Sabtu, 6 November 2010

Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2010

Perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 30 Oktober 2010 yang lalu telah melabuhkan tirai bagi Liga M.Peminat-peminat bolasepak tempatan tentunya akan menanti Liga M bagi musim baru. Perlawanan akhir yang menemukan juara baru menandakan perubahan yang baik untuk perkembangan bolasepak Malaysia. Pasukan lain telah berubah dan mutu yang semakin meningkat dan tidak hanya tertumpu kepada beberapa pasukan sahaja. Kalau sebelum ini pasukan Selangor yang gah dengan 32 kejuaraan piala Malaysia kini perlu melalui laluan sukar untuk memiliki kejuaraan. Untuk beberapa tahun ini pasukan Selangor gagal untuk merangkul Piala utama itu. Pasukan lain telah meningkatkan pembangunan remaja masing-masing sehinggakan mampu mencabar pasukan gergasi lain.Buktinya pasukan Kelantan, Perlis, Terengganu dan beberapa pasukan lainlagi telah menyertai senarai pemenang Piala Malaysia. Pasukan Kelantan yang suatu ketika bermain didalam Liga FAM telah bangkit dari tahun ke tahun sehingga menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2010.Begitu juga dengan pasukan Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan MPPJ melakarkan nama dalam lipatan sejarah bolasepak negara. Cuma pasukan Pulau Pinang dan Johor yang masih belum bangkit mempersembahkan kehebatan seperti masa lalu. Begitu juga dengan pasukan Perak yang sedikit tenggelam pada masa ini dan tidak garang seperti masa dulu.Pasukan Melaka nampaknya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menyertai kelompok elit pemenang Piala Malaysia. selepas zaman lagenda Datuk Soh Chin Aun, pasukan Melaka seperti tenggelam sedangkan banyak pemain berbakat muncul dari negeri Melaka.Contohnya Mazelan Wahid dan Sapian Wahid, Ong Kim Swee, Lim Teong Kim dan ramai lagi menabur bakti dengan pasukan lain. Nampaknya kerja keras,disiplin dan kesetiaan perlu ada kepada semua warga kerja bolasepak tempatan bagi meningkatkan lagi mutu bolasepak negara. Syabas pasukan Kelantan yang dinobatkan sebagai juara baru Piala Malaysia bagi tahun 2010 ini.Majulah sukan untuk negara....