas garisan “touchline” sebelum menyepak.

c. Sebelah kaki pemain mesti berada di luar atau di atas “touchline” kalau tidak
tendangan ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.

d. Tendangan ke dalam mesti diambil dalam masa 4 saat – kalau tidak – tendangan
ke dalam diberikan kepada pasukan lawan.

e. Penendang tidak boleh memainkan bola kali kedua sebelum bola itu disentuh
atau dimainkan oleh pemain lain – kalau tidak pasukan lawan akan diberikan
tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan.

f. Pemain-pemain lawan mestilah berada 5 meter jauh dari tempat sepakan diambil.

g. Tidak dibenarkan menjaringkan gol terus dari tendangan ke dalam.

12. Membebaskan Kawasan Gol

a. Dilakukan menggantikan tendangan gol

b. Dari dalam kawasan penalti, penjaga gol membaling bola untuk meneruskan
permainan.

c. Bola tidak diertikan sebagai dimainkan sebelum melepasi kawasan penalti.
Jika tidak, bola diertikan masih belum dimainkan.

13. Tendangan Sudut

a. Bola diletakkan di bucu dua garisan gol dan garisan tepi. Jika bola itu salah letak,
tendangan sudut akan diambil alih oleh pihak lawan.

b. Mesti diambil dalam masa 4 saat. Jika gagal bererti pihak lawan akan diberikan
tendangan bebas tak langsung dari tempat sudut tersebut.

c. Penendang sudut tidak boleh memainkan bola kali kedua. Jika tidak, pihak
lawan akan diberikan tendangan bebas tak langsung dari tempat kesalahan
tersebut.

d. Pemain lawan mestilah berada sekurang-kurangnya 5 meter jauh dari tempat
tendangan sudut dibuat.

e. Gol boleh dijaringkan dari tendangan sudut.

14. Tendangan Penalti

a. Pengadil utama menentukan gawang gol yang akan digunakan.

b. Undian dengan cara lambungan siling digunakan.

c. 5 tendangan diambil oleh 5 orang pemain yang di pilih dari setiap pasukan.
Ketua pasukan masing-masing mengumumkan pemain-pemain yang telah
dipilih kepada pengadil utama sebelum penalti dijalankan.

d. Jika penalti terikat selepas 5 tendangan, tendangan tambahan akan diambil
melalui “sudden death” oleh pemain-pemain yang belum melakukan
tendangan penalti.

e. Pemain yang dibuang padang semasa permainkan tidak boleh mengambil
bahagian.

f. Mana-mana pemain boleh mengambil tempat penjaga gol jika perlu.

g. Semasa tendangan penalti dilakukan, semua pemain mesti berada di
separuh gelanggang yang tidak digunakan. Penolong pengadil akan
mengawasi kawasan ini.

CADANGAN LATIHAN KEMAHIRAN

1. Kemahiran Hantaran Tepat
2. Kemahiran Menggelecek
a.Menggelecek bola menggunakan sisi kaki kiri atau kanan melalui tiang-tiang
yang dipacak ke tanah.
b.Menggelecek bola menggunakan kawan yang beratur statik tetapi boleh
mengganggu gelecekan dari tempat di mana mereka berada sahaja.
3. Kemahiran Menjaring dan Mengawal Gawang Gol
a.Dengan jarak 10 kaki, seorang pemain berada di tengah bulatan sambil menghantar
bola bergilir-gilir secara statik dan kemudian diikuti dengan bergerak secara
bulatan kepada semua pemain. Hantaran mestilah “grounder” atau meleret.
b.Menjaring dari posisi yang berbeza di sekeliling di kawasan penalti termasuk
tendangan sudut. Galakkan tendangan leret atau “grounder”.

Rabu, 5 Januari 2011

Man U perlu berubah......


Pasukan Manchester United seharusnya mendapatkan seorang atau dua orang pemain tengah yang berkaliber.Pada musim 2010/2011 pasukan Red Devils dilihat kurang ampuh dan berbisa. Keadaan ini berlaku kerana penguasaan tengah yang lemah dan meragukan. Paul Scholes sememangnya seorang pemain tengah yang hebat pada zaman kemuncak beliau, tetapi sekarang keadaan telahpun berubah akibat faktor usia. Pergerakan yang perlahan dan kekurangan idea menyebabkan banyak pasukan yang sudah arif dengan strategi yang dicatur oleh pengurus pasukan. Ini sudah tentunya memberikan tekanan kepada barisan pertahanan yang juga semakin berusia. Barisan pertahan mudah bocor dan menyebabkan banyak mata yang diperolehi terlepas begitu saja. Keengganan Sir Alex untuk berbelanja besar membeli pemain tengah mungkin boleh menimpa padah di kemudian hari.Barisan muda yang ada perlu diberi pendedahan sebanyak mungkin agar mereka pun mampu menerima tugasan yang mencabar dimasa hadapan. Macheda, Chriss Smalling, Evan , Chicharito dan beberapa lagi pemain muda perlu diketengahkan secepat mungkin. Peningkatan usia pemain-pemain senior perlu diganti secara berhemah dan betul. Idea-idea baru perlu diketengahkan dengan segera. Pasukan-pasukan lain telahpun mengorak langkah untuk menjarakkan diri dan mendapatkan kelebihan. Man U juga perlu bergerak pantas agar tidak ketinggalan.

Selasa, 4 Januari 2011

Ferrari ....Kalau lah dapat macam nie.....


Cuba anda bayangkan jika kereta ni la yang anda bawak pegi keje.....pergh.Mau tekeluar bijik mata bos.Bila la aku nak merasa semua ni.Sudah tentu powernya tak kurang dari 640 hp punya.Sekali henjut berdesup peginyer.Boleh sawan aku dibuatnye.Tapi tu hanya mimpi je la kot.Kalau aku banyak duit, aku takkan lupa beli sebijik.Pergh dapat melaram satu pekan. Mesti aku bongkak giler, hidung pun bleh tadah air hujan.Bleh ngalahkan Ajis Satar dapat harta penyamun dalam cerita P.Ramli tu.Sebab gaya Ajis gaya paling bongkak yang aku pernah tengok ler.Aku tak tau plak ngan kaorang.Kalau tanya batman pun nak pakai Ferrari, inikan pulak aku yang hensem nie.Baru klass......

Isnin, 3 Januari 2011

Pasukan impian

Dalam bolasepak terdapat beberapa kriteria yang akan aku lakukan atau pasukan yang aku inginkan.Apa yang aku inginkan mestilah memiliki ciri-ciri tersebut antaranya :-

1. disiplin yang tinggi.
2. Semangat yang membara(tinggi) dan tidak mudah patah.
3. Sentiasa ingin menang.
4. Bekerja keras.
5. Kreatif dan genius.
6. Bakat dan kemahiran.
7. Stamina yang tinggi.
8. Ikut arahan jurulatih.
9. Jati diri yang tinggi(semangat kebangsaan yang tinggi).
10. Semangat tidak pernah puas dengan kejayaan.
11. Semangat kerjasama yang tinggi.

Bila dah ada semua tu, kesebelasan utama dan simpanan pula mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :-

1. Pejaga gol - seorang yang tenang ,kebal ,berani dan garang serta bijak.selain itu mestilah pandai menaikkan semangat rakan sepasukan.

2. Pertahanan kiri/kanan - Seorang yang mempunyai ciri-ciri pertahanan yang kental ,pantas,bijak dan berkemahiran tinggi.selain itu boleh membantu pasukan untuk menyerang.

3. Pertahanan tengah - Seorang yang tenang,hebat bertahan, boleh membaca permainan(genius),pantas, tinggi,mampu memenangi bola dan cepat bertindak.

4. Pemain sayap kiri/kanan - Memiliki kemahiran menggelecek,pantas, kualiti hantaran yang baik,rajin, bijak dan tenang.

5. Pemain tengah - Seorang yang berkemahiran tinggi dan genius, mempunyai pertahanan dan daya menyerang yang baik,kualiti hantaran yang baik,bijak membaca permainan,boleh merubah permainan,rajin,banyak idea, mental kuat dan mampu bertindak sebagai general ditengah padang serta kadang kala membuat ' magik' memenangi perlawanan.

6. Penyerang - Mempunyai kemahiran yang tinggi, teknik yang baik, naluri pembunuh ,semangat inginkan kemenangan yang kuat,sanggup bekerja keras dan tidak mudah putus asa serta pantas.Faktor ketinggian adalah satu bonus.

Sekiranya semua ini tercapai, mungkin perlawanan bolasepak akan menjadi menarik...

Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010....

Tanggal 26 Disember 2010,bertempat di stadium Nasional Bukit Jalil, perlawanan akhir pusingan pertama telahpun berlangsung.Pasukan Malaysia dengan bergaya telah menundukkan pasukan Indonesia dengan jaringan 3 - 0. Bergegar stadium yang menampung 85000 penonton dengan sorakan yang telah lama tidak bergema dibumi Malaysia. Dua jaringan dilakukan oleh Safee Sali dan satu disumbang oleh Ashaari Samsudin anak jati Terengganu. Taktikal yang menarik dari jurulatih K.Rajagopal meneggelamkan keegoan pasukan Indonesia yang sebelum ini berpesta gol diperingkat kumpulan menewaskan Malaysia. Kerja keras dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemain begitu memukau penonton dan peminat bolasepak tanahair kita. Nampaknya harimau malaya telah bangun dari tidur.Diharap ngaumannya akan terus bergema dimasa-masa hadapan. Barisan muda ini telah membuktikan bahawa mereka mampu melakukan sesuatu jika diberi kepercayaan dan sokongan.Namun begitu, tanggal 29 Disember 2010, di stadium Gelora Bung Karno ,barisan ini membalas kepercayaan yang diberikan. Walaupun tewas 2 - 1, tetapi secara aggregat pasukan Malaysia menewaskan pasukan Indonesia dengan jaringan 4 - 2. Maka sahlah Pasukan Malaysia menjadi juara bagi edisi 2010 dan menjadi pasukan yang digeruni di peringkat asia tenggara(ASEAN). Pada pertemuan kedua itu sekali lagi Safee Sali meledakkan gol dan menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 5 gol bagi edisi tahun 2010.Syabas Malaysia.........

Hidup


Semakin kita meningkat umur, semakin sukar untuk kita meneruskan hidup. Bermacam-macam dugaan dan halangan perlu kita tempuhi. Pancaroba yang mendatang kadang kala mampu kita tempuhi dan kadang kalanya begitu payah untuk kita redahi. Adakalanya perbuatan kita direstui, tetapi banyak juga yang mendapat tentangan. Pengalamanlah yang menjadi panduan kita selain agama pegangan yang dibekalkan oleh Yang Esa sebagai cahaya hidup. Kita hidup mesti berperinsip supaya tidak hanyut dek mainan duniawi. Kita tidak boleh menjadi lalang yang bergerak mengikut angin bertiup, tetapi jadilah api yang menerangi, yang memberi manfaat keseluruh alam.Tetapi jika ada yang tidak mengikut hukum atau peraturan ,api akan membakar. Api hanya akan padam apabila disimbah air. Dalam hidup mesti sabar dan berhemah. Bertindak biarlah bijak dan tidak melulu, agar langkah tidak tersadung, badan tidak binasa.Bila dah terngadah sudah terlambat jadinya. Bila nak perbetul mungkin dah tak seperti yang kita harapkan lagi. Dah banyak kekurangan, menangis pun tidak berguna lagi. Jadi ,sebelum kaki melangkah bendul, sebelum petaka mendatang sampai, eloklah berkira-kira apa akan jadi. Betulkah kita, akan silapkah kita.....